CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 27, 2012

jangan menghukum! nasihatilah dgn berhikmah~


Usah Dibenci Pelaku Maksiat... 

Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikut mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa didalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu.Pergilah engkau dari sisiku."

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebenciaan kita kepada maksiat tidak beerti kita membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Seringkali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."







Tuesday, June 26, 2012

welcome back!!

Bismillahirrahmanirrahim....

subhanallah...lamenye nak moderate semula blog ni..kena bace 502 entri satu persatu..haishhh~ sokmo fokus kat blog 1 lagi je..blog ni dh dianak tirikan...adeihhh~~


tergelak plak kadang2 tgk entri zaman2 pak kaduk..meroyan lah ape..ya Allah..malunye lah!!
mcm budak2 je rase...hak...n yerp, dri situ kita akan belajar...


alhamdulillah...done melangkah ke alam dewasa fasa pertama..
lepas ni akan proceed ke fasa kedua pula...

satu benda yang tak disangka-sangka...diri aku sendiri pun terkejut! rase mcm terhenti je darah sekejap bile dpt berita...apetah lagi org lain yg tibe2 dapat tahu..
senyum sendiri pun ade...betullah kate org "jangan terlalu benci sgt, takut lame2 nanti akan sayang..."
yup...si dia slh sorg hamba Allah yg aku tak suke dlu..annoying..menyusutkan fikiran..tetapi si dia jugalah yg akan menjadi imam dan pemimpin keluarga diri ini nti..katon betul!!
mcm crite drama, crite novel je kan...
honestly..die sangat baik..terlalu baik...
alhamdulillah..Allah menurunkan hujan kerana ingin memberikan diriku pelangi =)
syukur atas ujian yang Allah timpakan dahulu...
aku banyak belajar..terutamanya dalam meletakkan hati pada tempat yg sebetulnya...aku lebih menyayangi diri berbanding waktu sebelum ini...
moga Allah sentiasa mempermudahkan jalanku =)
ameen Ya Robb~~




Wednesday, February 1, 2012

I asked..HE gave me..

Bismillahirrahmanirrahim....


found this quote from i-forgot-where-i-found-this..
just wanted to share this beautiful quote with others in my Lili dan Hati version...


" But perhaps youhate a thing and it is good for you..and perhaps you love a thing it is bad for you..and Allah knows, while you know not.." [2 : 216]







Tuesday, January 31, 2012

meditasi~



astaghfirullahal a'zim....rasa tak sedap hati...
husnuz zhon!! bersangka baik lah dengan Allah....


"allahumma inni as'aluka binafsan bika mutmai'innah..tu'minu biliqo ika watardo biqodo ika wataqnau' bi a'toika.."


_doa penenang hati_

Sunday, January 29, 2012

hafalan kaedah Jibril~

Bismillahirrahmanirrahim....


bukan senang nak jadi penghafaz Al-Quran kan? alhamdulillah KZ dah mula menjalankan program hafalan dan tasmi'..kami pilih 10 surah yg digalakkan kita hafal iaitu surah : 

  • Yaasin
  • As-Sajadah
  • Al-Insan
  • Al-Mulk
  • Ar-Rahman
  • Al-Muzammil
  • Al-Jumuah
  • Al-Qiamah
  • Al-Waqiah
  • Ad-Dukhan..
alhamdulillah stakat ni biela dh berjaya hafal 5 dri 10 surah2 kat atas ni..Yaasin, As-Sajadah, Al-Mulk, Al-Jumuah, Al-Waqiah..cara nk menghafal dgn mudah adalah menggunakan kaedah Jibril..

1. Apa itu kaedah Jibril?
  • kaedah bagi mereka yg ingin menghafal tetapi mempunyai masa yg suntuk.
  • cuma menghafal 3 baris sehari.
2. Pelaksanaan
  • mula menghafal 3 baris sehari.
  • waktu yg paling berkesan : 30 minit sebelum subuh.
  • proses : i. pembiasaan (5 minit - baca sehingga lancar ), ii. hafalan (15 minit), iii. pengukuhan (10 minit)
  • ulang 3 kali sebelum, semasa dan selepas solat.
  • menghafal lima hari sahaja dan hujung minggu sebagai hari mengulang
sedikit penambahan : persoalan mengenai hafalan bagi wanita haid :
  1. bagi mengatasi golongan wanita ketinggalan dalam hafalan, dua langkah boleh dituruti 
  • larangan hanya kepada memegang Al-Quran tetapi tidak tafsir
  • larangan hanya kepada membaca Al-Quran dengan mengeluarkan suara tetapi tidak kepada membacanya di dalam hati.
insyaAllah..moga Allah permudahkan kita...moga menjadi wanita yang cantik, beriman, baik, solehah, hafizah dan insyaAllah syahidah pula! ameen =)


Friday, January 27, 2012

subhanallah~

Bismillahirrahmanirrahim.....


subhanallah...menangis tersedu2 biela tgk video ni..bile la biela nk dapat peluang macam ni....
terasa menyesal atas setiap airmata yg dibazirkan selama NI....apalah sgt ujian yg Allah turunkan pd biela ni jika nak dibandingkan dengan ujian yg Allah timpakan kepada sahabat2 dan umat2 nabi terdahulu....wallahualam...


Ya Rasulullah...kami amat merinduimu wahai kekasih Allah...='(




Lili dan Hati..

Bismilllahirrahmanirrahim....


Ini Lili.

Lili punya sekeping Hati yang merah dan cantik sekali.

Lili membawa Hati kemana-mana sahaja Lili pergi.
Bonda Lili pesan, "Lili mesti sentiasa jaga Hati, bawa Hati kemana jua Lili pergi.
Kalau tidak, Lili akan jatuh sakit".
Lili anak yang baik, Lili selalu ingat pesan bonda Lili itu.


Semakin hari, Lili berjumpa dengan semakin ramai kawan baru.

Dan semakin hari, Lili semakin pelik kerna kebanyakan kawan Lili tidak membawa Hati bersama mereka.

Malah, mereka masih sihat dan hidup lebih senang kerana tidak perlu terbeban membawa Hati kemana-mana.



Lili pula semakin melupakan pesan bonda Lili dan Lili meninggalkan Hati di tepi jalan raya.

Lili ingin hidup senang seperti kebanyakan kawan-kawan Lili.

Lili yakin Lili bisa hidup sihat tanpa membawa Hati bersama.



Semakin hari, Hati menjadi semakin kotor dek debu dan berhujan panas di tepi jalan raya.

Warna Hati sudah tidak merah dan sudah tidak cantik walaupun sekali.



Memang hidup Lili lebih senang kerna Lili tidak perlu membawa Hati bersama.

Akan tetapi, Lili merasakan hidup Lili kosong.

Lili berasa, Lili tidak sesihat seperti dahulu kala.
Lili... perlukan Hati kembali.



Lili kembali ke tepi jalan raya mencari Hati.

Alhamdulillah, Lili masih tidak terlambat.

Hati masih di situ.
Tetapi malangnya, Hati sudah tercemar dan tidak bersih lagi.



Lili amat duka dan sesal.

Lili kemudian berlari dan membersihkan segala kotoran degil dan debu-debuan yang melekat pada Hati.

Walaupun sukar, tetapi Lili yakin Hati akan kembali merah dan cantik seperti dahulu kala.



Akhirnya, berkat penyesalan dan ketekunan Lili, Hati menjadi semakin cantik dan berseri-seri.

Kini, Lili tidak berasa kekosongan lagi, kerana... Hati ada bersama.



Lili pesan,



Di dalam hati sebenarnya ada fitrah.

Dan fitrah hati adalah islam.

Sebab itu kita perlu senantiasa menjaga hati kita, kerana apabila kita menjaga hati, bermakna kita juga menjaga islam bersama.

Kita sering merasa terbeban dengan islam, lalu ditinggalkan dan dibiarkan islam begitu sahaja demi mencari kesenangan dunia.

Lama-kelamaan islam kita akan menjadi kotor dan tercemar.

Maka kita akan merasa kekosongan dan tidak selesa kerana kita telah membuang fitrah hati kita yang memerlukan islam.

Bertuahlah kita sekiranya kita berjaya mencari kembali islam kita sebelum terlambat.

Ketika itu, bertaubat dan sucikanlah kembali islam kita, dan yakinlah...

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [ 5 : 39 ]




Thursday, January 5, 2012

mulakan harimu~ =)

Bismillahirrahmanirrahim.....


alhamdulillahillazi ahyani ba'dama amatani wa ilaihin nusyur~~~ =)
bangun pagi, sahur dengan segelas susu dicampur quaker oat dan sebiji pisang...nice diet....


subuh 2 rakaat diteruskan dengan mengaji 2 helai Al-Quran ....
bak kate ustaz Sobri Mat time ceramah maal hijrah kt kampung biela ari tu, kenapa waktu subuh ni pendek, perlu ditunaikan sebelum fajar siddiq menyinsing?? kenapa tak dipanjangkan smpai zohor macam waktu2 solat yg lain?? (contoh : zohor hingga asar, asar hingga maghrib, maghrib hingga isyak, isyak hingga subuh)
jawapan die adalah kerana Allah ingin hambaNya bersujud kepada Dia dahulu sebelum bangunnya makhluk2 lain dan sebelum hambaNya meneruskan kewajipan sbg sorang manusia...teruskan kewajipan ni maksud nye cari rezeki la..study ke ape...
hablum minallah wa hablum minannas...tunaikan kewajipan, jaga hubungan dengan Allah dulu, barulah jaga hubungan dengan manusia plak..=)
sebab tu lah waktu subuh pendek....mane ade waktu subuh smpai kul 12 tgh ari...bangun je tido, kite kena sujud kepada Pencipta dulu.....tunaikan kewajipan sebagai sorg hamba dahulu then barulah kita bertebaran di atas bumi ni menunaikan kewajipan sebagai sorg khalifah plak...


wallahualam...~~

Tuesday, January 3, 2012



semoga ujian-ujian yang mendatang akan mendidik diri supaya lebih BERSABAR.....


hasbunallahu wani'mal wakil......

Saturday, November 12, 2011




" sebelum tidur, maafkan kesilapan orang lain 
kepada kita dengan harapan 
Allah akan memaafkan kesilapan kita 
pada orang lain..."
wallahualam...





Friday, November 11, 2011

doa~

Bismillahirrahmanirrahim....


rase nak berkongsi doa lagi hari ni...


doa lembutkan hati suami...
" Ya Allah...Engkau lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud a.s..."
baca doa ni tiap malam pastu hembus kat tengkuk suami kita time die tido...insyaAllah doa ni dapat lembutkan hati suami dan elakkan isteri kena hempuk ngn lesung batu kalo masak tak sedap...jangan terlebih bace lak..kang kalo suami kite jd lembut betul2 cam mak nyah tu, xdapek den nak nolong!~~dan pastikan suami kita tak tahu doa ni..sbb kalo die tahu nti die bace, hembus kat kita plak..tujuannya nak lembutkan ati kita mintak bukak cawangan baru atau ayat mudahnya mintak kawin lain...sudahnya nti duwe2 dok hembus2, smpai basah kuyup katil tu..takpun nti tiap malam kita dok berbaloh suh pasangan kita tido dulu sbb nak hembus kat tengkuk die.."ayang tido la dulu.." " alaaaa..abang la tido dulu..." last skali smpai ke pagi la dua2 tak tido....hakhak~


doa lembutkan hati jugak...
"birizli tahaza murtasilun bibayyidu watasarrahu ..."
doa ni lembutkan hati suami, lembutkan hati org lain pn boleh..contohnya kalo kita nak mintak pape, mintak kerja ke..kita baca doa ni pastu hembus kat org tu..tapi hembus slow2 jela eh..xpayah nk over puhh2 sampai air liur, kahak2 ijau tu pn terpercik skali kuar...


selamat beramal!! =)


owh satu lagi sebagai tambahan...terbace page ustaz azhar idrus..ade org tanye pe hukum suami berkire ngn isteri..ni jawapan ustaz...






kesimpulannya suami yang berkira tu adalah suami yg BODO lah kan?? saya tak cakap...ustaz yg cakap =p





ruqyah dalam Al-Quran~

Bismillahirrahmanirrahim......


sobahal khair!!! pagi yang indah! sobahan nur!!..pagi yang bercahaya!! =)
alhamdulillah....syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kpd kita membuka mata hari ni dan meneruskan ibadah sebagai hambaNya...


ari ni biela nak berkongsi sedikit tentang ruqyah ataupun jampi berlandaskan Al-Quran...
actually masa cuti yang lepas biela tgk program Al-Kuliyyah TV3..setiap jumaat kul 5 ptg..time tu deme crite pasal ruqyah utk menghadapi sihir atau gangguan-gangguan halus ni..
jad, biela nak share info yg biela dapat masa tgk program tu..ari tu xsempat nk capai kertas salin pe ustaz tu ckp, so biela men taip ngn hp je...heee~


surah Al-Baqarah ayat 102...
utk menghindarkan dan menghalau jin yang mengganggu suami isteri dan mengacau rumah tangga....kalo rumahtangga tu sentiasa panas je, gaduh memanjang, ade yg xkena, seeloknya baca lah ayat ni..kerana mungkin rumahtangga kita diganggu oleh jin...


surah Al-Hashru ayat 21...
ayat ni adalah pendinding diri kita dari disihir, disantau atau saka...


surah Al-Isra' ayat 70...
ayat ni juga utk elak diri kita dari disihir, disantau diganggu makhluk halus dan sebagainya..eloklah dihafal dan dibaca setiap hari macam ayat di atas td...


hasbiyallahu wani'mal wakil..la khaulawala quwwatailla billah..
ayat ni plak elok diamalkan dan dibaca jika kita dilanda musibah, menghadapi masalah atau ade bala bencana menimpa....biela xigt maksud ayat ni..tapi mmg biela penah terbaca dalam buku La Tahzan yg menggalakkan kita membaca ayat ni ketika ada masalah atau bersedih..
senjata umat Islam yg paling kuat adalah dengan DOA!!~ jadi jangan risau la if bapak jin, atok jin, moyang jin ke kaco kita..insyaAllah dengan kekuatan ayat2 Al-Quran ni, deme yg moyang jin tu pn lari terkencing2 sbb takot...


same gak macam azan...anda tahu tak sebenarnya setiap kali azan, syaitan sume lari bertempiaran melanggar bukit2, gunung2 smpai kaki tangan, tulang belulang syaitan tu patah remuk...jadi bayangkan 5 kali azan setiap ari, habis badan diorg ni cedera parah....dan ubat bagi luka2 syaitan dan jin ni adalah air kencing dari orang yg kencing berdiri..sbb tu kite kena kencing duduk!! kalo kencing berdiri, secara tak sengaja kita dah bagi penawar kat setan2 tu..nauzubillah....


satu lagi, masa ceramah tu ade penonton tnye cara2 utk pagar umah kita dari gangguan jin...jawapan ustaz tu senang je...cara die adalah mendekatkan diri kita pada Allah...kalo dah tuan rumah tu pn tak smyg, mengaji pn kadang2, berzikir jarang2, Quran atas almari tu pn dah jadi suci dalam debu, berhabuk sbb tak pernah bace, same lah perangai tuan rumah tu ngn jin..so bakpenye nk ayat2 pendinding rumah plak...hakhak...gurau kasaq gak ustaz tu....sempoi giler...tapi jawapan tu mmg absolutely true lah kan...nak pendinding rumah, pendinding diri, kite kena la dekat ngn Allah...kalo kite dekat ngn Allah, syaitun pn panas nk dok dekat ngan kite..wallahualam....


renung2kan dan selamat beramal~~~ =)



Thursday, November 10, 2011

selawat~

Bismillahirrahmanirrahim.....


study sambil dengar lagu Binnabil Huda...biela ade gak post lagu ni kat FB smlm...dengar2 lagu smbil berselawat..best ape...kalo nk harap kite berselawat sndiri, kadang2 terlupe kan...so, meh kite berselawat ikut lagu..=)


Nabi s.a.w bersabda : " Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.."
( Ibnu Mas'ud r.a )


Nabi s.a.w bersabda: " Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku ; oleh itu terpulanglah kepada seseorang itu sama ada hendak berselawat sedikit atau banyak .."        ( Amir bin Rabiah)


subhanallah....kita taknak ke nanti di padang masyar dalam berjuta-berjuta, berbillion umat, Rasulullah datang memanggil nama kita, menyapa kita dengan wajah tersenyum kerana kita ni banyak berselawat kepada Baginda?? masyaAllah...sesungguhnya kami merinduimu Ya Rasulullah....
moga kite tergolong dalam kalangan umat yang mendapat syafaat Rasulullah...moga dengan syafaat Rasulullah itu akan mengurangkan berat hukuman kita ketika dihisab di akhirat kelak...insyaAllah..ameen...ayuh berselawat!!!! =)