CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label ~Uwais Al-Qarni~. Show all posts
Showing posts with label ~Uwais Al-Qarni~. Show all posts

Saturday, April 9, 2011



letih......
ya Allah......='(
permudahkanlah jalan yang Kau tulis 
untukku di atas sana..

Monday, April 4, 2011

sweet je crite ni =)

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,
Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.
Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.
Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.
Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.
Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

p/s : serius suka baca cerita nie..sweet...sweet...hakhak...kalau hangpa suka gak boleh share..

Sunday, April 3, 2011

olohh..comel jer ..^_~

Bismillahirrahmanirrahim...


dah lama xbuka kitab hijau ni..tibe2 tergerak mlm ni nak bukak..nak tau tak, dalam ni sebenarnya biela ada tulis life plan dari umur biela 19 smpai 31..tarikh biela tulis life plan ni 8/5/2008..masa tu umur 18, tgh foundation lagi kat maktab ni..xbrapa nak matang kot..hehe~ tapi xtaula nape biela tulis smpai umur 31 je..haishhh~ meh kiter tgk balik..biela pn dok gelak sorang2 tgk life plan ni..


umur 19 thn (2009)
biela nak amik lesen moto+kereta..dh mula kumpul duit..masa tu elaun degree dah banyak..so boleh save lebih kurang 150 sebulan..time ni biela dah kena mula blaja masak!!!
(alhamdulillah..yg amik lesen tu dah tertunai, bab2 memasak pn telah dijalankan cuma bab saving tu je..banyak gune duit la degree ni..bile dh gune transpot lagi la duit mengalir cam air je kan..huhu~)


umur 20 thn (2010)
time ni biela blaja mcm bese..kalo boleh nak bagi duit kat mak ayah..xbnyk pn xpe..asalkan bagi even sikit..
(alhamdulillah..tertunai jugak..=))


umur 21 thn (2011)
21 tahun, means tahun ni la kan..time ni plan biela cume blaja mcm bese..xde plan yg pelik2..hehe~


umur 22 thn (2012)
dah grade!!! yeyeye~~ =')...keje la plak kan..time ni nak kumpul duit..bagi duit gaji kat mak ayah..pastu insyaAllah, nak cari kereta sebiji kot..yg murah dan simple je..jimat ok!!~ xyah lah nak mewah2, gah sana sini tu kan..cukupla sekadar kemampuan kite je =)


umur 23 (2013)
"dah boleh tunang setahun kot..tu pn kalo ade org nak laa.."..hahaha..cmtu la ayat yg biela tulis dlm life plan biela ni..ok, korang boleh gelak skrg!! hakhak..biela pn tgh gelak ni sebenarnya..heishh~


umur 24 (2014)
"time ni dh boleh kawin kot.." ok, korang boleh la gelak wat kali kedua eh..hahaha..kalo umur 24, means 3 tahun lagi..adeiiii~ time biela wat life plan ni, time tu tgh ade calon..but now dah xde..~ so, kena cari calon dlu dlm masa 3 tahun ni..baru boleh dilaksanakan ape yg dirancang di atas ='p
time ni kalo boleh biela nak ngaja kat skola2 kmpung je..kos hidup rendah sikit berbanding bandar ni..and kalo boleh nak ade rumah sendiri..tamo la dok kuarters je kan..disebabkan biela dah beli keta, yg rumah sendiri tu, bolehlah encik suami yg belikan, gune loan die plak..hehehe..boleh kan2?? haha~


umur 25 (2015)
dah ada baby comel, kiut miut..yeayyy!! haha..time ni dah makin besar tanggungjawab..komitment!~


umur 26 (2016)
life go through mcm bese..


umur 27 (2017)
time ni genap dah 4 tahun bekerja..biela nak smbung master!!~ tapi amik PJJ jela kan..nti dh ade family, dh ade baby comel, mesti sayang nak tinggal..so, boleh study time weekend je..hope encik suami memahami la kan..takpun, biela ajak encik suami sambung master skali =') hehehe~


umur 31 ( 2021)
insyaAllah, time ni dah ada master kot..biela terus keje macam bese..timba pengalaman dulu bnyk2..tapi dlm masa yg sama, biela nak try apply jadi lecturer plak..insyaAllah...biela xde niat plak nak smbung PHD..nak fokus dengan family je..tapi kalo encik suami nk smbung PHD, biela sokong je..
"di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, pasti ada seorang wanita di belakangnya.."
yup! biela nak jadi tulang belakang encik suami..nak dgr kata, taat dan akan sentiasa memberi semangat dan akan menyokong tiap keputusan yg dilakukan selagi tak bercanggah degan syariat..insyaAllah..ameen..


itulah serba sedikit life plan biela masa umur 18 tahun..tapi time tu dah fikir matang jugak kot..dah memandang masa depan..kelakar pn ada gak kan?? hehe..tah ape2 lah..whatever pn, kita hanya merancang..the rest, Allah yg akan menentukan..bukankah sebaik2 perancang itu adalah Allah swt?? letakkan keyakinan kepadaNya..insyaAllah.. =')

Tuesday, March 29, 2011

i loike!!~


" cintailah seseorang itu kerana TAQWAnya kepada ALLAH..
jika dia mencintaimu, dia akan menghormatimu..
jika dia tidak mencintaimu sekalipun,
dia tidak akan menganiayaimu.."

yup!!! suka quote ni..tadi dok dgr2 lagu rabbani smbil wat keje, 
tetiba ada narration sebut tentang ayat ni plak...=')



Sunday, March 6, 2011

Allahu Robbi..~

Bismillahirrahmanirrahim...


Allahu Robbi..
Kau uji aku dengan cinta manusia..
sungguh ya Allah..
aku sangat terseksa di daerah kerinduan yang tidak bertepi ini..
aku lemah..aku tiada kuasa menahan cintaku kepadanya..
maka aku mohon..
Kau sambungkanlah cintaku kepadanya..
tetapi ya Allah..
jika Kau tidak berkenan untuk mewadahi cintaku kepadanya..
maka ambillah cinta terhadapnya di hatiku ini..
agar dapat aku muarakan segenap cintaku..
hanya kepada Engkau semata.. 
sesungguhnya hanya Engkau lah yang mengetahui segala apa yang tidak aku ketahui..
dan.. hanya Engkau sahajalah yang mengetahui isi hatiku ini..
maka Kau permudahkanlah ia ya Allah..

Ameen....

[ doa Hamba Allah Zulaikha kepada Nabi Allah Yusuf ]





Thursday, February 24, 2011

APABILA RASA MENJADI KATA….






bosan..duduk tepi tingkap..lihat alam ciptaan tuhan..tibe2 hati terasa sayu…
Terus capai laptop..n tangan ni pun menari2 dengan laju atas keyboard laptop…
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
hidup ni ibarat sehelai kanvas putih...kosong...bersih...
kita yang akan melakar, mencorak dan mewarnainya...jika kita memilih untuk mewarnainya dengan warna yang suram..gelap...pucat...maka..hidup kita pn akan jadi suram, kelam...dipenuhi dengan kesedihan..kesakitan...kekecewaan..dan airmata...

tapi...
jika kita memilih untuk mewarnai kanvas kita itu dengan warna-warna yang indah..ceria..tenang....
insyaallah...hidup kita akan menjadi seindah, berwarna-warni dan seceria pelangi....
hidup ini kita sendiri yang tentukan....people change...
bile semua orang dah berubah..bawa haluan masing-masing...
kita juga perlu turut berubah dan perlu menyesuaikan diri mengikut rentak orang sekeliling...
waktu tu..kita akan merasa..
ya Allah...susahnya hidup ni ya Allah.....beratnya ujianMu ya Allah..
kita jatuh tersungkur sorang-sorang..
kita terpaksa merangkak..bangun dan berjalan semula..
peritnya ujianMu ya Allah..
tetapi...kita harus sedar..
Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya dengan ujian yang berat melainkan dia mampu untuk menghadapinya..
mungkin sebelum ini kita terlalu leka dengan duniawi..bergembira dengan orang yang kita sayang sehingga mengabaikan pencipta..
bila Allah menarik nikmat yang Dia beri..barulah kita sedar...hidup tidak selalunya indah....
waktu itu, baru kita kembali kepada pencipta..reflek balik diri ni....
ya Allah..banyaknya dosaku yang Allah...
baru kita akan sujud..merintih...merayu..mengadu padaNya minta dtenangkan hati..dikuatkan hati..ditabahkan hati..diberi ketenteraman jiwa kerana kita tahu hanya Dia yang dapat menolong kita...
dan....barulah kita akan jumpa ketenangan..kebahagian yang hakiki...
menangis kita kerana Allah..
menangis kita kerana kejayaan...
menangis kita kerana mengenang dosa-dosa semalam...
menangis kita untuk ibu bapa...
menangis kita kerana rindu dan syukur kita kepada Allah...
kerana....
walau ramai orang yg kita sayang datang dan pergi....
Allah tak pernah meninggalkan kita...
dia sentiasa melimpahkan rahmat, nikmat, kebahagiaan pada kita...
cuma kita yang tidak tahu untuk bersyukur...
lemahnya iman hambaMu ini ya Allah...

yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.....
yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat...
yakin pada Allah ialah meletakkan keredhaan pada ketentuannya...
rasa bahagia dengan ujian Allah walaupun terasa perit...
di situ...airmata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..
indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan hikmah..diuji kita sebagai tanda kasihnya...
jika ketenangan dan keredhaanya yang dicari...
Allah akan terus uji hati kita dengan ujian yang berat...sehingga pada suatu saat..kita akan merasa indahnya tawakal kepadaNya...
itulah nikmat di dalam jagaannya....subhanallah...

tak  salah apabila kita menangis...
yang salah apabila kita meratap...
tak salah apabila kita merintih...
yang salah apabila kita menyalahkan takdir di atas apa yang telah terjadi....
setitis airmata keinsafan itu lebih berharga daripada selautan tinta yang dijadikan kalam untuk menulis ilmu yang dia sendri tidak mengerti akan apa yang ditulisnya...

ana asif...maaf di atas segala kesilapan...
dalam melangkah..terkadang kta diuji dengan ujian yang berat hingga kita tersungkur, terduduk dan menangis…ya Allah…sakitnya ya Allah..peritnya apa yg kurasakan tika ini ya Allah..tetapi ketahuilah dan renungi diri ini..mungkin airmata yang hadir tika itu kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian koyak lantaran langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan…….

"Perempuan yang suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya…kerana Allah teramat mencintainya..
Tetapi andai kamu bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kamu? Allah seperti melepaskan kamu kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kamu”
“ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu untuk ambil kamu kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu2??

“ Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..”

cepatlah sembuh wahai hati..bersyukurlah di atas nikmat yang Allah berikan..letakkan harapan dan keyakinan kepadaNya..
insyaAllah..ameen……. 
                                                                                    sitinabilah@halawatul_iman90


Monday, January 24, 2011

~..J.I.K.A..~

Bismillahirrahmanirrahim....


awak.............

jika awak cintakan saya kerana rupa..
saya bukan lahir dari rupa paras yang indah, cantik, menawan sehinggakan 
mampu menarik perhatian orang yang memandang...

jika awak menyintai saya kerana harta..
harta itu semuanya milik Allah..
saya cuma meminjam secebis daripada nikmat Allah di muka bumi ini...

jika awak cintakan saya kerana ilmu...
ilmu saya tidak sampai setitik air pun jika dibandingkan dengan ribuan lautan Allah di dunia ini..

saya tiada punya apa-apa..
saya kosong...

tetapi...

saya hanya punyai sekeping hati yang sentiasa mengingati,
 mengagungkan dan menyintai Allah..
dan sekeping hati itu akan saya jaga,
akan saya semai dengan benih-benih sayang, rindu dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..
agar benih-benih itu hidup subur, berkembang, rendang 
dan berbuah dengan nikmat barakah dan hidayahnya..

dan...

 jika awak cintakan saya kerana ALLAH...
alhamdulillah....
saya bersyukur...
dan saya berdoa agar kita dapat sama-sama menjaga hati ini..
agar tidak layu, kering dan mati daripada rahmat dan inayah Allah...

dan saya juga berdoa..
semoga pohon hati yang kita bina kerana Allah ini..
akan mencambahkan mujahid-mujahid kecil..
yang putih, bersih, suci..
dan hati-hati mujahid kecil ini akan kita sama-sama didik, asuh dan ajar..
agar turut mencintai Allah....
insyaAllah..

semoga kita dipertemukan di dalam redhaNya 
dan semoga dipermudahkan segala urusan..
terima kasih kerana mencintai saya kerana Allah...=)