CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 6, 2013

susahnya berbicara dengan orang bodoh sombong ~



Bismillahirrahmanirrahim..

pertemuan dengan seorang hamba Allah hari ni cukup membuatkan aku teringat kata-kata Imam Syafie :

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta,bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM.

Kerana apa?

Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?


PENGALAMAN HIDUP

Di sekolah  rendah dulu aku pernah jadi seorang pemidato dan pembahas sekolah..walaupun bukanlah seorang yang selalu merangkul piala, tapi aku ni dikira bolehlah  dari takde untuk bersyarah depan orang ramai kalau dah takde sangat wakil murid yg lain..

Mungkin dalam dunia dulu, aku banyak bergelumang dengan pencarian fakta, menulis dan menghafal skrip, seterusnya menterjemahnya dalam bentuk gaya badan, eye-contact dan tone suara yang selari dengan penghayatan skrip.

Namun setelah beranjak masuk ke sekolah menengah, ke IPT dan seterusnya ke alam pekerjaan ini, aku sudah pencen dengan bidang yang penuh dengan keterujaan ini..

Demi menghilangkan tabiat berhujah dan "outspoken", aku menghilangkan ketagihan tersebut dengan dunia FB sama ada dalam bidang dakwah, tarbiyyah mahu pun politik.owh, masa kat IPT pun aku slalu join usrah dengan adik dan kawan-kawan bagi melepaskan gian tabiat bercakap dan berhujah ni.

Antara isu-isu terhangat yang memerlukan level tahap kesabaran dan ketabahan berhujah ialah isu BERSIH. 


Penerangan demi penerangan. Hujah demi hujah. Pencerahan demi pencerahan saban dilontarkan, tapi hanya sia-sia dan menjadi dangkal dek kerana sikap jahil manusia.

Membangkang bukan bermakna ingin mencetus permusuhan.
Mengkritik bukan bermakna tidak bersyukur.
Tidak bersetuju bukan kerana tidak mengenang jasa
Tidak bersekutu bukan bermakna membenci kerajaan


Padahal jawapan-jawapan mahupun komen-komen yang diberi terlalu amat "close-minded", kuno, racist, assabiyah, kesat, kotor dan tidak berbudi bahasa yang mana dikategorikan level IQ terendah!

Bagi mereka isu politik terutamanya adalah isu mencari gaduh! Bermusuhan antara satu sama lain. Berhujah untuk tunjuk "terror", untuk menang, dan merendah-rendahkan personaliti seseorang. Berhujah dengan emosi berkiblatkan nafsu amarah, dengki atau pun menyampah. Terlalu sentimental.

Itu namanya tiada etika. Sama ada etika penulisan mahupun bahasa percakapan.

Seteruk-teruk bahasa orang nogori yang yang ada kalanya kasar dan kesat, tidaklah saya sebagai anak jati nogori turut terjerumus dalam kancah kekotoran dan tidak bertamadun ini.

Aku ada sedikit tergelak dengan kata-kata seorang sahabat, dan aku sangat bersetuju dengan dia. Ada 6 skrip yang biasa kita jumpa sama ada dalam You tube mahupun FB :

"Meh ambe cerita skrip yang akan jadi kalau ambe menjawap. Sebab sudah berpengalaman sudah dengan 49.5 orang...hehe.
Ambe menjawap, dibalasnya bajet bagus le tu.
Ambe jawap lagi, dibalasnya ini jenis orang tak syukur
Ambe jawap lagi, dibalasnya ini ke cara dakwah yang berhikmah
Ambe jawap bagi nas dan dalil, dibalasnya ceh bajet alim sangat le tu.
Ambe jawap lagi, dibalasnya huh emo je lebih
Ambe jawap lagi, tidak dibalas tapi dijeritnya pada status diumpat

Sebelum ambe jawap, jawap, jawap lagi. Baik hentikan rantai itu dengan Kah kah kah...gelak saja!"

Akhir kata : walaupun kita tidak pandai tapi janganlah memandai-mandai kerana orang yang tidak pandai mungkin akan menjadi pandai setelah faham dan mengambil akan ilmu yang dicurahkan, namun orang yang memandai-mandai tetap akan bo*** kerana mereka tidak akan menerima ilmu orang lain atas alasan mereka lebih pandai ,walhal merekalah yang paling bo***.

Namun, jangan pernah berhenti, jemu dan bosan dalam menjadi media penyampai demi kebenaran. Berusaha memberi bahan yang mengetengahkan bahan pencerahan minda yang sesuai dengan tahap pemahaman dan IQ mereka, berikan kesedaran dan berdoalah selalu agar Allah memberikan kita petunjuk dan menunjukkan kita jalan yang sebenar-benarnya, yang mana haq dan yang mana batil.


p/s : kenalah rajin dan banyak membaca tentang dunia luar. Sama juga dalam pelajaran, memang kena banyak membaca. Seronok kalau banyak membaca dan mengajar serta menerangkannya pada orang lain. Jangan riak pula. Niatlah dalam hati kerana Allah untuk perkongsian ilmu tersebut, nescaya dapatlah ganjaran kasih sayang di sisiNya.





0 comments: