CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 6, 2013

susahnya berbicara dengan orang bodoh sombong ~



Bismillahirrahmanirrahim..

pertemuan dengan seorang hamba Allah hari ni cukup membuatkan aku teringat kata-kata Imam Syafie :

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta,bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM.

Kerana apa?

Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?


PENGALAMAN HIDUP

Di sekolah  rendah dulu aku pernah jadi seorang pemidato dan pembahas sekolah..walaupun bukanlah seorang yang selalu merangkul piala, tapi aku ni dikira bolehlah  dari takde untuk bersyarah depan orang ramai kalau dah takde sangat wakil murid yg lain..

Mungkin dalam dunia dulu, aku banyak bergelumang dengan pencarian fakta, menulis dan menghafal skrip, seterusnya menterjemahnya dalam bentuk gaya badan, eye-contact dan tone suara yang selari dengan penghayatan skrip.

Namun setelah beranjak masuk ke sekolah menengah, ke IPT dan seterusnya ke alam pekerjaan ini, aku sudah pencen dengan bidang yang penuh dengan keterujaan ini..

Demi menghilangkan tabiat berhujah dan "outspoken", aku menghilangkan ketagihan tersebut dengan dunia FB sama ada dalam bidang dakwah, tarbiyyah mahu pun politik.owh, masa kat IPT pun aku slalu join usrah dengan adik dan kawan-kawan bagi melepaskan gian tabiat bercakap dan berhujah ni.

Antara isu-isu terhangat yang memerlukan level tahap kesabaran dan ketabahan berhujah ialah isu BERSIH. 


Penerangan demi penerangan. Hujah demi hujah. Pencerahan demi pencerahan saban dilontarkan, tapi hanya sia-sia dan menjadi dangkal dek kerana sikap jahil manusia.

Membangkang bukan bermakna ingin mencetus permusuhan.
Mengkritik bukan bermakna tidak bersyukur.
Tidak bersetuju bukan kerana tidak mengenang jasa
Tidak bersekutu bukan bermakna membenci kerajaan


Padahal jawapan-jawapan mahupun komen-komen yang diberi terlalu amat "close-minded", kuno, racist, assabiyah, kesat, kotor dan tidak berbudi bahasa yang mana dikategorikan level IQ terendah!

Bagi mereka isu politik terutamanya adalah isu mencari gaduh! Bermusuhan antara satu sama lain. Berhujah untuk tunjuk "terror", untuk menang, dan merendah-rendahkan personaliti seseorang. Berhujah dengan emosi berkiblatkan nafsu amarah, dengki atau pun menyampah. Terlalu sentimental.

Itu namanya tiada etika. Sama ada etika penulisan mahupun bahasa percakapan.

Seteruk-teruk bahasa orang nogori yang yang ada kalanya kasar dan kesat, tidaklah saya sebagai anak jati nogori turut terjerumus dalam kancah kekotoran dan tidak bertamadun ini.

Aku ada sedikit tergelak dengan kata-kata seorang sahabat, dan aku sangat bersetuju dengan dia. Ada 6 skrip yang biasa kita jumpa sama ada dalam You tube mahupun FB :

"Meh ambe cerita skrip yang akan jadi kalau ambe menjawap. Sebab sudah berpengalaman sudah dengan 49.5 orang...hehe.
Ambe menjawap, dibalasnya bajet bagus le tu.
Ambe jawap lagi, dibalasnya ini jenis orang tak syukur
Ambe jawap lagi, dibalasnya ini ke cara dakwah yang berhikmah
Ambe jawap bagi nas dan dalil, dibalasnya ceh bajet alim sangat le tu.
Ambe jawap lagi, dibalasnya huh emo je lebih
Ambe jawap lagi, tidak dibalas tapi dijeritnya pada status diumpat

Sebelum ambe jawap, jawap, jawap lagi. Baik hentikan rantai itu dengan Kah kah kah...gelak saja!"

Akhir kata : walaupun kita tidak pandai tapi janganlah memandai-mandai kerana orang yang tidak pandai mungkin akan menjadi pandai setelah faham dan mengambil akan ilmu yang dicurahkan, namun orang yang memandai-mandai tetap akan bo*** kerana mereka tidak akan menerima ilmu orang lain atas alasan mereka lebih pandai ,walhal merekalah yang paling bo***.

Namun, jangan pernah berhenti, jemu dan bosan dalam menjadi media penyampai demi kebenaran. Berusaha memberi bahan yang mengetengahkan bahan pencerahan minda yang sesuai dengan tahap pemahaman dan IQ mereka, berikan kesedaran dan berdoalah selalu agar Allah memberikan kita petunjuk dan menunjukkan kita jalan yang sebenar-benarnya, yang mana haq dan yang mana batil.


p/s : kenalah rajin dan banyak membaca tentang dunia luar. Sama juga dalam pelajaran, memang kena banyak membaca. Seronok kalau banyak membaca dan mengajar serta menerangkannya pada orang lain. Jangan riak pula. Niatlah dalam hati kerana Allah untuk perkongsian ilmu tersebut, nescaya dapatlah ganjaran kasih sayang di sisiNya.





Saturday, November 3, 2012

no title~




kadang- kadang kita tak sedar, kita terlalu sedih sangat sehinggakan dalam tidur pun airmata boleh menitis...

semoga Allah kurniakan hati yang tenang, jiwa yang tenteram, diri yang sabar dan redha dalam menempuh tahun-tahun pertama yang sukar akan datang...
hasbunallahu wani'mal wakil...
ameen ya Rabb...



Saturday, October 20, 2012

saat itu..




In sha Allah,
Sampai satu masanya,
Kita akan berhenti ‘memaksa’ DIA memberi apa yang kita inginkan.

Sampai suatu saat nanti,
Kita akan mula memohon agar Allah membantu kita menerima dengan hati yang redha dan terbuka terhadap apa yang Allah dah takdirkan, apa yang Allah dah rencanakan, dan apa yang Allah dah tentukan buat kita.

- In sha Allah akan sampai suatu saat, kita akan memahaminya..


biarlah masa yang menentukan segalanya....





Saturday, October 13, 2012

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Bismilahirrahmanirrahim....


Ya Allah.......
aku terima apa yang Engkau berikan untukku...
aku redha dengan apa yang Engkau tuliskan untukku...
aku pasrah dengan apa yang Engkau tetapkan untukku...
aku terima Ya Allah....
aku yakin perancanganMu adalah yang paling baik untukku....

namun aku mohon Kau kuatkanlah hatiku...
jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur...
jadikanlah aku seorang hamba yang tabah dalam menghadapi ujianMu..
jadikanlah aku seorang hamba yang redha dan pasrah dengan apa yang Engkau berikan untukku.
Ameen...Ameen..Ameen Ya Allah....

Doa Rasulullah S.A.W :

“Ya Allah, dengan pengetahuan-Mu pada yang ghaib, dan kuasa-Mu atas makhluk-Mu, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu baik untukku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik untukku. Aku memohon rasa takut pada-Mu baik dalam keadaan terang-terangan mahupun dalam keadaan sembunyi-sembunyi, tanamkanlah keikhlasan saat redha dan marah. Aku memohon kepadaMu kenikmatan yang tidak pernah putus. Dan aku memohon kepada-Mu agar Engkau tanamkan keredhaan (dalam hati) atas semua takdir-Mu, kehidupan yang damai setelah mati dan nikmatnya melihat wajah-Mu, kerinduan untuk bertemu denganMu. Aku berlindung pada-Mu dari sesuatu yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, perindahkanlah diri kami dengan iman dan jadikanlah kami orang yang mendapat hidayah dan menyebarkannya (kepada orang lain).” (HR Nasa’i)


Allah mengambil sesuatu daripada kamu kerana DIA ingin menggantikan dengan yang LEBIH BAIK! =)




Wednesday, September 26, 2012

Jangan Berkira Dengan Allah





Bismillahirrahmanirrahim.....


Kita ni kalau orang kata “kau ni sembahyang sebab janji buat je ke? autopilot? ” 
 Aih. Marah. 

“biar Allah je yang judge, ok..” katanya.

Tapi, tipulah kalau tak pernah ada rasa macam, “asalkan settle yang wajib sudahlah. Sunat-sunat tu, nantilah..nama pun sunat..” 

Haihhh, kenapalah itu pun nak berkira dengan Allah. Apa salahnya spend masa lebih sikit untuk buat yang sunat-sunat tu. Allah dah bagi kita macam-macam dah. Yang memang keperluan, Dia dah penuhkan, yang kehendak pun Dia bagi juga. Tapi kita, ‘asalkan settle yang wajib sudah..’ tak bersyukur betul..

Baiklah apakata kita cuba buat analogi; si ayah nya kata dia dah spend duit dah untuk anaknya. Ditanya, dia spend apa? Dia kata, dia bagi makan, pakaian, tempat tinggal dan hantar pergi sekolah.

La..itu dah memang wajib, memang tanggungjawab dia pun...memang keperluan anak dia.. Rela tak rela, memang kena! Tapi ada ke dia berikan anak die tu sesuatu sebagai tanda dia sayangkan anak dia? ada tak si ayah tu belikan si anak hadiah yang anak dia nak sangat-sangat..contohnya macam basikal ke, buku ke, pistol air ke.. Berapa kali si ayah tu belikan kek harijadi, atau bawa pergi bercuti tanpa diminta?
Ok analogi lagi: Bayangkan pihak kerajaan satu negara ni kata, dia dah bagi macam-macam pada rakyat. Jadi rakyat kena sokong dia. Kita tanya, kenapa kena sokong kerajaan? kerajaan dah bagi apa? Katanya, bekalan air, elektrik, sekolah, jalan raya segala. Hmm, again, itu dah memang wajib. Sesiapa pun kalau menjadi kerajaan, dia akan kena sediakan semua tu.

Habis macam mana?
Ini lah jadinya kalau buat sesuatu ‘sebab syarat’ je. Maksudnya, buat supaya settle tugas je. Bukan sebab nak menghargai pihak sana.

Takkan sama seorang anak yang hantar duit setiap bulan kepada emak dia sebab dia tengok semua anak bila dah besar akan buat macam tu, dengan anak yang hantar duit sebab itu yang termampu dia buat untuk balas jasa, ringankan beban mak dia yang dah tua dan untuk senangkan hati mak dia lepas semua yang mak dia lakukan untuk dia. Erk, macam pusing-pusing sikit, tapi faham kan? pointnye, yg pertama tadi anak bagi duit sbb die rse sume orang buat macam tu..rase pelik plak kalo die xbuat..anak yg kedua plak, die bagi duit sbb die nak balas jasa mak ayah, walaupun kadang2 duit yang dia ada tu xseberapa pun..nak makan untuk die sendiri pun tak lepas..tak sama kan??

Samalah juga dengan beribadah..ramai yang solat, beribadah sebab benda tu memang wajib dan KENA buat..kalau tak buat nanti dosa..lagipun semua orang buat mcm tu..

 “Katakanlah: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”. (Ali Imran:32) 

Namun, apalah salah nya kalau taat dan patuh itu diiringi dengan rasa syukur yang diekspresikan dalam bentuk perbuatan – dalam bentuk amal yang extra.. 

Misalnya, kan elok di perpanjangkan solat (dengan munasabah) berbanding asyik nak habis cepat-cepat, bacaan pun laju-laju, ayat-ayat ringkas, balik-balik al-kauthar. Kan elok diperbanyakkan sujud (maksudnya kerjakan solat sunat, bukan pandai-pandai menambah bilangan rakaat) tanda tunduk dan syukur pada Allah dan kekuasaanNya. Kalau sudah terjaga di tengah malam tu kemudian tak dapat lelap semula, dan esok pula cuti, apalah salahnya bangun dan bertahajjud. 

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Sembahyang Tahajjud” padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (al-Isra’: 79) 

Rata-rata kita ni nak cepat-cepat bangun dan pergi selepas dah habis solat. Padahal, bukan ada hal mustahak pun, lepas tu nak sambung tidur. Atau online. Atau jalan-jalan. Eh, takut pula saya cakap macam ni. Sebab saya pun tergolong dalam golongan ini. TT_TT

satu lagi kalau time bulan puasa..yang buat terawih setiap malam tu, Alhamdulillah...teruskan..
tapi pada yang cakap "alaaa..terawih tu sunat je...tak buat pun takpe.."
aduhhhh..rasa sakit je telinga ni dengar kadang-kadang kan?...kalau xbuat terawih di masjid disebabkan ada hal-hal yang mustahak, keuzuran ke takpe lagi...tapi kalau taknak buat terawih tu sebab nak pegi main futsal, duduk depan laptop berjam-jam main game, tgk movie korea smpai hbis 5 kotak tisu, nak pergi buat benda-benda yang lagho tu, berubahlah dari sekarang... 

Baiklah, apapun, marilah kita perbanyakkan ibadah sunat. Kerap-kerap kan berjumpa Dia, biar terjalin hubungan yang rapat dengan Maha Pencipta yang agung itu. Buanglah pemikiran “ala dah nama pun sunat kan, sunat je la..” atau “janji settle yang wajib..” 

Jangan lah kita ni berkira sangat untuk spend masa dan tenaga beribadah kepada Allah, kan Dia dah berikan macam-macam.

Kita selalu dengar, “jagalah hak Allah dan Allah akan menjaga hak kamu”. ihfazillah, yahfazka. Kita nak Allah perkenankan permintaan-permintaan kita, kita nak Allah rezekikan kita, kita nak Allah pelihara dan jaga kita setiap saat. Tapi kita ‘kedekut’ untuk ‘bodek’ Allah lebih sikit. Tak segan ke? Aduh.

Sedangkan Nabi pun bertahajjud sampai bengkak kaki nya. Bukan nak suruh terhapus dosa, Nabi mana ada dosa. Bukan nak suruh murahkan rezeki, Nabi sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang baginda ada. Bukan nak suruh dapat pahala lebih sebab nak masuk syurga, Allah kan dah janjikan baginda memang tak ada dosa dan akan masuk syurga, siap boleh syafaatkan umat lagi.

Tapi bila ditanya oleh Aisyah, kenapa baginda rajin macam tu, Baginda menjawab;

“salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”  (muttafaq ‘alaih)


Marilah, cari dan adakan masa untuk melebihkan waktu bertemuNya. Pasti Dia mengalu-alukan. Tak perlu berkira sangat masa dan tenaga tu. Ekspresikan syukur dalam perbuatan. ‘Hadiahkan’ Allah dengan pertemuan yang tak disangka-sangka, pasti Dia akan hadiahkan kita dengan nikmat yang tak disangka-sangka. (:

Saturday, July 14, 2012

nikmat atau bala~

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah..sempat meneruskan sesi usrah bersama sahabat2 tersayang..dan mungkin sesi usrah kali ni agak dramatik juga la kot..luahan perasaan, nangis2 sama-sama, tegur membina mana yang kurang..
berkata soal hubungan antara lelaki ajnabi..alhamdulillah masing-masing sedang melangkah ke fasa yang seterusnya iaitu alam pertunangan, perkahwinan..
tak dinafikan, bile lihat sekeliling, situasi orang lain yang sefikrah ngn diri ni (i mean dh ade someone/dh tunang), biela rase bersyukur sangat2 kerana ALLAH menghadiahkan "JARAK" ni pada biela..
kerana dengan jarak ini lah hati lebih terjaga, iman lebih terpelihara...
kadang-kadang biela terfikir, kalau la si dia ada kat sini, belum tentu lagi kami boleh lawan nafsu ni utk berjumpa, keluar sama-sama ke apa..susah nak jaga hati..tambah lagi bila ada depan mata..
alhamdulillah...bersyukur atas nikmat besar yang Allah kurniakan ini..
terima kasih atas 'jarak' yang Allah berikan...
ckuplah pengalaman sebagai guru, kisah pahit manis kawan2 sebagai penanda aras supaya aku menjaga batasan diri ini..
kelak, kita ni akan ada anak-anak..dan anak-anak tu adalah cerminan diri kita...
anak yang baik akan bermula dari ibu dan ayah yang soleh..
tak mau la disebabkan dosa-dosa yang kita lakukan, Allah akan berikan kita BALA melalui keturunan kita nanti..nauzubillahiminzalik...


dan alhamdulillah..rasa hati ni lebih terdidik supaya lebih bersabar dan berfikir dlu baik buruk sebelum buat apa-apa tindakan..aku prasan juga kalo dlu, main sesuka hati je nak marah..kadang2 sampai menipu untuk selamatkan diri..
tapi sekarang bile rasa nak marah je, mesti muhasabah hati dulu.."buat ape la nak marah2..tak boleh ke bersabar sikit? ape la yg ko dapat bile marah2 ni biela...kan lebih elok kalo ckp baik2, berbincang dlu..kalo tak mampu juga, berdiam diri adalah penyelesaian yang terbaik!"
mungkin tu juga salah satu proses kematangan sebelum menuju alam berumahtangga ni kot..haha..yer2 je ko kan..


teringat kata-kata encik tunang..
"awak nak kawen lambat2 sgt buat ape? nak tunggu matang dulu? kalo nk tunggu matang, umur dh 40 pn belum tentu lagi kite akan matang...kematangan tu akan dtg dgn sendiri lah awak...masa, umur bkn penentu..."


yer..betul juga..bile dh tinggal beberapa bulan nak kawen ni..secara automatik fikir pasal rumah, anak, kereta..risiko2 kawen jarak jauh, psl family bakal mentua lah ape..kalo dlu aku xpenah pk lgsg pn pasal tu...
yup!! matang itu datang dgn sendiri...
dan yang penting, aku banyak berguru dengan pengalaman...

Wednesday, June 27, 2012

jangan menghukum! nasihatilah dgn berhikmah~


Usah Dibenci Pelaku Maksiat... 

Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikut mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa didalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu.Pergilah engkau dari sisiku."

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebenciaan kita kepada maksiat tidak beerti kita membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Seringkali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."







Tuesday, June 26, 2012

welcome back!!

Bismillahirrahmanirrahim....

subhanallah...lamenye nak moderate semula blog ni..kena bace 502 entri satu persatu..haishhh~ sokmo fokus kat blog 1 lagi je..blog ni dh dianak tirikan...adeihhh~~


tergelak plak kadang2 tgk entri zaman2 pak kaduk..meroyan lah ape..ya Allah..malunye lah!!
mcm budak2 je rase...hak...n yerp, dri situ kita akan belajar...


alhamdulillah...done melangkah ke alam dewasa fasa pertama..
lepas ni akan proceed ke fasa kedua pula...

satu benda yang tak disangka-sangka...diri aku sendiri pun terkejut! rase mcm terhenti je darah sekejap bile dpt berita...apetah lagi org lain yg tibe2 dapat tahu..
senyum sendiri pun ade...betullah kate org "jangan terlalu benci sgt, takut lame2 nanti akan sayang..."
yup...si dia slh sorg hamba Allah yg aku tak suke dlu..annoying..menyusutkan fikiran..tetapi si dia jugalah yg akan menjadi imam dan pemimpin keluarga diri ini nti..katon betul!!
mcm crite drama, crite novel je kan...
honestly..die sangat baik..terlalu baik...
alhamdulillah..Allah menurunkan hujan kerana ingin memberikan diriku pelangi =)
syukur atas ujian yang Allah timpakan dahulu...
aku banyak belajar..terutamanya dalam meletakkan hati pada tempat yg sebetulnya...aku lebih menyayangi diri berbanding waktu sebelum ini...
moga Allah sentiasa mempermudahkan jalanku =)
ameen Ya Robb~~




Wednesday, February 1, 2012

I asked..HE gave me..

Bismillahirrahmanirrahim....


found this quote from i-forgot-where-i-found-this..
just wanted to share this beautiful quote with others in my Lili dan Hati version...


" But perhaps youhate a thing and it is good for you..and perhaps you love a thing it is bad for you..and Allah knows, while you know not.." [2 : 216]







Tuesday, January 31, 2012

meditasi~



astaghfirullahal a'zim....rasa tak sedap hati...
husnuz zhon!! bersangka baik lah dengan Allah....


"allahumma inni as'aluka binafsan bika mutmai'innah..tu'minu biliqo ika watardo biqodo ika wataqnau' bi a'toika.."


_doa penenang hati_

Sunday, January 29, 2012

hafalan kaedah Jibril~

Bismillahirrahmanirrahim....


bukan senang nak jadi penghafaz Al-Quran kan? alhamdulillah KZ dah mula menjalankan program hafalan dan tasmi'..kami pilih 10 surah yg digalakkan kita hafal iaitu surah : 

  • Yaasin
  • As-Sajadah
  • Al-Insan
  • Al-Mulk
  • Ar-Rahman
  • Al-Muzammil
  • Al-Jumuah
  • Al-Qiamah
  • Al-Waqiah
  • Ad-Dukhan..
alhamdulillah stakat ni biela dh berjaya hafal 5 dri 10 surah2 kat atas ni..Yaasin, As-Sajadah, Al-Mulk, Al-Jumuah, Al-Waqiah..cara nk menghafal dgn mudah adalah menggunakan kaedah Jibril..

1. Apa itu kaedah Jibril?
  • kaedah bagi mereka yg ingin menghafal tetapi mempunyai masa yg suntuk.
  • cuma menghafal 3 baris sehari.
2. Pelaksanaan
  • mula menghafal 3 baris sehari.
  • waktu yg paling berkesan : 30 minit sebelum subuh.
  • proses : i. pembiasaan (5 minit - baca sehingga lancar ), ii. hafalan (15 minit), iii. pengukuhan (10 minit)
  • ulang 3 kali sebelum, semasa dan selepas solat.
  • menghafal lima hari sahaja dan hujung minggu sebagai hari mengulang
sedikit penambahan : persoalan mengenai hafalan bagi wanita haid :
  1. bagi mengatasi golongan wanita ketinggalan dalam hafalan, dua langkah boleh dituruti 
  • larangan hanya kepada memegang Al-Quran tetapi tidak tafsir
  • larangan hanya kepada membaca Al-Quran dengan mengeluarkan suara tetapi tidak kepada membacanya di dalam hati.
insyaAllah..moga Allah permudahkan kita...moga menjadi wanita yang cantik, beriman, baik, solehah, hafizah dan insyaAllah syahidah pula! ameen =)


Friday, January 27, 2012

subhanallah~

Bismillahirrahmanirrahim.....


subhanallah...menangis tersedu2 biela tgk video ni..bile la biela nk dapat peluang macam ni....
terasa menyesal atas setiap airmata yg dibazirkan selama NI....apalah sgt ujian yg Allah turunkan pd biela ni jika nak dibandingkan dengan ujian yg Allah timpakan kepada sahabat2 dan umat2 nabi terdahulu....wallahualam...


Ya Rasulullah...kami amat merinduimu wahai kekasih Allah...='(




Lili dan Hati..

Bismilllahirrahmanirrahim....


Ini Lili.

Lili punya sekeping Hati yang merah dan cantik sekali.

Lili membawa Hati kemana-mana sahaja Lili pergi.
Bonda Lili pesan, "Lili mesti sentiasa jaga Hati, bawa Hati kemana jua Lili pergi.
Kalau tidak, Lili akan jatuh sakit".
Lili anak yang baik, Lili selalu ingat pesan bonda Lili itu.


Semakin hari, Lili berjumpa dengan semakin ramai kawan baru.

Dan semakin hari, Lili semakin pelik kerna kebanyakan kawan Lili tidak membawa Hati bersama mereka.

Malah, mereka masih sihat dan hidup lebih senang kerana tidak perlu terbeban membawa Hati kemana-mana.



Lili pula semakin melupakan pesan bonda Lili dan Lili meninggalkan Hati di tepi jalan raya.

Lili ingin hidup senang seperti kebanyakan kawan-kawan Lili.

Lili yakin Lili bisa hidup sihat tanpa membawa Hati bersama.



Semakin hari, Hati menjadi semakin kotor dek debu dan berhujan panas di tepi jalan raya.

Warna Hati sudah tidak merah dan sudah tidak cantik walaupun sekali.



Memang hidup Lili lebih senang kerna Lili tidak perlu membawa Hati bersama.

Akan tetapi, Lili merasakan hidup Lili kosong.

Lili berasa, Lili tidak sesihat seperti dahulu kala.
Lili... perlukan Hati kembali.



Lili kembali ke tepi jalan raya mencari Hati.

Alhamdulillah, Lili masih tidak terlambat.

Hati masih di situ.
Tetapi malangnya, Hati sudah tercemar dan tidak bersih lagi.



Lili amat duka dan sesal.

Lili kemudian berlari dan membersihkan segala kotoran degil dan debu-debuan yang melekat pada Hati.

Walaupun sukar, tetapi Lili yakin Hati akan kembali merah dan cantik seperti dahulu kala.



Akhirnya, berkat penyesalan dan ketekunan Lili, Hati menjadi semakin cantik dan berseri-seri.

Kini, Lili tidak berasa kekosongan lagi, kerana... Hati ada bersama.



Lili pesan,



Di dalam hati sebenarnya ada fitrah.

Dan fitrah hati adalah islam.

Sebab itu kita perlu senantiasa menjaga hati kita, kerana apabila kita menjaga hati, bermakna kita juga menjaga islam bersama.

Kita sering merasa terbeban dengan islam, lalu ditinggalkan dan dibiarkan islam begitu sahaja demi mencari kesenangan dunia.

Lama-kelamaan islam kita akan menjadi kotor dan tercemar.

Maka kita akan merasa kekosongan dan tidak selesa kerana kita telah membuang fitrah hati kita yang memerlukan islam.

Bertuahlah kita sekiranya kita berjaya mencari kembali islam kita sebelum terlambat.

Ketika itu, bertaubat dan sucikanlah kembali islam kita, dan yakinlah...

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [ 5 : 39 ]