CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

sengalicious~

hahahaha~
tetiba gelak sesorang! meroyan ke tak tu? emm, tak !! cume menggila je..
tergelak sebab duk teringat kwn2 yang sengal bengal! entah apa lahh yang diorang makan sampai perangai macam tu sekali..kadang2 rasa nak bagi diorg telan ubat cacing je! sbb dah tak larat nak layan! hahahaha~
ohkai diri!
sila bersyukur dengan kehadiran mereka ya..walaupun ada makhluk2 yang amat mencengkam hati, tangan, kaki dan sebagainya~ rasa nak cepuk, sekeh, ketok, blasah je kann..
tapi rakan2 yang sengal tu mampu menghalang tindakan tidak bermoral tadi dengan hanya beberapa ketul lawak-lawak biawak diorg yang sikit pun tak lehh blahh tu..terubat lahh sikit hati ni ..lalala~!

Tuesday, March 29, 2011

i loike!!~


" cintailah seseorang itu kerana TAQWAnya kepada ALLAH..
jika dia mencintaimu, dia akan menghormatimu..
jika dia tidak mencintaimu sekalipun,
dia tidak akan menganiayaimu.."

yup!!! suka quote ni..tadi dok dgr2 lagu rabbani smbil wat keje, 
tetiba ada narration sebut tentang ayat ni plak...=')



Friday, March 25, 2011

kalimat sakti =)

Bismillahirrahmanirrahim..


entri kali ini biela akan berkongsi sedikit ilmu yang telah diemel oleh sahabat biela semalam iaitu :


Sabda Rasulullah S.A.W
 " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih di lautan " yakni :
 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap 
     hendak melakukan sesuatu.
 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap 
     selesai melakukan sesuatu.
 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap 
     perkataan yang tidak patut.
 4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan 
     berbuat sesuatu di hari esok.
 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika 
    menghadapi sesuatu tak    disukai dan tak diingini.
 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam  sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Ilmu ini dipetik dari Tafsir Hanafi.. mudah-mudahan kita akan ingat, walaupun hanya sedikit dan mudah-mudahan kita akan istiqomah dalam beramal..InsyaAllah =)
sebarkanlah walaupun satu ayat =)


tadi nak kuar jap beli barang, terkejut bile tgk ade 1 bungkusan paper beg atas kereta..ingatkan ade org tertinggal barang letak atas tu..tgk la jugak kiri kanan, mane tahu ade sape2 sekitar situ..bukak2, tgk ada seplastik buah siap dgn kad skali..aishhh, teragak2 jugak nk bukak kad ni, tp bukak jela kan..
" Assalamualaikum..syafakillah ya nabilah..moga cepat sembuh..bnyk2 rehat k..ilalliqo'=)......dari Hamba Allah... "
adeiiii..sejak bile plak biela ade secret admire ni..risau gak nk makan ni..mane tahu ade minyak senyonyong, minyak pengasih ke ape..haha..macam2 laa..aishh~ tp telan jelaa..
kpd "Hamba Allah", terima kasih yer =)




esok kena g skola plak..tapi Isnin nti skola biela cuti..yeayyy!!!

Monday, March 21, 2011

alhamdulillah...relieved ~

Bismillahirrahmanirrahim...


terlepas satu bebanan...janji yg kita penah buat pada manusia tu sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang WAJIB kita pikul..biela tak tahu bagaimana mentality, bagaimana orang lain berfikir..tetapi pada biela, perkara tu adalah satu kewajipan untuk kita tunaikan..lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji kan? =) 
hati ini amat membenarkan ayat Al-Quran dan 
al-hadith di bawah ini :

‘Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab’...(Al-Quran)



“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” 
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

alhamdulillah, dah terungkai, terlepas satu tanggungjawab dalam bab menunaikan janji ni..moga diri ni lebih lega lepas ni.. =)
hanya tinggal janji untuk taat kepada Allah je...ameen...


alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah membawaku kembali sujud, merintih, menangis, berdoa dan menyerahkan sepenuh hati kepadaNya...
dan terima kasih kepada hamba Allah itu kerana telah memberikan ujian ini yang membawaku berjalan menuju Allah...


shukran jazilan kepada sahabat2, rakan2 yg menjadi penyejuk di mata, penawar di hati biela ni..
kepada Akhi Fadzrin iaitu kawan dunia maya sy yg xpenah jumpe direct or bercakap dpn2, tp sgtla baik dan concern..tolonglah jgn baik sgt dan jgn buat sy terjatuh hati pada awak plak lepas ni yer..nti pening kepala mak sy nk hantar dok jauh sgt..opss!! haha..kesian awak tak tahu ape2, mesti awak blur je kan? kdg2 ade benda dlm dunia ni yg kita boleh crite, dan xboleh crite awak..ape2 pun, terima kasih kerana dah membuat saya senyum ari ni =)
kepada Ukhti Anis, terima kasih kerana meminjamkan bahu, tenangkan sy kat surau..maaf masa tu xmampu nak kata apa2..suara pn mcm nak taknak je kuar..dok tahan airmata yg xreti berhenti sambil tunduk mengadap Quran je td...alhamdulillah..relieved =)
kepada Ukhti Nazurah, terima kasih kerana teman sy makan2 malam ni..having a deep conversation with nenda..moga kita sama2 mengambil ibrah dari setiap ujian yang Allah berikan kepada kita.. 


dan setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada PEMILIK MUTLAK CINTAKU yang tidak pernah meninggalkan hambaMu ini tika dalam susah mahupun senang..fitrah manusia memang perlukan tuhanNya kan? xkirela macam mane berat sekalipun ujian yg menimpa, sebaik2 penawar yang mujarab adalah dengan mengingati dan kembali kepada Allah..insyaAllah, kita akan ditunjukkan jalan keluar yang kita sendiri xnampak, tetapi kita tidak sedar bahawa kita sedang melalui jalan tersebut..alhamdulillah....=)
wallahualam..



sakit!

kebenaran memang sangat menyakitkan, pahit!
tetapi...
yang pahit itu adalah UBAT yg harus kita telan...
dan kebenaran itu terkadang membebaskan dan melegakan...


moga kita sentiasa menjadi hamba yang redha..
pujuklah hati dgn tarbiyyah pencipta wahai siti nabilah...
suatu hari nti, kau pasti akan menyesal kerana terlalu banyak menangis kerana manusia
dan tika itu, kau akan meminta Allah mengembalikan semula semua masa tersebut
agar dapat kau tangisinya kerana Allah...


Saturday, March 19, 2011

disregards my feeling..~

Bismillahirrahmanirrahim....


apabila kita sudah melakukan istisyarah, menyerahkan kepada manusia ttg hal yang serius mengenai hidup kita, tapi manusia amik endah tak endah, tak amik kisah, kita kembalilah, serahkanlah segalanya kepada Allah....hablum minallah wa hablum minannas....moga Allah permudahkan urusan ni....


aku dah letih ya Allah....


moga aku menjadi seorang hamba yang redha dan menerima ketentuanNya....



Thursday, March 17, 2011

..kak kimah dah kawen!~ =)

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah..sorang lagi kakak kite dah mendirikan masjid..moga berkekalan hingga ke anak cucu =)
owh ya, ari tu kami bersemangat konvoi 5 biji kereta g umah kak kimah..tp sume keta cumil2 je..3 kancil, 1 kelisa and 1 hyundai getz..almost 3 jam, akhirnya kami smpai di perkarangan umah pengantin..macam2 halangan la gak yg berlaku sepanjang perjalanan ni..ade yg sesat barat, ade yg tercicir kat blakang..aishhh..dh konvoi beramai2 tu paham2 jela kan..

snap pic kat petronas sementara tungu keta khalidah
yg tercicir kat blakang..setengah jam gk tggu
die ni xsmpai2 ..aishhh..

sume dok bawak hadiah besor2~

bilik puan pengantin..






pom2 boys and girls...







kak kimah dah naik pelamin...insyaAllah..kami2 ni pun akan menyusul gak kemudian nanti...erkkkk...~



Tuesday, March 8, 2011

moga hari esok lebih bersinar untuknya..~

Bismillahirrahmanirrahim…

Jam di dinding menunjuk ke angka 4.am..suara esak tangisnya membuatkanku  tersedar dari lenaku..subhanallah..dia menangis lagi..menangis utk seorang manusia yg tidak halal baginya..menangis utk seorang manusia yg mungkin tidak lagi menghargai dirinya..perlahan aku melangkah ke sisinya dan memeluk dirinya..bukanlah ini pertama kali dia menangis, tetapi sudah memakan masa berhari2, berbulan2, malah sudah memakan masa bertahun dia kelihatan seperti ini..kadang2, aku sudah letih menasihati dirinya hingga pernah sekali dua aku terpaksa meninggikan suara kerana geram dgn sikapnya yg terlalu lemah itu..mudahnya seorang wanita mengalirkan airmata utk seorang lelaki..tetapi lelaki yg diingatinya itu entah sedang bersuka ria dgn teman2 yg lain..

Dengan lembut, aku menuturkan kata2..ukhti..sudahlah tu ukhti..bersabarlah..redhalah dengan ketentuan Tuhan..terimalah Qadha’ dan Qadar Allah itu dgn hati yg ikhlas ukhti..kitakan org Islam..Allah tak suka makhluknya yg suka bersedih dan meratapi nasib sepanjang masa..Dia memutuskan untuk menyambungkan..terputus cinta dgn manusia, tersambung cinta kepada Allah..aku bangun ke almari yg berdekatan lantas mencapai satu bungkusan utk diberikan kepadanya..nah! ambillah ni..moga ia dapat membantu menenangkan jiwamu..aku menghadiahkan sebuah senyuman yg ikhlas untuknya..sambil mengusap airmata yg menitis di pipi, dia mencapai bungkusan tersebut dan membukanya..”tafsir Al-Quran, telekung, sejadah, buku himpunan solat sunat tahajjud dan taubat”..perlahan bibirnya menuturkan kata-kata tersebut..shukran ya ukhti…kali ini dia yg memeluk erat diriku..

Sejak hari itu, Al-Quran menjadi temannya..sejadah menjadi tempat dia menitiskan, mengalirkan airmata dan solat-solat sunat menjadi amalannya setiap malam..alhamdulillah..kelihatannya dia semakin kuat..seringkali juga dia menghadiri majlis2 ilmu di surau, mengikuti usrah2 yg dijalankan di institusinya dan menghadiri ceramah-ceramah yg diadakan di masjid2 yang berdekatan..aku gembira dan senang sekali melihat perubahannya itu..syukur ya Allah..seorang lagi makhlukMu telah Kau tarbiyahkan hatinya..moga dia istiqomah dalam mencari redhaMu..

Tetapi entah kenapa pada suatu malam aku melihat dirinya termenung jauh dengan riak wajahnya yang sedih dan sayu..aku merapati dirinya..ukhti, kenapa ni? ukhti ada masalah?..dia tunduk..diam..setelah beberapa ketika, barulah dia menuturkan kata-kata dengan suara yg sangat perlahan dan hiba…awak..antara cinta dan persabahatan, mana yg kita patut pilih? Kali ini, aku terdiam..dia mengangkat wajahnya merenung mataku mencari sebuah jawapan..dia menambah lagi..awak, sy tak pernah terfikir utk suka org yg sama dgn sahabat sy..sy dah letih, sy dah cuba utk husnuz zhan, bersangka baik dlm hal ni..dlm hati sy berkata mereka cuma berkawan seperti org lain..sy percaya, sy yakin pada dirinya..dlu dia pernah berjanji utk membimbing dan mengikat sy dgn ikatan yg diredhai Allah..hingga sekarang, sy pegang kata2 tu walaupun itu cume kisah beberapa tahun yg lepas..entahkan dia igt ataupun tidak..hingga saat ini, saya percaya dgn dirinya lantaran keyakinan yg saya sandarkan kepada Allah..tapi kali ni sy betul2 jatuh, sy kalah..kebenaran mmg menyakitkan ya ukhti?? 

Airmata yg ditahan kini sudah merembes ke pipi..suara yg dituturkannya juga sudah tenggelam timbul..antara dengar dan tidak..aku bertanya lagi..dari mana ukhti tahu mengenai semua ini..ukhti yakin? Mana lah tahu itu cuma perasaan ukhti semata-mata ataupun fitnah dari org lain..dia lantas mengambil sesuatu dari sisinya..ianya berupa sebuah nota kecil yang tulisannya cantik dan dihias dgn pen2 yg berwarna..aku mengambil nota tersebut lalu membacanya..

“ aku mencintai dirinya..ya Allah, dekatkanlah hati kami..pertemukanlah kami dgn ikatan yg sah..walau kami tidak berbual2, tidak berjumpa, tidak berbalas mesej seperti org yg sedang bercinta, tetapi aku yakin perasaannya juga sama terhadapku..sungguh aku sayangkan dirinya..awak, cepat2la masuk meminang sy plizz..saya tunggu..sy setia tunggu awak ok inchek sengal ~~ =)…”

Aku memandang wajahnya meminta kepastian..dia mengangguk lemah.."sy terjumpa bwh meja dia masa menyapu smpah td"..benarlah telahanku..nota tersebut adalah kepunyaan sahabatnya..ya Allah..berat sungguh rupanya ujian yg menimpa ukhti ini..aku memegang tangannya lembut..aku seperti mahu menangis sama melihat situasi yg sedang berlaku di hadapanku ini..ukhti..bersabarlah wahai ukhti..ada hikmah di sebalik apa yg menimpa dirimu ini..menangislah, mengadu lah pada yg SATU..letakkan seluruh harapanmu kepada pencipta, bukan ciptaanNya..hamparkan keyakinanmu pada pada pemilik nyawa, bukan peminjamnya..letakkan kepercayaanmu kepada pemilik hati, bukan pemakainya..dia terdiam lagi..ukhti, menyayangi tidak semestinya memiliki..kadang2, bila kita sayangkan seseorang, kita harus melepaskannya..lepaskanlah dia..mungkin ada wanita lain yg lebih memerlukan bimbingan darinya berbanding ukhti..yakinlah pada janji-janji Allah..lelaki yang baik adalah utk wanita yang baik..mungkin ukhti akan bertemu dgn seorang lelaki yg jauh lebih baik dari dirinya..serahkanlah hati ukhti kepada yang MAHA ESA..insyaAllah, DIA akan temukan dengan pemilik hati yg juga mencintai Allah..menangislah dalam sujudmu..merayulah dalam doamu..Allah berasa malu utk menolak permintaan hamba-hamba yg menadah tangan kepadaNya..

Dia mengusap airmatanya sambil tersenyum..aku tidak pasti sama ada senyuman itu adalah benar2 dari hati ataupun hanya sekadar topeng utk menutup hiba dihatinya..bibirnya perlahan menuturkan..insyaAllah..terima kasih awak…

Sejak hari itu, dia sering mendiamkan diri..kali ini aku membiarkan dirinya sebegitu..biarlah, mungkin dia memerlukan masa utk memujuk hatinya..

Satu hari, aku terjumpa satu nota dalam sebuah lipatan yg terselit di tafsir Al-Quranku..

“awak..ketika awk membaca warkah ini, saya sedang bersungguh2 menyiapkan diri saya dengan ilmu yg secukupnya..alhamdulillah..tempoh hari, sy telah mendapat anugerah pelajar cemerlang dri kerajaan negeri sy dan dalam surat tersebut mengatakan sy akan diberi 100% biasiswa utk menyambung master ke luar negeri sekiranya keputusan keseluruhan di institusi sy memberansangkan..mungkin ini adalah salah satu peluang yg Allah berikan utk mengubat hati ini..awak..benarlah kata awk..menyayangi tidak semestinya memiliki..sungguh sy sygkan dirinya..tetapi saya lupa, bahawa sy sudah salah meletakkan rasa cinta sy kepada manusia yg sepatutnya saya serahkan kpd Allah dan RasulNya..subhanallah..hinanya insanMu ini ya Allah..sekarang, sy sedar kesilapan sy..dahulu sy sering masukkan namanya di dalam doa sy..minta Allah dekatkan hati dan permudahkan jodoh kami..tetapi sekarang, sy hanya berserah kepada Allah semata-mata..mungkin dia lebih perlukan org lain berbanding sy..sy campak perasaan ini jauh ke langit..biarlah rasa hati itu berada di situ..bila tiba masanya, jika benar dia mmg utk sy, sy akan minta kepada Allah pulangkan kembali perasaan itu kepada sy utk diberikan kepadanya..jika tidak, biarlah ia kekal berada di sana..,insyaAllah..semoga dipermudahkanlah segala urusan..doakan sy kuat ya..ujian sebagai kifarah dosa..sy terima ujian ini dgn hati terbuka kerana sy tahu " Tidak dijadikan satu ujian pun, melainkan diampunkan baginya dosa-dosanya" -- Hadith Riwayat Al-Bukhari..tersenyumlah menerima ujian ini wahai diri..semoga hati ini ditarbiyyahkan olehNya, insyaAllah….”

Aku melipat kembali nota tersebut…doaku, semoga dia bertemu pemilik cintanya setelah Allah dan Rasul suatu hari nanti…ameen…Allahualam…

“Aku” ini sebenarnya adalah JIWA kepada diri hamba yg lemah itu…dan siapa "Dia" itu biarlah menjadi rahsia si penulis..




Sunday, March 6, 2011

Allahu Robbi..~

Bismillahirrahmanirrahim...


Allahu Robbi..
Kau uji aku dengan cinta manusia..
sungguh ya Allah..
aku sangat terseksa di daerah kerinduan yang tidak bertepi ini..
aku lemah..aku tiada kuasa menahan cintaku kepadanya..
maka aku mohon..
Kau sambungkanlah cintaku kepadanya..
tetapi ya Allah..
jika Kau tidak berkenan untuk mewadahi cintaku kepadanya..
maka ambillah cinta terhadapnya di hatiku ini..
agar dapat aku muarakan segenap cintaku..
hanya kepada Engkau semata.. 
sesungguhnya hanya Engkau lah yang mengetahui segala apa yang tidak aku ketahui..
dan.. hanya Engkau sahajalah yang mengetahui isi hatiku ini..
maka Kau permudahkanlah ia ya Allah..

Ameen....

[ doa Hamba Allah Zulaikha kepada Nabi Allah Yusuf ]





Friday, March 4, 2011

takot + pelik + geram..aishh~

Bismillahirrahmanirrahim...


lately biela pelik melihat ragam atau senario remaja yg seusia biela zaman sekarang ni..boleh pulak main tukar2 pakwe makwe sesuka hati.."CINTA PAKAI BUANG" mcm dlm lagu stacy tu..aiyoo..mudah sgt rasa cinta tu datang pergi..mcm terlalu murah sgt nilai dan harga hati tu utk diberi pada sape2 je..nape yerk?? 
kadang2 hairan jugak bile tgk and dengar crite2 cmni..sori la kalo ayat biela agak kasar sket dlm ni..tapi pada biela mmg bodo la kan kalo korang kapel sekadar suke2, xde niat di hati nak kahwin, nak ada keluarga sendiri..nak marah pn ade jugak..
pada kaum2 Adam sane tu, kalo anda ni nak rapat2, gatal2, ngorat2 pempuan sekadar suke2, enjoy2 je, bek xpayah..g main jauh2..wat rosakkan anak dara orang je...cubela la pk sket mak bapak budak tu..susah payah mereka besarkan jadi anak dara yg baik, senang2 je antum ni nak calitkan titik itam kt anak org tu..heihh~ biela rase nak tumbuk je sorg2 yg perangai siput sedut cmni..n pada kaum Hawa pn, tolongggglaah jangan jadi murah sgt main layan je mane2 lelaki..cube pilih2 org sket..jaga la maruah, mahkota diri tu baik2, elok2..sume tu utk kepentingan, kebaikan kita jugak..mmg la fitrah manusia ni nak berkasih-kasihan..tapi apabila fitrah tu tidak dikawal, akan menyebabkan FITNAH! Allah telah mencipta perasaan CINTA sesama manusia, jadi pastinya Allah itu telah menyediakan jalan yg baik, yg menghalalkan cinta tersebut..ada jalan yg  betul, watpe la nak gune cara yg salah..

remember this!!~
Perempuan janganlah mudah perasan agar diri tidak mudah ditimpa perasaan kerana apabila sudah ditimpa perasaanlah, ramai perempuan lupa diri dan lupa kepada Allah dan akhirnya menyerah diri. Na'uzubillahiminzalik. Perasan itu sifat mazmumah. Jadi memang patut pun siapa-siapa yg perasan, akan terhijab hatinya dari melihat realiti. bukannya apa, kadang2 ramai lelaki dok ‘usha’ perempuan ni hanya sekadar utk menguji mereka
shj sama ada perempuan itu tahu menjaga diri atau tidak...then bile dh tahu pempuan tu cmne, tggl cmtu je..see!!!~ tak rase diperkotak-katikkan ke? so, pliz la sombong skit dgn lelaki2 ni..bkn jual mahal, tapi hanya sekadar menjaga maruah diri..

" cinta yg dicari adalah baik, tetapi cinta yg didapati tanpa dicari adalah lebih baik.." =)

Hikmah syariat ni pada awalnya nampak sukar dan pahit, tetapi bila dilaksanakan rasa manis dan bahagia. Manakala kemungkaran, pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan, tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan. jadi mane yg kita nak pilih?? fikir2 kanlah..


Allah telah menetapkan, 
"Laki-laki yang berzina hanya mengahwini perempuan yang berzina (pula) atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina hanya dikahwini oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik. Dan yang demikian itu dilarang untuk orang-orang yang beriman" (An-Nur: 3)
"Perempuan-perempuan yang jahat untuk laki-laki yang jahat. Laki-laki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik. Laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik. Orang-orang ini terlepas daripada tuduhan yang mereka ucapkan. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia" (An-Nur: 26)

so, xpayah risaula jodoh kiter k..yg penting jaga diri, jaga hati, jaga iman ni..insyaAllah kiter akan 
mendapat pasangan yg "menjaga" juga =)
Ustaz pahrol sendiri dalam 
bukunya "Tentang Cinta" ada mengatakan :
"Semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin).."

dan kalau agak2 kita rasa nak kuar dating tu, pk dulu banyak2 kali and remember this!!~
Kalau hari ini, lelaki mudah diajak ber'dating' dgn kita yg blum sah sbagai pasangannya, peratus utk dia ber'dating' pula dgn prempuan lain yg tidak halal baginya selepas brkahwin dgn kita adalah tinggi. Oleh itu, jgn ber'dating' dgn mana2 lelaki ajnabi. Barulah kita akan dpt suami yg tidak pernah ber'dating' dgn mana2 perempuan. Sabar adalah perlu utk meninggalkan larangan Allah. Jgn trburu nafsu, nnti diri yg lesu...


haaaa..tengok!!~ yg mane kiter nak? of coz nak lelaki yg baik, yg x sosial, dok berdating sane sini kan? tapi sebelum dapat org yg mcm tu, diri kiter ni dlu kena jdi macam tu!!~ barula sekufu..


"Wahai PUTERIKU... Demi ALLAH… Jgn engkau percaya terhadap kata2 SEBAHAGIAN lelaki... Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK & BUDI BAHASA... Bicara dgnmu seperti seorang SAHABAT... Dan apabila brcinta dgnmu seperti teman akrab... Sebenarnya mereka BOHONG!! Jika engkau mendengar sndiri bualan mereka, pasti engkau takut & ngeri... Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan... Bukan di tangan kaum lelaki" (Ali Thantawi)

"orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci... tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan & nikmat sementara yang tetap akan dipersoal ALLAH s.w.t. di akhirat kelak..."


janganlah jadi hamba cinta pertama...tetapi jadilah hamba cinta UTAMA!~..
dan kepada rijal2.....
Mudahnya kamu wahai lelaki,kamu kata “Sejahat2 aku,aku ingn bernikah dgn prempuan yang baik2, bkn yg mcm awek aku skrg..lelaki memilih, perempuan dipilih..”. Cara percakapan kamu ini seakan2 wanita baik2 tiada hak utk bersuamikn lelaki baik, seakan2 wanita tiada hak mmilih, sprti kmu yg buat smua kptusan. Ingat ni! Jgn mmpi nk jadikn wnita solehah sbg isteri jka kmu jahht kerana mreka brhak mndpt suami soleh. Pergi! Siapkn diri kmu dgn agama dahulu sebelum nak kawen dgn wanita solehah!~ aishhh..

dan bagi yg betul2 serius tu, dh bercinta sakan, pliz take note jugak..
jangan bergurau soal lamaran atau pinangan di antara wanita dan lelaki. terlanjur 
memberi harapan dan kemudian menghancurkan itu zholim namanya. kalau dah ada niat, dah berazam tu, mesti bernekad yer! mmgla jodoh pertemuan Allah menentukan..but kita juga perlu berusaha..DOA!!! itu adalah sebaik2 usaha..moga Allah mempertemukan hati kita dengan keadaan yg lebih baik iaitu melalui pernikahan..ameen...


peringatan buat diri ana juga ni..sebenarnya td baru lepas dengar crite pasal kwn yg baru lepas kena tinggal dgn bf die disebabkan lelaki tu suke org lain...heishhhh~ geram plak biela dgr...nape la manusia ni mudah sgt berubah hati..xboleh ke nak state kat sorg je..biela xfaham, xtau ape sebenarnye yg org2 macam ni inginkan dlm hidup mereka..sekadar nak mencari kepuasan je kot..x pk langsung hati dan perasaan org yg ditinggalkan tu..kalo agak2 xbape nak serius, xpayohla nak dok bercinta, gatal2 p ngorat mase awal2 tu..aishhh~ sabor2...

apa2 pun, moga dapat dijadikan iktibar buat kita semua...Wallahualam..~


Saturday, February 26, 2011

sama tapi tak serupa??

Bismillahirrahmanirrahim...


home sweet home~~..ermm, tgh duduk2, rehat jap wat asgnment ni..tibe2 boleh plak fikiran ni melayang, fikir benda lain...
agak2nye apa beza kita memaafkan tetapi tidak melupakan?? maknenye kite maafkan orang tu, tapi tak ikhlas ke? ataupun, kita memaafkan sekadar di mulut, tapi di hati tidak, itu bermakna kita pendendam ke? pastu bile kat depan org tu, kita hepi je, macam xde pape berlaku..tapi dalam hati ni sakitnya hanya Allah yang tahu..
ntahlah..hati ni kadang2 susah nak faham..sometimes kita rasa mcm dah maafkan org tu, tp dlm masa yg sama, kita xboleh lupe langsung apa yg dia dah buat kat kita..sakit hati, pedih, berdarah, menanah suma ada..itu maknenye kita ni hipokrit, kita ni jahat ke?
ermm..bile jadi pape, biela lagi suke mengambil langkah berdiam diri..tapi tipu la kalo biela cakap xmarah, xsedih ke ape kan..time solat, bace Quran ke, siap nangis2 dasyat, menitik2 airmata kot..kita slalu dengar org cakap "LUAHKAN!~"..crita pada kawan, boleh kurangkan beban..tapi buat apa kita nak crite kalau kawan2 kita xdpt membantu and benda tu takkan setel pn..last2 nanti wat dosa kering je..lagipun xbaik membuka aib org lain kan..


jika kita menjaga aib org, Allah akan menjaga aib kita dengan sebaik-baiknya..


anis said : hidup bukan ntuk membenci...well, we forgive, doesnt mean that we forget.. haruslah, luka yang ada di situ.. but, we do learn how to forgive.. dan ia memberi ruang kepada hati untuk menerima, mengikhlaskan diri.. kerana mungkin sahaja suatu hari nanti, kita melakukan kesilapan, andainya.. dan kita juga memerlukan kemaafan.. dan kita tidak mengulangi kesalahan, kerana kita tahu, dia akan mengingatinya meski setelah memaafkan kita..


kadang2 hati ni rasa letih ya amat..
nak memandang muka2 mereka pun rasa xmampu..bukannya membenci mereka..tapi benci apa yg mereka lakukan..rasa pedih je hati ni..n kdg2 rasa teruk plak diri ni bile kita mempunyai perasaan yg sebegitu..
subhanallah..istighfarlah wahai qolbi..ujian sebagai kifarah dosa..berdoalah kepadaNya, yg MAHA MENYEMBUHKAN itu..insyaAllah..moga dipermudahkan jalan..~..
apa yang biela tahu, semua benda yg berlaku ni ada hikmahnya..dan untuk menyembuhkan luka tu, masa akan memainkan peranan..setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun?? Allahualam..
yg pentingnya, dalam hal yang sebegini, biela lebih suka memilih jalan "mengadu dan merintih kepada Allah"...setiap luka, ada harganya...semoga hati ini ditarbiyyahkan olehNya..insyaAllah....~

Thursday, February 24, 2011

APABILA RASA MENJADI KATA….






bosan..duduk tepi tingkap..lihat alam ciptaan tuhan..tibe2 hati terasa sayu…
Terus capai laptop..n tangan ni pun menari2 dengan laju atas keyboard laptop…
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
hidup ni ibarat sehelai kanvas putih...kosong...bersih...
kita yang akan melakar, mencorak dan mewarnainya...jika kita memilih untuk mewarnainya dengan warna yang suram..gelap...pucat...maka..hidup kita pn akan jadi suram, kelam...dipenuhi dengan kesedihan..kesakitan...kekecewaan..dan airmata...

tapi...
jika kita memilih untuk mewarnai kanvas kita itu dengan warna-warna yang indah..ceria..tenang....
insyaallah...hidup kita akan menjadi seindah, berwarna-warni dan seceria pelangi....
hidup ini kita sendiri yang tentukan....people change...
bile semua orang dah berubah..bawa haluan masing-masing...
kita juga perlu turut berubah dan perlu menyesuaikan diri mengikut rentak orang sekeliling...
waktu tu..kita akan merasa..
ya Allah...susahnya hidup ni ya Allah.....beratnya ujianMu ya Allah..
kita jatuh tersungkur sorang-sorang..
kita terpaksa merangkak..bangun dan berjalan semula..
peritnya ujianMu ya Allah..
tetapi...kita harus sedar..
Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya dengan ujian yang berat melainkan dia mampu untuk menghadapinya..
mungkin sebelum ini kita terlalu leka dengan duniawi..bergembira dengan orang yang kita sayang sehingga mengabaikan pencipta..
bila Allah menarik nikmat yang Dia beri..barulah kita sedar...hidup tidak selalunya indah....
waktu itu, baru kita kembali kepada pencipta..reflek balik diri ni....
ya Allah..banyaknya dosaku yang Allah...
baru kita akan sujud..merintih...merayu..mengadu padaNya minta dtenangkan hati..dikuatkan hati..ditabahkan hati..diberi ketenteraman jiwa kerana kita tahu hanya Dia yang dapat menolong kita...
dan....barulah kita akan jumpa ketenangan..kebahagian yang hakiki...
menangis kita kerana Allah..
menangis kita kerana kejayaan...
menangis kita kerana mengenang dosa-dosa semalam...
menangis kita untuk ibu bapa...
menangis kita kerana rindu dan syukur kita kepada Allah...
kerana....
walau ramai orang yg kita sayang datang dan pergi....
Allah tak pernah meninggalkan kita...
dia sentiasa melimpahkan rahmat, nikmat, kebahagiaan pada kita...
cuma kita yang tidak tahu untuk bersyukur...
lemahnya iman hambaMu ini ya Allah...

yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.....
yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat...
yakin pada Allah ialah meletakkan keredhaan pada ketentuannya...
rasa bahagia dengan ujian Allah walaupun terasa perit...
di situ...airmata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..
indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan hikmah..diuji kita sebagai tanda kasihnya...
jika ketenangan dan keredhaanya yang dicari...
Allah akan terus uji hati kita dengan ujian yang berat...sehingga pada suatu saat..kita akan merasa indahnya tawakal kepadaNya...
itulah nikmat di dalam jagaannya....subhanallah...

tak  salah apabila kita menangis...
yang salah apabila kita meratap...
tak salah apabila kita merintih...
yang salah apabila kita menyalahkan takdir di atas apa yang telah terjadi....
setitis airmata keinsafan itu lebih berharga daripada selautan tinta yang dijadikan kalam untuk menulis ilmu yang dia sendri tidak mengerti akan apa yang ditulisnya...

ana asif...maaf di atas segala kesilapan...
dalam melangkah..terkadang kta diuji dengan ujian yang berat hingga kita tersungkur, terduduk dan menangis…ya Allah…sakitnya ya Allah..peritnya apa yg kurasakan tika ini ya Allah..tetapi ketahuilah dan renungi diri ini..mungkin airmata yang hadir tika itu kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian koyak lantaran langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan…….

"Perempuan yang suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya…kerana Allah teramat mencintainya..
Tetapi andai kamu bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kamu? Allah seperti melepaskan kamu kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kamu”
“ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu untuk ambil kamu kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu2??

“ Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..”

cepatlah sembuh wahai hati..bersyukurlah di atas nikmat yang Allah berikan..letakkan harapan dan keyakinan kepadaNya..
insyaAllah..ameen……. 
                                                                                    sitinabilah@halawatul_iman90


Sunday, February 13, 2011

kepentingan bermusyawarah..

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kekuatan dan nikmat sihat pada diri kita utk terus menceduk ilmuNya di muka bumi ini seterusnya menyebarkan dan saling memperingati antara kita..
semalam biela baru sahaja mengikuti Forum Perdana Hal Ehwal Islam di masjid negeri Shah Alam..topik  yg dibincangkan dalam forum ini adalah "Mentauladani Kepimpinan Rasulullah"..alhamdulillah, bnyk ilmu yg dapat digarap sepanjang forum ini, tetapi biela cuma ingin mengetengahkan satu subtopik yakni "kepentingan bermusyawarah"..


sebelum tu, mari kita mengimbas kembali sirah Nabi yg berlaku semasa perang Uhud dan perang Ahzab..


      Penduduk Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar. Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut akan ditangkap orang Islam. Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka berundinglah dan memutuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.
    Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai telah menghendaki agar musuh diserang di medan perang iaitu di luar kota Madinah. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.

    Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana bagi mereka keputusan Nabi yg sebelum ini adalah benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."

di sini kita dapat lihat, walaupun nabi merasakan bhwa keputusan pengikutnya itu tidak berapa tepat, namun beliau masih berbincang, mempertimbangkannya dan mengikut suara ramai..padahal waktu tu, dah sah2 la Nabi ni pemimpin negara..boleh je nak buat kuasa veto, kan?? tetapi, itulah kepimpinan Nabi yg harus kita contohi..

   seterusnya dalam kisah perang Ahzab atau perang Khandaq, Salman Al-Farisi telah mengusulkan kepada Nabi supaya membina parit.. seperti yang kita ketahui, kedudukan Salman ketika itu adalah seorang hamba sahaya, berbanding Rasulullah yg berkedudukan seorang pemimpin yg akbar..tapi Nabi masih lagi mendengar dan mengambil pandangan Salman ini utk kepentingan rakyat bersama.."Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!" sebelum Najib dtg lagi, Nabi kita dah praktik slogan ni. seterusnya semasa perang ni jugak, pada mulanya Nabi berkira-kira nak berperang di belakang parit, tp setelah melakukan musyawarah bersama para sahabat, mereka memberi pandangan supaya berperang kat depan parit supaya nanti org Islam je yg dapat minum air, bior org kafir tu tak dapat minum air..dan alhamdulillah, nabi akur dengan pendapat ramai dan mereka pn berperanglah kat depan parit tu..see!!~ bukan susah sgt pn nak berbincang kan??

kesimpulannya yg dapat kita ambil di sini adalah, dalam konteks masyarakat hari ini pn, kita sepatutnya praktik la kepimpinan Rasullullah ni..cubalah kita bawak berbincang utk dapatkan keputusan yg tepat dan 'aula..bukan dlm soal kepimpinan shja, malah dlm hal2 ikhtilat, mualamat sehrian ni pn, amalkan la sikap bermusyawarah yakni mesyuarat, perbincangan sesama kita dahulu k..tolak ansur laa..xsusah pn..yg pentingnya diri kita sendiri..xpayahla nak ego sgt, xnk trime pendapat org lain..ikut kepala kita je..sedangkan Rasulullah kekasih Allah tu pn boleh bertimbang rasa, inikan plak kita manusia yg cikai2 ni ha..

moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan hidayahNya..allahualam..


nota kecik : to anis n kak zura..moga kita takkan berputus asa dan letih dalam meneguk setitis daripada ilmu Allah di muka bumi ini..insyaAllah..