CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 22, 2011

~ ujub, takbur, riak, bangga diri ~

Bismillahirrahmanirrahim....


A : amir, jadi imam eh?
B : eh xpe2..bg org lain la..sy jd makmum je..
A : laa, ko la jadi imam..bacaan ko sedap, berlagu, tajwid pn tepat..
B : yela...

~“Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)” -Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari-" ~


dlm hidup ni kdg2 ade sesuatu amalan yg kita buat tu selalu dipuji, dipandang tinggi, dimuliakan sehingga hati manusia ni terkadang ade terjentik perasaan ujub, riak tu..contohnya macam peristiwa yg berlaku dlm situasi biela kat atas ni..
tamo la ckp panjang...cume ape2 pn amalan baik yg kita lakukan dlm hidup ni, biarlah Lillahita'ala...taknak la kita berbuat amalan kerana ingin dipuji, disanjung, dipandang mulia dan sebagainya..nanti amalan kita akan jadi sia-sia je..nauzubillahi minzalik...ikhlaskanlah hati dalam berbuat kebaikan..semoga amalan kita diterima oleh Allah..insyaAllah....


"Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?" -Saidina Ali-

"Janganlah kamu anggap dirimu bersih, Dia tahu benar siapa yang bertaqwa di antaramu..." (An-Najm: 32)


wallahualam~


syukur~

Bismillahirrahmanirrahim....


"Jika kita tidak dapat apa yang kita nak, maka kita haruslah menerima dan bersyukur dengan apa yang kita dapat..."


still remember???
Allah does not love sins, but Allah loves to forgive..
Allah does not love the sinner, but Allah loves the repenter..
U ask, HE gives..
U cry, HE listen..
U call, HE runs..
U sin, HE forgives..
U repent, HE forgets..
U knock, HE opens..
U attend, HE welcome..
U request, HE accepts..
U plea, HE resolves..


Everything U do, is about U! and everything HE does, is about U!!
thus which of Allah's favours can U deny???


ya Allah..jadikanlah kami hamba-hamba yang sentiasa bersyukur dengan pemberianMu, redha dengan ujianMu dan pasrah dengan ketentuanMu...ameen~~


*** baru pas habis meeting dgn ajk seminar..then terus ke surau masak memasak..insyaAllah malam ni akan diadakan bacaan Yassin dan solat hajat kat surau..then pas habis tu, nak perap2 BBQ!!! esok nak g picnic 2 ari 1 malam dengan rakan2!! yeayyy..=)


syamsiddar, nazurah, anis, qiqi, ain....
sesungguhnya aku sayang kepada mereka ya Allah...
moga ukhuwah ini terjalin hingga ke syurga..insyaAllah..
nti 5 tahun yg akan dtg, kami plan nk g bercuti dengan suami and anak masing2..
ahakkk..mesti lagi best ramai2~~ =)



Wednesday, September 21, 2011

qadha' or jamak??

Bismillahirrahmanirrahim...


memandangkan ramai antara kita yang tak tahu ilmu ni, biela nk berkongsi sket satu ilmu ngn antum semua..tapi actually aku sorg je pn yg boleh baca blog ni...so, ni sebagai reminder tok aku lah kan...


jamak ke nak qadha'?


sebenarnya apabila kita mengalami satu masalah yang menyebabkan kita tidak dapat menunaikan solat fardhu pada ketika itu sehingga sudah habis waktu untuk menunaikan solat tersebut, kita tidak perlu qadha' solat tersebut, tetapi kita hanya perlu jamak solat itu dengan solat seterusnya dengan syarat tidak boleh mengqasarkan atau memendekkan solat tersebut...ko paham tak ni?? hakhak..


ok lah..meh sini den terangkan dgn detail lagi...


contohnya biela ni doktor pakar bedah..biela kena start bedah org pukul 1 petang..masa tu zohor lom masuk lagi kan?? bedah punye bedah, korek punye korek, kuarkan, masukkan pape yg patut yg pesakit tu, tibe2 tgk jam..alamak!!! dah pukul 5 petang!!!! benda tu xpelik dalam dunia doktor yer.. pembedahan yg smpai 24 jam pun ade..jadi bile berlaku hal ni, camno tuh??? dah terlepas zohor kan??? jadi caranya adalah kita hanya perlu menjamakkan solat zohor tadi dengan solat asar tapi xboleh qasar tau!! kita niat jamak je..tapi bilangan rakaat tetap 4..so zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat...xperlu niat qadha' pn..haaa, Islam itu mudah kan???? =)


ok..perkara macam ni bukan berlaku bile doktor nk bedah pesakit je..contohnya macam yg berlaku hari ni..dala belum solat zohor..nak solat tadi jalan jem plak!! nak solat dalam bas, baju kotor..nak pusing bas patah balik, xboleh...nak terus jalan ke depan pn xboleh..dah tersekat dalam jem..pastu sampai2 je kat maktab terus azan asar..haaa, camno tuh??? jadiii....kite bolehlah jamakkan solat zohor tu tadi dengan solat asar...sebabnya, kita ada masalah yg xdapat dielakkan dan menggagalkan kita solat pada waktu yg ditetapkan...xsalah kan??? =) mudahnya Islam...


biela dapat ilmu ni pn bile baca novel Denyut Kasih Medik" by Dr Farhan Hadi..dalam buku tu die menceritakan pengalaman hidup die sebagai doktor, di samping banyak menyelitkan ilmu2 fekah..best!!! banyak ilmu yg biela dapat menerusi novel ni..


papepun, renung-renungkan dan selamat beramal!! =)

Monday, September 19, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

tazkirah isnin... peringatan tok rakan2 dan diri biela jugak supaya lebih menjaga diri, kehormatan dan maruah diri sebagai wanita ni..insyaAllah...

INFO TIPS MENCARI JODOH BAGI KAUM WANITA

  • ·        Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Biasanya produk solehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesediaan hati anda utuk dirisik dan dpinang dengan jalan yang syarak.
  • ·        Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasaya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersiakan.
  • ·        Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tetapi wasilah semata-mata.
  • ·        Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.
  • ·        Minta ibu-bapa, abang atau saudara mara yang mencarikan untuk anda.
  • ·        Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan Rasulullah SAW.

peringatan~

Bismillahirrahmanirrahim....



Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat...

astaghfirullahal a'zim....moga Allah masih membuka pintu taubat untuk kita..ini lah sebabnye Islam mengharamkan budaya couple dan menggalakkan kita kahwin awal...wallahualam~

Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diinginya itu mengikut jalan yang halal. (Al-Hadith)..

Semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin). Cinta yg dicari adalah baik, tetapi cinta yg didapati tanpa dicari adalah lebih baik....~ Ustaz Pahrol Mohd Juoi~





doa~



~~ bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih ialah letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca ayat berikut. setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang. ( Surah Ar-Ra'ad ayat 39)

~~ yam hullahu ma yasyak ~~
(Allah menghapuskan jua apa yang dikehendakinya)

"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia  bukan milikmu.."



Sunday, September 18, 2011

HE knows~

My dear heart....

Whenever you feel down, be strong dear…ujian Allah..
DIA sebenarnya telah menjawab segalanya….

Kenapa aku diuji??
~~ Al-Ankabut - ayat 2 dan 3 m/s 396~~

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan??
~~ Al- Baqarah - ayat 216 m/s 34~~

Kenapa ujian seberat ini??
~~ Al- Baqarah - ayat 286 m/s 39~~

Rasa frust??
~~ Ali- Imran - ayat 139 m/s 65~~

Bagaimana harus aku menghadapinya??

~~ Ali- Imran - ayat 200 m/s 76~~

Apa yang aku dapat daripada semua ini??

~~ At- Taubah - ayat 129 m/s 207~~


ya Allah..jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk hatiku..cahaya dadaku..pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku..[riwayat Ahmad Ibn Hibban]

kadang2  bila diuji, Allah dah tunjukkan kita jalan..yg kita xsedar, kita xnmpk, tetapi sebenarnya kita sdg melalui jalan tersebut..sbb tu Allah kurniakan SAHABAT utk dijadikan telinga utk mendengar..jika tidak, berDOAlah, mengadu padaNya..DIA mendengar rintihan hambaNYa...

moga dapat menjadi penawar....
cheer up + senyum slalu oteyh!!
sayang kamu!....







Friday, September 9, 2011

mujahadah~



Bismillahirrahmanirrahim....
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Teranng benderang menerangi kehidupan..
Apa khabar saudaraku?
Dimane saudara berada moge sentiasa dirahmati Allah... 


      Ya Allah..sungguh beratnye ujianMu padaku.Malunya diri ini tatkala merintih menghadapinya..Dimane kesabaranku? Dimane imanku? Dimane kekuatanku? Sungguh!aku kecewa dengan diriku..Ku cuba pasakkan dalam hati moge sentiasa sabar dalam mengharunginya agar diriku layak untuk termasuk golongan yang sabar..Tetapkan keimananku ya rabb.Saat ku difitnah,aku cuba mencari teman yang bisa menerangi hatiku dengan kata-kata motivasinya." Biela,sabarlah..la tahzan...innallaha ma'ana"..Masya Allah.sungguh aku terharu dengan bicaranya..Syukran ya sahabatku..Waktu ku menerima ujian, aku menangis pilu..nak dilempar dimane kesedihan ini? Hanya itu yang terlekat difikiranku.MaSYA Allah,malunya aku bila teringat kembali.


Sahabat, apa yang cuba biela sampaikan di sini ialah sabarlah dalam menghadapi ape2 ujian..jangan lupa ujian itulah yang akan menetukan apakah iman anda kental walaupun diuji dengan seribu satu masalah n fitnah..Tenagkan fikiran anda..lapangkan dada dan terimalah hakikat yang sebenarnya.Di sini biela ingin kongsikan kata-kata semangat dan impian untuk mujahadah akan segalanya..
" Biela..sabar dalam melakukan ketaatan dan sabar dalam meninggalkan kemaksiatan! Mujahadahlah.." 
itulah nasihat seorang teman kepadaku yang mengiringiku sampai ke hari ini..Syukran sekali lagi kepada semua sahabat-sahabatku..

Saat Allah mencintai seseorang,tmpat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kmudiaN digantikan dgn harapan dan keinginan utk berubah menjadi insan bersih...Hati kita seeloknya selalu berbisik:
"Aku tau bila Allah mencintaiku iaitu saat ku membenci segala kejahatanku"

"berpenat lelahla krna sesungguhnya kesenangan itu slpas kesusahan,jgn berduka cita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan.." 
~Imam Syafie~

Hadapilah setiap ujian yg mendatang dgn tenang dan menganggapnya ujian itu jalan kita menuju syurgaNya. Dia tdak akan mguji hambanya seandainya Dia tau kta tdak mampu tapi kita dberi ujian bersyukurlah dgn sbnarnya krana e2 dia menandakan amat menyayangi kita..walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dlukai dgn garam tapi ketahuilah.setiap ujian e2 mgharapkan kemanisan imanyg tiada nilainya.sukar ditafsirkan oleh hati sukar dgambarkan dgn mata..fahamilah sakit e2 sebanarnya penawar segalanya..Bersemangatlah..

bile org lain ditimpa ujian, mudahnya kite menjadi pengubat..tapi bile diri sendiri yg diuji, rasa terduduk je kan?? Moge Allah redha dan kasih dengan kita semua..insya Allah..biela akan cuba untuk menjadi yang solehah.sesolehah mungkin untukmu yang bergelar pemilik hatiku...Redhakanlah kami..Amin ya Rabb..Tabahkan hati-hati kami...



Thursday, September 8, 2011

resepi2!!~ pon2!!

Bismillahirrahmanirrahim.....

ahakkk!! tah apo mimpi search western resipi lak ri ni....hehheh~

Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)  
5 ulas bawang merah  
2 ulas bawang putih  
1/2 inci halia  
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)  
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)  
1/2 cawan kicap manis  
1 cawan air  
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)  
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)  
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)  
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)  
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa  
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak: 
 
1.     Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
2.     Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
3.     Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
4.     Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
5.     Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
6.     Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
7.     Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
8.     Siap untuk dihidang.


nak masak steak???????? perghhhhhh..giler kentang....
tah dapat telan dek tekak ke tak mak bapak haku ni nti...aishhhhh...xpolaaaaa...balik umah nnti nak try...ri tu cam banyak je daging lembu terlebih lam peti ais tu...hoho...yg penting kalo nk sedap wat steak ni, daging die kena lembut...then sos die kena sedap!! nyum2...sodap eh..den lapor dh ni..hukhuk!~even den xde la power mower bab2 masakan, dan even aku ni suke menyemakkan dapur mak aku tu masak ikut suke ati je die punye bahan atau org kate awas2 tapi at least aku suke la kan try something new kat umah tu...xpe2..blaja dri kesilapan...kalo xsedap, try and try lagi!!
teringat masa zaman2 baru hbs skola dlu...time tu mmg kayu giler bab2 masak ni..penah skali goreng kangkung tapi terlebih bawang putih! dah ar terlebih pastu tumis xckup garing lak tu...tu la first time masak..debor je bile tgk family dok ceduk kangkung yg aku masak tu...sume yg makan dok terdiam...
aku pn membranikan diri la tanye kan..
"sedap tak yah?? tapi cm terlebh bawang putih je..
"ayah jawab smbil senyum.."sedap..."
bile aku rasa, fuhhhh xsedap langsung!!! ko ingt ko tu org itali nak makan lebih2 garlic ni??? cm makan bawang putih mentah je rasa...
papepun, biela respek tol ar ngn ayah...die berusaha jaga ati anak2 ni supaya tak kecik ati..lagipun time tu first time biela masak..hukhuk...nak cari laki den yg cmtu gak la..even aku masak xsedap, die senyum je...xde pn nk komplen2 smpai aku berjurai2 airmata kat situ jugak...ahakkkk~~
holaaaaaaa...dlm proses blaja masak ah ni..aishhh~
pempuan kalo muke cantik, tapi masak nasik pn terlebih air, xde gune derrrrr~~~ =p



Wednesday, September 7, 2011

zikri!!!~~

Bismillahirrahmanirrahim....


wohaaaa~~ terjumpe gambo zikri lam kamera!!!
rindu jiki!!!!
ri tu baru wat kenduri aqiqah die..then terus cukur rambut zikri...
dah botak!! tapi now dah tumbuh la rambut sikit2~~
botak pn botak la zikri uiii...
yg penting chumelll~~









Tuesday, August 16, 2011

Si Anak Itik Yang Hodoh

Bismillahirrahmanirrahim...


ari ni bagi set induksi P&P pemulihan, biela dah merancang utk menceritakan satu kisah pada murid2..tajuk die Si Anak Itik Yang Hodoh..banyak pengajaran yang kita boleh dapat menerusi cerita ini..jom kita hayati cerita ni bersama..


       Pada suatu masa dahulu,tinggallah keluarga itik di sebuah ladang di tepi sebuah kolam. Si ibu itik sedang menanti telur-telurnya menetas. Setelah lama menanti dengan sabar tibalah hari yang dinantikan. Telur-telur itu menetas dan keluarlah anak-anak itik yang comel. Ada 7 ekor semuanya. Tetapi hanya 6 ekor yang kelihatan serupa manakala seekor anak itik itu agak ganjil. Anak-anak itik yang lain berwarna kuning, lehernya pendek dan matanya kecil dan kelihatan sangat comel. Sedangkan anak itik yang ganjil itu berwarna kelabu,lehernya lebih panjang dan matanya besar lalu mereka memanggil anak itik yang ganjil itu ‘Itik yang Hodoh’. Mereka selalu mengejek dan tidak mahu berkawan dengan anak itik yang hodoh itu. Oleh kerana terlalu sedih dengan kehidupannya di situ,anak itik yang hodoh membawa diri dan mengembara sendirian.


       Masa berlalu,anak itik yang hodoh itu telah membesar dengan sempurna. Pada suatu hari, itik yang hodoh itu terjumpa sebuah tasik. Ada sebuah keluarga angsa putih sedang beristirehat dan bermain-main di situ. Itik yang hodoh teringin untuk bermain dengan mereka tapi dia sedar akan dirinya yang hodoh dan berasa tidak layak untuk mendampingi mereka. Kehadiran itik yang hodoh disebalik rumput-rumput panjang itu rupa-rupanya disedari oleh salah seekor angsa putih dan dia pun menghampirinya. Angsa itu mengajak dia bermain bersama mereka dan membawa itik yang hodoh kepada teman-temannya. Angsa-angsa itu menyambut kedatangan itik yang hodoh dengan gembira dan mereka memuji kecantikan dirinya. Itik yang hodoh berasa hairan dengan pujian itu lalu dia pun melihat ke dalam air. Betapa terkejutnya itik yang hodoh itu apabila melihat dirinya yang sama seperti mereka. Dia berasa sangat gembira dan menari-nari keriangan. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya dirinya bukanlah seekor itik yang hodoh tetapi sebenarnya seekor angsa putih yang cantik. Sejak hari itu, dia hidup dengan gembira bersama teman-teman angsa yang lain.


jadi para sahabat sekalian....

Usahlah terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu tapi melihat hati dan perbuatanmu." (H.R. Muslim).

Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.

Tapi harus ingat:


“Jika kamu berikan hati ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta manusia kadangkala menyakitkan tetapi dengan cinta kepada Allah pasti berbalas dan DIA pasti tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat nanti.”

beri hati pada Alah..dijaganya rapi..sungguh..sejuknya hati..
serasanya titisan air embun mengalir lembut turun ke hati..subhanAllah..sejukkan? ^_^
kalau diberi hati pada manusia kita akan resah tetapi andainya diserahkan pada Allah kita akan menjadi tenang..

teringat kata-kata seorang teman..
"Berilah cintamu hanya pada Allah, nescaya Dia akan ketemukan cintamu pada pemilik yang terbaik.."

wallahualam....


Friday, August 5, 2011

sabar~

Bismillahirrahmanirrahim.....


"innallaha ma'as sobirin.."....sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar...


sabarlah wahai hati..mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Allah berikan...
peliharalah akhlakku ya Allah...
susahnya nak jadi wanita yang solehah, redha dengan ujian Allah kan?
bile org lain ditimpa musibah, kita dengan mudah menuturkan kata-kata nasihat, beri kekuatan..
tapi bile sendiri yang ditimpa ujian, rasa terduduk je....
sabarlah wahai qolbu...tarbiyyah la hati dengan kesusahan orang lain..
ramai lagi orang lain yang ditimpa ujian lebih buruk dari kita...


"la tahzan..innallaha ma'ana.."
mmg takdir Allah telah tertulis di Luh Mahfuz sana..
tapi kekuatan usaha dan doa dapat mengubah takdir Allah!
jadi percayalah pada kekuatan DOA..

Wednesday, August 3, 2011

istighfar~

Bismillahirrahmanirrahim....


BERSIH....nikmat yang paling baik yang Allah berikan adalah sekeping HATI yang BERSIH...
ya Allah..berishkanlah hatiku ya Allah...
ubat hati dengan zikrullah..rawatlah luka dengan istighfar...
semoga mendapat ketenangan yang dicari...
moga uwais yang dicari mampu membimbing diri ini..
serius, kadang2 kita tak mampu nk berubah, nak buat sorang2...
jadi kita perlukan seseorang yang boleh jadi pemangkin, yang bawa kita mendekatkan diri kepada Allah...
susahnya nak menjaga hati ni...
kenangan lalu jadikanlah pedoman dan sempadan...


duduk sorg2 baca Quran, tadah tangan mohon pertolongan, sujud di hadapan Allah, 
macam nk menangis je rasa...
subhanallah..MALUnya di hadapan Allah...
teringat kembali dosa yang penah dilakukan...
rasa nk selok je...
hinanya hambaMu ni...
bile perlukan sesuatu, minta dari Allah..tapi dalam masa yang sama, buat segala benda yang Allah murka...
tak rasa malu????!!!
huhu...
moga hati ni ditarbiyyahkan olehNya...
insyaAllah...
tambah lagi, mode Ramadhan ni...lagi la rasa sayu....