Bismillahirrahmanirrahim...
10.44 pm...
nenda...tgh menangis ni..saya letih..saya penat dgn rasa mcm ni..saya tak larat, saya dah tak kuat dah nak hadapi..ya Allah..damaikanlah hati hambaMu ini ya Allah..
10.55 pm...
sabarlah cucunda..berzikir banyak2..mmg perit dan pedih je rasa kan..tapi tiada penawar lain selain jiwa digenggamNya..nenda pn tak tahu macam mane keadaan nenda kalau berhadapan dgn situasi mcm tu..mesti rase mcm cucunda jugak..menangislah cucunda..lepaskan..semoga itu mententeramkanmu...
Imam Ibnu Athaillah, seorang tokoh tasawwuf Islam bertaraf dunia pernah mengatakan.."sesungguhnya cinta sejati itu menyembuhkan, tidak menyakitkan..manakala cinta yang menyakitkan itu sebenarnya adalah PENYAKIT yang harus kau buang.." beliau mengatakan la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'iju aw syauqun muqlizun! Ertinya, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana..
cuba kita resapi baik-baik kata-kata ulama' besar dari Iskandaria tersebut..kecintaanmu pada manusia itu adalah syahwat. hampir semua orang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan. Dan perasaan itu tidak boleh kau keluarkan, kau usir dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua hal, yakni :
- Pertama, rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu, sehingga ketika yang ada di hatimu hanyalah ALLAH, cinta kpd yang lain akan dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir..
- Kedua, rasa rindu kpd ALLAH yg amat dasyat sampai hatimu rasa merana. jika kau merasa merana kerana rindu kpd ALLAH, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yg lain..jika kau sibuk memikirkan ALLAH, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain..