CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

sama tapi tak serupa??

Bismillahirrahmanirrahim...


home sweet home~~..ermm, tgh duduk2, rehat jap wat asgnment ni..tibe2 boleh plak fikiran ni melayang, fikir benda lain...
agak2nye apa beza kita memaafkan tetapi tidak melupakan?? maknenye kite maafkan orang tu, tapi tak ikhlas ke? ataupun, kita memaafkan sekadar di mulut, tapi di hati tidak, itu bermakna kita pendendam ke? pastu bile kat depan org tu, kita hepi je, macam xde pape berlaku..tapi dalam hati ni sakitnya hanya Allah yang tahu..
ntahlah..hati ni kadang2 susah nak faham..sometimes kita rasa mcm dah maafkan org tu, tp dlm masa yg sama, kita xboleh lupe langsung apa yg dia dah buat kat kita..sakit hati, pedih, berdarah, menanah suma ada..itu maknenye kita ni hipokrit, kita ni jahat ke?
ermm..bile jadi pape, biela lagi suke mengambil langkah berdiam diri..tapi tipu la kalo biela cakap xmarah, xsedih ke ape kan..time solat, bace Quran ke, siap nangis2 dasyat, menitik2 airmata kot..kita slalu dengar org cakap "LUAHKAN!~"..crita pada kawan, boleh kurangkan beban..tapi buat apa kita nak crite kalau kawan2 kita xdpt membantu and benda tu takkan setel pn..last2 nanti wat dosa kering je..lagipun xbaik membuka aib org lain kan..


jika kita menjaga aib org, Allah akan menjaga aib kita dengan sebaik-baiknya..


anis said : hidup bukan ntuk membenci...well, we forgive, doesnt mean that we forget.. haruslah, luka yang ada di situ.. but, we do learn how to forgive.. dan ia memberi ruang kepada hati untuk menerima, mengikhlaskan diri.. kerana mungkin sahaja suatu hari nanti, kita melakukan kesilapan, andainya.. dan kita juga memerlukan kemaafan.. dan kita tidak mengulangi kesalahan, kerana kita tahu, dia akan mengingatinya meski setelah memaafkan kita..


kadang2 hati ni rasa letih ya amat..
nak memandang muka2 mereka pun rasa xmampu..bukannya membenci mereka..tapi benci apa yg mereka lakukan..rasa pedih je hati ni..n kdg2 rasa teruk plak diri ni bile kita mempunyai perasaan yg sebegitu..
subhanallah..istighfarlah wahai qolbi..ujian sebagai kifarah dosa..berdoalah kepadaNya, yg MAHA MENYEMBUHKAN itu..insyaAllah..moga dipermudahkan jalan..~..
apa yang biela tahu, semua benda yg berlaku ni ada hikmahnya..dan untuk menyembuhkan luka tu, masa akan memainkan peranan..setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun?? Allahualam..
yg pentingnya, dalam hal yang sebegini, biela lebih suka memilih jalan "mengadu dan merintih kepada Allah"...setiap luka, ada harganya...semoga hati ini ditarbiyyahkan olehNya..insyaAllah....~

Thursday, February 24, 2011

APABILA RASA MENJADI KATA….






bosan..duduk tepi tingkap..lihat alam ciptaan tuhan..tibe2 hati terasa sayu…
Terus capai laptop..n tangan ni pun menari2 dengan laju atas keyboard laptop…
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
hidup ni ibarat sehelai kanvas putih...kosong...bersih...
kita yang akan melakar, mencorak dan mewarnainya...jika kita memilih untuk mewarnainya dengan warna yang suram..gelap...pucat...maka..hidup kita pn akan jadi suram, kelam...dipenuhi dengan kesedihan..kesakitan...kekecewaan..dan airmata...

tapi...
jika kita memilih untuk mewarnai kanvas kita itu dengan warna-warna yang indah..ceria..tenang....
insyaallah...hidup kita akan menjadi seindah, berwarna-warni dan seceria pelangi....
hidup ini kita sendiri yang tentukan....people change...
bile semua orang dah berubah..bawa haluan masing-masing...
kita juga perlu turut berubah dan perlu menyesuaikan diri mengikut rentak orang sekeliling...
waktu tu..kita akan merasa..
ya Allah...susahnya hidup ni ya Allah.....beratnya ujianMu ya Allah..
kita jatuh tersungkur sorang-sorang..
kita terpaksa merangkak..bangun dan berjalan semula..
peritnya ujianMu ya Allah..
tetapi...kita harus sedar..
Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya dengan ujian yang berat melainkan dia mampu untuk menghadapinya..
mungkin sebelum ini kita terlalu leka dengan duniawi..bergembira dengan orang yang kita sayang sehingga mengabaikan pencipta..
bila Allah menarik nikmat yang Dia beri..barulah kita sedar...hidup tidak selalunya indah....
waktu itu, baru kita kembali kepada pencipta..reflek balik diri ni....
ya Allah..banyaknya dosaku yang Allah...
baru kita akan sujud..merintih...merayu..mengadu padaNya minta dtenangkan hati..dikuatkan hati..ditabahkan hati..diberi ketenteraman jiwa kerana kita tahu hanya Dia yang dapat menolong kita...
dan....barulah kita akan jumpa ketenangan..kebahagian yang hakiki...
menangis kita kerana Allah..
menangis kita kerana kejayaan...
menangis kita kerana mengenang dosa-dosa semalam...
menangis kita untuk ibu bapa...
menangis kita kerana rindu dan syukur kita kepada Allah...
kerana....
walau ramai orang yg kita sayang datang dan pergi....
Allah tak pernah meninggalkan kita...
dia sentiasa melimpahkan rahmat, nikmat, kebahagiaan pada kita...
cuma kita yang tidak tahu untuk bersyukur...
lemahnya iman hambaMu ini ya Allah...

yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.....
yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat...
yakin pada Allah ialah meletakkan keredhaan pada ketentuannya...
rasa bahagia dengan ujian Allah walaupun terasa perit...
di situ...airmata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..
indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan hikmah..diuji kita sebagai tanda kasihnya...
jika ketenangan dan keredhaanya yang dicari...
Allah akan terus uji hati kita dengan ujian yang berat...sehingga pada suatu saat..kita akan merasa indahnya tawakal kepadaNya...
itulah nikmat di dalam jagaannya....subhanallah...

tak  salah apabila kita menangis...
yang salah apabila kita meratap...
tak salah apabila kita merintih...
yang salah apabila kita menyalahkan takdir di atas apa yang telah terjadi....
setitis airmata keinsafan itu lebih berharga daripada selautan tinta yang dijadikan kalam untuk menulis ilmu yang dia sendri tidak mengerti akan apa yang ditulisnya...

ana asif...maaf di atas segala kesilapan...
dalam melangkah..terkadang kta diuji dengan ujian yang berat hingga kita tersungkur, terduduk dan menangis…ya Allah…sakitnya ya Allah..peritnya apa yg kurasakan tika ini ya Allah..tetapi ketahuilah dan renungi diri ini..mungkin airmata yang hadir tika itu kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian koyak lantaran langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan…….

"Perempuan yang suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya…kerana Allah teramat mencintainya..
Tetapi andai kamu bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kamu? Allah seperti melepaskan kamu kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kamu”
“ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu untuk ambil kamu kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu2??

“ Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..”

cepatlah sembuh wahai hati..bersyukurlah di atas nikmat yang Allah berikan..letakkan harapan dan keyakinan kepadaNya..
insyaAllah..ameen……. 
                                                                                    sitinabilah@halawatul_iman90


Sunday, February 13, 2011

kepentingan bermusyawarah..

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kekuatan dan nikmat sihat pada diri kita utk terus menceduk ilmuNya di muka bumi ini seterusnya menyebarkan dan saling memperingati antara kita..
semalam biela baru sahaja mengikuti Forum Perdana Hal Ehwal Islam di masjid negeri Shah Alam..topik  yg dibincangkan dalam forum ini adalah "Mentauladani Kepimpinan Rasulullah"..alhamdulillah, bnyk ilmu yg dapat digarap sepanjang forum ini, tetapi biela cuma ingin mengetengahkan satu subtopik yakni "kepentingan bermusyawarah"..


sebelum tu, mari kita mengimbas kembali sirah Nabi yg berlaku semasa perang Uhud dan perang Ahzab..


      Penduduk Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar. Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut akan ditangkap orang Islam. Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka berundinglah dan memutuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.
    Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai telah menghendaki agar musuh diserang di medan perang iaitu di luar kota Madinah. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.

    Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana bagi mereka keputusan Nabi yg sebelum ini adalah benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."

di sini kita dapat lihat, walaupun nabi merasakan bhwa keputusan pengikutnya itu tidak berapa tepat, namun beliau masih berbincang, mempertimbangkannya dan mengikut suara ramai..padahal waktu tu, dah sah2 la Nabi ni pemimpin negara..boleh je nak buat kuasa veto, kan?? tetapi, itulah kepimpinan Nabi yg harus kita contohi..

   seterusnya dalam kisah perang Ahzab atau perang Khandaq, Salman Al-Farisi telah mengusulkan kepada Nabi supaya membina parit.. seperti yang kita ketahui, kedudukan Salman ketika itu adalah seorang hamba sahaya, berbanding Rasulullah yg berkedudukan seorang pemimpin yg akbar..tapi Nabi masih lagi mendengar dan mengambil pandangan Salman ini utk kepentingan rakyat bersama.."Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!" sebelum Najib dtg lagi, Nabi kita dah praktik slogan ni. seterusnya semasa perang ni jugak, pada mulanya Nabi berkira-kira nak berperang di belakang parit, tp setelah melakukan musyawarah bersama para sahabat, mereka memberi pandangan supaya berperang kat depan parit supaya nanti org Islam je yg dapat minum air, bior org kafir tu tak dapat minum air..dan alhamdulillah, nabi akur dengan pendapat ramai dan mereka pn berperanglah kat depan parit tu..see!!~ bukan susah sgt pn nak berbincang kan??

kesimpulannya yg dapat kita ambil di sini adalah, dalam konteks masyarakat hari ini pn, kita sepatutnya praktik la kepimpinan Rasullullah ni..cubalah kita bawak berbincang utk dapatkan keputusan yg tepat dan 'aula..bukan dlm soal kepimpinan shja, malah dlm hal2 ikhtilat, mualamat sehrian ni pn, amalkan la sikap bermusyawarah yakni mesyuarat, perbincangan sesama kita dahulu k..tolak ansur laa..xsusah pn..yg pentingnya diri kita sendiri..xpayahla nak ego sgt, xnk trime pendapat org lain..ikut kepala kita je..sedangkan Rasulullah kekasih Allah tu pn boleh bertimbang rasa, inikan plak kita manusia yg cikai2 ni ha..

moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan hidayahNya..allahualam..


nota kecik : to anis n kak zura..moga kita takkan berputus asa dan letih dalam meneguk setitis daripada ilmu Allah di muka bumi ini..insyaAllah..






Friday, February 11, 2011

if they CAN, why we CAN'T??

Bismillahirrahmanirrahim....

nothing to story about actually..biela cume ingin berkongsi satu kisah yg agak menyentuh perasaan dgn antum semua..


baru-baru ni, biela gi ikut ayah dlm satu program ceramah di masjid..tajuk dia "KEDATANGAN YAKJUJ MAKJUJ"..habis ceramah tu, macam biasa la kan..masing2 wat marathon kemas pape yang patut g kejar moreh atau jamuan yg ada..ada makcik2 yg amik juadah berpinggan2, and ade jugak makcik2 yg kaut suma makanan yg ada, letak lam plastik, masuk dlm beg, bawak balik umah..tapau..cucu cicit ramai nak kasi makan kat umah katenya..mcm2 gelagat manusia la yg biela tgk even kat masjid pn..and ade jugak makcik2 ni yg dok lipat2 sejadah, kemas2 surau, termasuk la biela ni..(ehemmm..konon2 rajinla dpn makcik2 tu..mane la tau ade makcik yg dok berkenan  nak wat biela menantu plak..haha :p)


memandangkan ayah ni tok imam masjid, dia lewat la sket balik..bnyk lagi hal xsetel katenye..so, sambil2 nak tunggu ayah tu, biela pun dok la tepi sudut ruangan muslimat ni, bukak tafsir, tasmi' balik hafalan2 surah yg biela ingt..time tu ada lagi  4,5 orang makcik yg belum balik...
nak dijadikan kisah, ada sorg makcik ni dlm lingkungan 50-an bawak Al-Quran, g kat sorang2 makcik yang lain, minta ajar dia mengaji..


makcik 1 :
"Yah, tolong ajar boleh?" sambil tunduk, tunjuk Al-Quran dlm tangannya..
"Eh, den nak copek ni ha..anak2 tunggu kat umah tu.."
dengan muka hampa, makcik ni pun beralih, pegi plak kat makcik yang kedua..


makcik 2 :
"Milah, tolong tengokkan den ngaji ni boleh tak?"
"Ala, laki den dah tunggu kat luar tu ha..lambek kang dio bising..nti la esok yo.."
hampa buat kali kedua, makcik ni pun bangun dan duduk pada satu sudut yang lain seterusnya membaca Al-Quran di genggamannya mengikut tahap kemampuannya..


semasa kejadian ni berlaku, biela perhati je dari jauh..agak sebak dan berair la jugak mata ni kan..tambah2 lagi biela ni dala sensitif sket, mudah sgt mengalirkan air mata ni..pada pendengaran biela, bacaan makcik tu mmg merangkak2..kena mengeja dulu huruf satu persatu, baru boleh bunyikan ayat..oleh sebab dah sedih, ditambah lagi tak sampai hati tgk makcik tu, biela pn tutup tafsir di tangan, bangun dan mendekati makcik tersebut..


"makcik, meh sini sy tolong tengok-tengok kan..xpe, mane yang salah nti, sy tegur.."
"xpe ke? eh, adik ni anak imam Dolah kan?"
"haah..xpe, ayah lambat lagi tu..ade perbincangan sket dgn AJK masjid katenye..xpela, makcik baca jela..sy tolong tengokkan :) "
"alhamdulillah..tima kasih anak yer.."
nampak terpancar sinar gembira pada riak muka makcik tu..biela pn ajar la mane yg patut mengikut kemampuan biela..


balik je rumah, biela pun crite la ape yg berlaku tentang makcik ni..ummi kata makcik tu mmg xpandai mengaji..die cume hafal surah Al-Fatihah dan 1,2 surah yang lain je..kalo sembahyang pn, itu jela surah yg dia baca ulang2 setiap hari..itupun makcik tu dpt hafal surah sbb dengar imam baca berkali-kali, bukannya sbb die membaca sendiri dari Al-Quran..tapi makcik tu rajin ke masjid kalo ada program apa2..slalu mengemas, cuci2 pinggan, menyapu kat masjid tu..boleh dikatakan xpenah miss la ape2 event kat masjid..


apa yang biela nak cakap di sini, makcik yang umur dia dekat 60 tahun tu pn masih ada kesedaran, ada keinginan untuk belajar dari bawah...ada kesedaran untuk berubah memperbaiki diri...tapi kite ni? masyaAllah..ntahlah kan..Allahualam...
biela kagum dengan sikap rendah diri hamba Allah ni..dia takda langsung rasa malu, rasa ego utk minta tunjuk ajar dri org lain, walaupun dgn biela sndri yg dah sebaya dgn anak2 dia..sebab ape? sebab dia tahu, untuk belajar sesuatu ilmu tu, kita xboleh malu..pada zaman Rasulullah S.A.W sendiri, para-para sahabat berguru dengan Saidina Ali padahal masa tu Saidina Ali masih kecil lagi..atau senang cite, pangkat budak2 la kan..dan berapa ramai imam2 muktabar suatu ketika dlu sudah diangkat menjadi seorang yg disegani ketika kecil? ramai kan??tapi kite ni?? Allahualam...


jadi, apa yang biela nak ingatkan di sini, berubahlah dari sekarang..berubah dari usia remaja kita ni..nak mati tu, bukan ada signal lampu merah, kuning, hijau ke ape macam traffic light tu..tapi Allah akan tarik nyawa kita bile2 masa je.."KUN FAYAKUN!~" 
kita je yang tak tahu bile saat nyawa kita akan diambil..takkan nak tggu sampai dah tua ganyut, berkedut, beruban dari kepala sampai ke bawah, berkerepot, cucu cicit dah berderet berkoyan-koyan baru nak berubah, baru nak belajar agama?? jangan malu untuk buat perubahan k..biaq pi la org dok kate kite ni ade wayar shot, putus fius, gila meroyan, buang tebiat nak mampos ke ape, asalkan kita tahu apa yang kita lakukan..


biar hina di mata manusia, asalkan mulia di pandangan Allah =)

moga kita semua berada di dalam rahmat dan hidayahNya..Allahualam...



Thursday, February 3, 2011

minah + bedol ...pulanglahhh~ =(

gambar atas ni tipu jer..ni bkn hamster sayer..


saya rindu hamster sayerrrr ='(

Minah dan Bedol
 (nab)                                 (fad) 
nama in bracket ni anis yg bagi..adoii..pelik2 ajer name ko bagi ni anis oii~

mane la mereka2 ni pergi menghilangkan diri..biela dah siap sediakan rumah banglo 2 tingkat..siap dgn playground, karpet, swimming pool, gym, batu-batuan mengasah gigi..dan segala macam keperluan lagi..
ape lg yg tak cukup???
napenye smpai nak lari2 umah lagi ni..aishhhhh~

woii, balik la woiii....
kat luar tu banyak kuceng2 jahat yg kelaparan!~ kang die telan plak korang nanti..kot yer pun meroyan sbb anak2 dh mati, xpayahlah sampai lari2 umah..

huaaaaaaa~~~~ ='(

WANTED!!!!

ni baru betul hamster biela..time ni die tgh curi cekodok bawak lari..

nota kecik : nak hamster lagi boleh tak? kali ni sy janji jaga leklok..takkan ilang2 dh :(


Tuesday, January 25, 2011

..tersenyumlah...~

Bismillahirrahmanirrahim...


10.44 pm...
nenda...tgh menangis ni..saya letih..saya penat dgn rasa mcm ni..saya tak larat, saya dah tak kuat dah nak hadapi..ya Allah..damaikanlah hati hambaMu ini ya Allah..


10.55 pm...
sabarlah cucunda..berzikir banyak2..mmg perit dan pedih je rasa kan..tapi tiada penawar lain selain jiwa digenggamNya..nenda pn tak tahu macam mane keadaan nenda kalau berhadapan dgn situasi mcm tu..mesti rase mcm cucunda jugak..menangislah cucunda..lepaskan..semoga itu mententeramkanmu...


Imam Ibnu Athaillah, seorang tokoh tasawwuf Islam bertaraf dunia pernah mengatakan.."sesungguhnya cinta sejati itu menyembuhkan, tidak menyakitkan..manakala cinta yang menyakitkan itu sebenarnya adalah PENYAKIT yang harus kau buang.." beliau mengatakan la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'iju  aw syauqun muqlizun! Ertinya, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana..


cuba kita resapi baik-baik kata-kata ulama' besar dari Iskandaria tersebut..kecintaanmu pada manusia itu adalah syahwat. hampir semua orang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan. Dan perasaan itu tidak boleh kau keluarkan, kau usir dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua hal, yakni :

  • Pertama, rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu, sehingga ketika yang ada di hatimu hanyalah ALLAH, cinta kpd yang lain akan dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir..
  • Kedua, rasa rindu kpd ALLAH yg amat dasyat sampai hatimu rasa merana. jika kau merasa merana kerana rindu kpd ALLAH, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yg lain..jika kau sibuk memikirkan ALLAH, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain..
kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah rasa rindu dan cinta pada yang lain yang menyakitkan...
subhanallah....

ya Allah, penuhilah hatiku ini dengan rasa cinta kepadaMu dan RasulMu ya Allah..

dan pesanan kepada diri yang lemah ini..
sabarlah..mintalah kepada Allah..menangislah dalam sujudmu..letakkan harapan, keyakinan kepadaNya..ubat hati dengan zikrullah..lepaskanlah segala rasa hati itu kepada Allah..rendahkanlah dirimu serendah-rendahnya di hadapan Allah..percaya janji-janjiNya..semoga dirimu diberikan ketenangan hati, kedamaian jiwa, dilapangkan dada dan disembuhkan hati..sesungguhnya Allah itu merasa malu untuk menolak permintaan orang yang menadah tangan kepadaNya..insyaAllah..
tersenyumlah menerima ujian ini..kerana ujian ini adalah sebagai tanda sayang Allah kepada kita..
alhamdulillah..walaupn td mata dah agak sembab, tapi sudah mampu tersenyum sekarang..dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang..
thank You Allah..thank you pada Iman Athaillah..dan thank you pada nenda juga =)

..susah ke nak berubah?..

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana masih diberikan nikmat sihat kepada diri ini untuk terus menulis, memberi peringatan kepada diri ini dan dan antum2 kat luar sane..


entri kali ini.."susah ke nak berubah?"..sebelum tu, kita muhasabah diri dlu bhw kita ni nak berubah kerana Allah ke atau kerana manusia..jika kerana Allah, alhamdulillah..syukur..tapi jika kerana manusia, nauzubillah..betulkan balik niat kita tu..biela berkata sebegini kerana banyak senario yg biela lihat, si Minah ni suka kat si Seman..si Seman ni plak macam ala2 ustaz sket..jadi si Senah ni, mule la wat perubahan diri ke arah ustazah jugak sbb nak si Seman ni minat kat die..slalu  plak dtg usrah kat surau..padahal motif sebenarnya nk skodeng2, nk pandang2 jeling2 kat si Seman ni..ishh2..astaghfirullah hal azim..org mcm ni diibaratkan seperti lalang..xkan istiqomah dan selalu berubah2.innamal a'malu binnniat..org yg sekeliling ni xnampak, tp Allah mengetahui ape yg terbuku dlm hati kite tu kan..kalo kite berubah disebabkan benda macam tu, mmg sia2 je ape yg kite buat slame ni..renung2kanlah...
ermm..di sini biela ingin memberikan tips2 untuk berubah drpd yg negatif ke arah positif..insyaAllah..


ok, checklist yg pertama, kita mestilah bernekad dan berazam untuk berubah..kita mesti berjanji sungguh2 pada diri ni untuk buat perubahan..semalam biela ada pengajian Kitab Riyadus Solihin di Surau Asy Syakirin maktab ni..ustaz tu ada menyentuh sedikit tentang soal bersumpah atas nama Allah..sumpah yg sebegini termasuklah sumpah untuk melaksanakan sesuatu atau meninggalkan sesuatu di mana kalo kita dah bersumpah tapi tak buat, kena bayar kifarat (eh, betul ke ejaan tu??) yakni berpuasa, bebaskan hamba atau sedekahkan pakaian kpd 10 fakir miskin..di sini kita dh lihat betapa pentingnya "sumpah" tu kan?? same la mcm soal nk berubah ni..kalo kite dh nekad tu, kita mesti buat sungguh2..no kompromi kpd diri sendiri..dan jgn nk jd baik+murah hati sgt bagi syaiton2 tu dok hasut kite supaya langgar azam kite tu yerp..LAWAN bukan LAYAN!~..




ok checklist yang kedua plak, kita sebaiknya berkawan dengan orang-orang yang soleh dan solehah kerana kwn2 sebegini yg akan membawa kita taqarrub ilAllah..
tambahan lagi budak2 yg baru nk meningkat remaja cam kite ni kn? mudah sgt nk terpengaruh ngn kwn2, dok berpoya2, joget2, gedik2, melagho berjam2 kat velodroom tu, kat shopping mall..haishhh..dah2!! pasni kite tinggal sume kwn2 yang camtu yerp..say hye hye, bai bai je..ckp kat dorg, "kite clash!..from now on, lu lu wa wa..ada ngerti??" takpun, cakap je kat dorg tu.."oit jom p surau..wa xnak masuk neraka derrrr..rumah kate pergi, kubor kate mari..badan wa xcukup brutal nak tahan panas api neraka sok...fuhhh..tobat wei tobatttt.."~(perghhh, giler otai tol ayat den ni~) apepun yg biela nak highlight di sni,kite kena pandai pilih kwn..org kate, kalo kite kawan ngn org keje kilang minyak wangi, kite pn akan turut wangi same kan2? hehe..


checklist yg ketiga, selalulah pergi majlis2 ilmu, ceramah2, usrah ke ape..biarpun bosan, pegi je..nti lame2 ok la tu..insyaAllah, moga2 dgn program2 yg sebegini, hati kita akan dilembutkan dan dibukakan untuk menerima hidayah Allah..ingat!!! hidayah itu sememangnya milik Allah, tetapi kita perlu mencarinya!~


seterusnya, bab berpakaian...kan lebih cantik, elok, manis jika kita menutup aurat..terutamanya bagi kaum wanita ni..pakaian dan tudung kita tu ibarat "topi keledar"..kalo kita pakai, rasa terjaga, selamat kan? kalo xpakai plak, rase takut2 je,rase xbrape nak selamat..bab2 topi keledar ni pn ade 3 jenis..
1. xpakai langsung..
2. pakai, tapi ala2 kadar je..
3. pakai dengan selamat..

ape kaitan topi keledar dgn aurat?? ok..jika kita pakai topi keledar elok2, same la jugak dgn kita tutup aurat dgn sebaiknya..kita akan rase lebih malu bile nak buat benda2 maksiat kan?..yg pertama, sah2 la takut org sekeliling mengata.."eiii, tgk senah tu..pakai tudung, muke cam baik, tapi dok bercengkerama, dok berkepit je ngn mamat bangla..hipokrit tol..bek ko tanggal je tudung tu kalo nk wat maksiat sgt.." see!! tu bru tohmahan manusia, belum MURKA Allah lagi..nauzubillah..(peringatan utk diri ni sendiri juga)..
kalo pakai topi keledar ala2 kadar plak, sama jugak mcm tutup aurat, tapi pakai baju ketat, seluar sendat..tudung pn main selempang2 je ke belakang smpai tak tutup bahagian yg patut ditutup tu..bile topi keledar yg kite pakai tu ala2 kadar je, kite pn mudahlah tergelincir kedalam kemaksiatan ni jugak..
dan kategori yg xpakai topi keledar langsung tu, boleh paham2 jela kan..bile dah xde perlindungan langsung, kite akan terang-terangan je wat dosa di khalayak ramai..masyaAllah...boleh plak makhluk sebegini slambe badak je ckp.."ahhhh! nak malu ape? wa mmg mcm ni derr..hidup wa bebas..ape barang pakai2 tudung, pakai baju besar2, longgar2 ni? xrock laaa..panas la beb pakai tudung..i rimas la pakai bju besar2 gedabak ni..euuuwww..low klasss..lagipun boypren i xsuke la i tutup2 macam ustazah ni..die kate tak hot, tak seksi..yukksss~"
(oooo..ko pk panas je yerrr?? igt badan ko tu dh ckup kebal ke nak tahan api neraka tu sok??low klass konon..haaa, mmg sesuai la tu ko dok kat neraka yg plg bwh, plg "low klass" kat akhirat nti..boypren xsuke?? amboi3..igt buayapren ko tu ke yg nak selamatkan ko dri api neraka tu sok?? aishhh..~)




ape2 pun, kita yg dh pakai topi keledar dgn baik ni, xboleh jugak nk melabel mereka2 yg xpakai topi keledar ni jahat, teruk..sepatutnye, kita ni kena bimbing, bawa, ajar mereka2 ni supaya pakai topi dgn selamat k! =)






Sesungguhnya Allah itu apabila DIA mengkehendaki untuk membinasakan seseorang, Dia mencabut rasa malu dari dalam dirinya. Apabila rasa malu sudah dicabut, kamu tidak akan menjumpainya melainkan  dalam keadaan benci (Allah dan manusia)..
Riwayat Ibnu Majah..


ok, checklist yg seterusnya adalah istiqomah!..bile dah nekad, dh cri kwn baik2, dah pakai topi keledar elok2, kite kenalah istiqomah dgn perubahan kite tu..jgn hangat2 tahi ayam je..yangyuk org kate..jap2 pakai tudung, jap2 bukak..dh mcm mempersendakan agama plak kan..bile nak berubah, buat betul2 yer..sometimes, kite kena berperang dgn diri sendiri ke arah kebaikan..
sebenarnye bnyk lagi cara untuk kite berubah..tp tu je yg sempat biela tulis mlm ni..nti insyaAllah jika ade kesempatan, biela tambah2 lagi yerp..


btw, biela ingin berkongsi satu ayat khusus untuk kaum wanita..


Siapalah kamu si tudung labuh yg merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jgn kau anggap dirimu hebat,maksum atau mulia. Jgn kau riak dan ujub. Jgn kau fikir org lain tidak setaraf denganmu. Jgn kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bhw ibadat dan amalan yg kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bkn krn Allah... Niatmu utk menunjuk-nunjuk,maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja! 
DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yg merasa dirimu akan selamat? Yg mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yg merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yg berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jgn kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan,usah kau mimpi dan angkuh! 
Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jgn mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu...! 

pandai2 la kita muhasabah diri kita ni berada di tahap mane yer..ape2 pun, pandangan Allah itu lebih mulia drpd pandangan manusia..buatlah sesuatu tu Lillahitaala..ada manusia di dunia ni diuji Allah dgn kesusahan, dan ade juga manusia di dunia ini diuji Allah dgn kemewahan dan kesenangan..Allahualam...


nota kecik : baru je lepas berlakon jadi tunang kepada my kazen  sengalun thoiyibunnn disebabkan die ni ramai sgt peminat dan smpai satu tahap xtau cmne nak jwb ngn peminat2 die..last2 ckp kt dak tu, "Siti Nabilah ni tunang saya"..siap bg link profile biela lg dlm fesbuk..mesti hancus luluh, kecewa, retak, pecah, berderai, berkecai menghempas lantai, bersepai-sepai ati wanita tersebut..aishhh..xbek! g mintak maap nuh...tobat balik, tobat balikk!!

Monday, January 24, 2011

~..J.I.K.A..~

Bismillahirrahmanirrahim....


awak.............

jika awak cintakan saya kerana rupa..
saya bukan lahir dari rupa paras yang indah, cantik, menawan sehinggakan 
mampu menarik perhatian orang yang memandang...

jika awak menyintai saya kerana harta..
harta itu semuanya milik Allah..
saya cuma meminjam secebis daripada nikmat Allah di muka bumi ini...

jika awak cintakan saya kerana ilmu...
ilmu saya tidak sampai setitik air pun jika dibandingkan dengan ribuan lautan Allah di dunia ini..

saya tiada punya apa-apa..
saya kosong...

tetapi...

saya hanya punyai sekeping hati yang sentiasa mengingati,
 mengagungkan dan menyintai Allah..
dan sekeping hati itu akan saya jaga,
akan saya semai dengan benih-benih sayang, rindu dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..
agar benih-benih itu hidup subur, berkembang, rendang 
dan berbuah dengan nikmat barakah dan hidayahnya..

dan...

 jika awak cintakan saya kerana ALLAH...
alhamdulillah....
saya bersyukur...
dan saya berdoa agar kita dapat sama-sama menjaga hati ini..
agar tidak layu, kering dan mati daripada rahmat dan inayah Allah...

dan saya juga berdoa..
semoga pohon hati yang kita bina kerana Allah ini..
akan mencambahkan mujahid-mujahid kecil..
yang putih, bersih, suci..
dan hati-hati mujahid kecil ini akan kita sama-sama didik, asuh dan ajar..
agar turut mencintai Allah....
insyaAllah..

semoga kita dipertemukan di dalam redhaNya 
dan semoga dipermudahkan segala urusan..
terima kasih kerana mencintai saya kerana Allah...=)


Sunday, January 23, 2011

~..alahai menantu omak..~ ^_~

Bismillahhirrahmanirrahim...

hurmm..xda banyak yg nak ckp, cume kali ni biela nak berkongsi satu artikel yang bertajuk "Lelaki Idaman Wanita" yang sempat di ambil dari Forum Halaqah Online tadi..

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki



Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih. 
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah. 
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi. 
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

selain ciri-ciri di atas, kita sebagai seorang wanita seharusnya memilih seorang rijal :
  • Yang mencintai Allah SWT dan mengamalkan amalan2 yang membawa sayang kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayangMu."(HR Tirmidzi:3341)
  • Beragama dan berakhlak.Sabda RAsulullah SAW:
"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak mulia maka kahwinilah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan."Para sahabat bertanya:"Bagaimana kalau dia sudah berkahwin?" baginda menjawab:"Kahwinilah juga dia." (Diulang sebanyak tiga kali).(HR Tirmidzi:1005)



tapi bile fikir2 balik..macam mane kalau yg datang tu adalah yang beriman tapi muka macam permukaan planet marikh...haa, camno tu?
tak pun datang yang beriman tapi pi minang pakai motor honda c70 atau vespa buruk tggu masa je nak terbarai satu persatu..ditambah lagi dgn side mirror yg diikat dengan tali rapia...bunyik motor lak macam nak roboh je...


sekadar Gambar Hiasan ~
pastu yg si emak tanye.."sape tu naaakkk" 
anak jawab "tu la orang yang nak pinang kita makkkkk" 
mak balas "takde ke orang lain nak oiiii...muka macam pecah rumah je..mcm jamban xbape nak siap pn ade..dala datang dengan motor buruk lak tu"
anak jawab "tapi dia beriman mak...tak pernah tinggal solat tahajjud...tinggi ilmunya mak...30 juzuk dalam dada.."
tapi bila mak kata "NANTI KO NAK MAKAN APA NAK OOOIIIIIIIII...BADAN DIA PUN SEKEPING...CAMNE DIA NAK BAGI KO MAKAN...DAH..DAH...CARIK YANG LAIN"

kalah si anak...kalaaaaah (^_^)

rupanya si ibu lupa.........REZEKI ITU KEPUNYAAN ALLAH...BUKAN MAKHLUK....

hahaha..klaka kan? jadi bagi yg si lelaki ni, tolonglah seimbangkan duniawi dan ukhrawi tu..janganlah dok zuhud sgt sampai tahap macam tu..nti payah plak nk dpt jodoh..satu lg, bile dh dapat jodoh, dapat anak plak, mulalah dok buang anak sana sni, tgglkan kat masjid, surau, dpn umah anak yatim sbb xmampu nak sara..aishhh..jgn buat yer..xbaik tok kesihatan..~

itu  kisah si lelaki vs perempuan lawa..
macam mane plak kalo kisah lelaki vs perempuan yg xbape nak lawa? yg si perempuan ni plak muke mcm planet marikh..haa..kalo kes mcm tu, camno plak?


si emak bertanya..
"sape tu naaakkk" 
anak jawab "tu la orang yang nak pinang kita makkkkk..ala, tp xmaula mak..dala naik moto kapcai, kurus kering, cam jerangkung..muke pn cm siput sedut je..eiiii..takde kelasss~" 
kate si emak.."Trime je la nak oooiii,, biar la naik moto kapcai, moto buruk  pun... dari langsung x da moto.. lagipun, dah itu sorang je yang nak kat ko...."

hahaha..kalo situasi cmni berlaku plak cmne? ape2 pun, pandai2 la antum kat luar sane buat pilihan eh..=)