CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 16, 2011

Si Anak Itik Yang Hodoh

Bismillahirrahmanirrahim...


ari ni bagi set induksi P&P pemulihan, biela dah merancang utk menceritakan satu kisah pada murid2..tajuk die Si Anak Itik Yang Hodoh..banyak pengajaran yang kita boleh dapat menerusi cerita ini..jom kita hayati cerita ni bersama..


       Pada suatu masa dahulu,tinggallah keluarga itik di sebuah ladang di tepi sebuah kolam. Si ibu itik sedang menanti telur-telurnya menetas. Setelah lama menanti dengan sabar tibalah hari yang dinantikan. Telur-telur itu menetas dan keluarlah anak-anak itik yang comel. Ada 7 ekor semuanya. Tetapi hanya 6 ekor yang kelihatan serupa manakala seekor anak itik itu agak ganjil. Anak-anak itik yang lain berwarna kuning, lehernya pendek dan matanya kecil dan kelihatan sangat comel. Sedangkan anak itik yang ganjil itu berwarna kelabu,lehernya lebih panjang dan matanya besar lalu mereka memanggil anak itik yang ganjil itu ‘Itik yang Hodoh’. Mereka selalu mengejek dan tidak mahu berkawan dengan anak itik yang hodoh itu. Oleh kerana terlalu sedih dengan kehidupannya di situ,anak itik yang hodoh membawa diri dan mengembara sendirian.


       Masa berlalu,anak itik yang hodoh itu telah membesar dengan sempurna. Pada suatu hari, itik yang hodoh itu terjumpa sebuah tasik. Ada sebuah keluarga angsa putih sedang beristirehat dan bermain-main di situ. Itik yang hodoh teringin untuk bermain dengan mereka tapi dia sedar akan dirinya yang hodoh dan berasa tidak layak untuk mendampingi mereka. Kehadiran itik yang hodoh disebalik rumput-rumput panjang itu rupa-rupanya disedari oleh salah seekor angsa putih dan dia pun menghampirinya. Angsa itu mengajak dia bermain bersama mereka dan membawa itik yang hodoh kepada teman-temannya. Angsa-angsa itu menyambut kedatangan itik yang hodoh dengan gembira dan mereka memuji kecantikan dirinya. Itik yang hodoh berasa hairan dengan pujian itu lalu dia pun melihat ke dalam air. Betapa terkejutnya itik yang hodoh itu apabila melihat dirinya yang sama seperti mereka. Dia berasa sangat gembira dan menari-nari keriangan. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya dirinya bukanlah seekor itik yang hodoh tetapi sebenarnya seekor angsa putih yang cantik. Sejak hari itu, dia hidup dengan gembira bersama teman-teman angsa yang lain.


jadi para sahabat sekalian....

Usahlah terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu tapi melihat hati dan perbuatanmu." (H.R. Muslim).

Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.

Tapi harus ingat:


“Jika kamu berikan hati ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta manusia kadangkala menyakitkan tetapi dengan cinta kepada Allah pasti berbalas dan DIA pasti tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat nanti.”

beri hati pada Alah..dijaganya rapi..sungguh..sejuknya hati..
serasanya titisan air embun mengalir lembut turun ke hati..subhanAllah..sejukkan? ^_^
kalau diberi hati pada manusia kita akan resah tetapi andainya diserahkan pada Allah kita akan menjadi tenang..

teringat kata-kata seorang teman..
"Berilah cintamu hanya pada Allah, nescaya Dia akan ketemukan cintamu pada pemilik yang terbaik.."

wallahualam....


Friday, August 5, 2011

sabar~

Bismillahirrahmanirrahim.....


"innallaha ma'as sobirin.."....sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar...


sabarlah wahai hati..mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Allah berikan...
peliharalah akhlakku ya Allah...
susahnya nak jadi wanita yang solehah, redha dengan ujian Allah kan?
bile org lain ditimpa musibah, kita dengan mudah menuturkan kata-kata nasihat, beri kekuatan..
tapi bile sendiri yang ditimpa ujian, rasa terduduk je....
sabarlah wahai qolbu...tarbiyyah la hati dengan kesusahan orang lain..
ramai lagi orang lain yang ditimpa ujian lebih buruk dari kita...


"la tahzan..innallaha ma'ana.."
mmg takdir Allah telah tertulis di Luh Mahfuz sana..
tapi kekuatan usaha dan doa dapat mengubah takdir Allah!
jadi percayalah pada kekuatan DOA..

Wednesday, August 3, 2011

istighfar~

Bismillahirrahmanirrahim....


BERSIH....nikmat yang paling baik yang Allah berikan adalah sekeping HATI yang BERSIH...
ya Allah..berishkanlah hatiku ya Allah...
ubat hati dengan zikrullah..rawatlah luka dengan istighfar...
semoga mendapat ketenangan yang dicari...
moga uwais yang dicari mampu membimbing diri ini..
serius, kadang2 kita tak mampu nk berubah, nak buat sorang2...
jadi kita perlukan seseorang yang boleh jadi pemangkin, yang bawa kita mendekatkan diri kepada Allah...
susahnya nak menjaga hati ni...
kenangan lalu jadikanlah pedoman dan sempadan...


duduk sorg2 baca Quran, tadah tangan mohon pertolongan, sujud di hadapan Allah, 
macam nk menangis je rasa...
subhanallah..MALUnya di hadapan Allah...
teringat kembali dosa yang penah dilakukan...
rasa nk selok je...
hinanya hambaMu ni...
bile perlukan sesuatu, minta dari Allah..tapi dalam masa yang sama, buat segala benda yang Allah murka...
tak rasa malu????!!!
huhu...
moga hati ni ditarbiyyahkan olehNya...
insyaAllah...
tambah lagi, mode Ramadhan ni...lagi la rasa sayu....

Sunday, July 24, 2011

ok, dah boleh kawen~

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah..setel sudaa kursus kawen..
"mak, dah boleh kawen!"
"eh2, nak kawen tu, dah ade calon ke??"
"belum...='("
"lorrrr...g cari calon dlu bru boleh kawen.."
"baik la~~"

Wednesday, July 20, 2011

anak-anak ummi~~~

Bismillahirrahmanirrahim....


nak anak-anak yang hafaz Al-Quran!
ya ALLAH,
comelnyer TAK terkata,
serius comel, kiut-miut..owhh!

jadi,
haku ni kena lah hafaz Al-Quran jugak,
baru lah anak-anak dapat hafaz,
ni TAK,
lagu-lagu merepek tu,
ko ingat lah kan,
senang jep nak masuk!

dah.dah.dah,
jangan melagha sangat,
kesian anak-anak ko nanti!
hehs~


Saturday, June 4, 2011

labelling!~

Bismillahirrahmanirrahim....

wohaaa!!~ tajuk entri cm nk jual barang jeh!~ actually juz nk highlight kate2 ni je~~

" Label 'USTAZ' padanya belum cukup bagiku untuk membuktikan akhlaknya yang sebenar... Khabar baik tentangnya belum cukup meyakinkanku jika tak seiring perilakunya..."

"Siapalah si tudung labuh yg merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jgn kau anggap dirimu hebat,maksum atau mulia. Jgn kau riak dan ujub. Jgn kau fikir org lain tidak setaraf...Jgn kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bhw ibadat dan amalan yg kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bkn krn Allah... Niatmu utk menunjuk-nunjuk,maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja! 

DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yg merasa dirimu akan selamat? Yg mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yg merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yg berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jgn kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan,usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jgn mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu...!" 

apa yg biela nk ckp kat sini, kita tak boleh nk melabel iman seseorang melalui first impression, luaran yg kita lihat..kerana hakikatnya Allah je yg berhak menilai iman manusia ni..kdg2 org yg sempoi2, giler2 babeng, yg bese2 pada pandangan mata kita ni jauh lebih baik dri org yg nmpk luaran cm ustaz, ustazah tp dalamannya wallahulam...paham2 sndri la kan...

dan lebih baik kita ni luaran nmpk bese2, tapi dalaman ni penuh dgn ilmu..
Allah sangat membenci manusia yg menyeru kpd orang lain untuk berbuat baik, sedangkan dirinya sendiri tidak melakukan ape yg disuruh!!~ nauzubillah...peringatan utk diri biela jugak ni...so, rakan2..tolong3 tegur saya if nampak sy buat mende2 xelok ni..hukhuk...='(

"Petua Imam Al-Ghazali:
Apabila berjumpa orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.."

wallahualam...~~


Tuesday, May 31, 2011

sumbangsih~ =)

Bismillahirrahmanirrahim....


ari ni nk share lagu lagi..tajuk die Sumbangsih oleh kumpulan Soutul Jihad...biela penah bawak lagu ni time Festival Nasyid Form 2 dlu..hehe...ni ade satu video dari ITQAN..Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan..budak2 tahfiz yg nyanyi..best2!! teringat plak zaman2 nasyid kat skola dlu..jom dengar...hehe =)




kalo nak download lagu ni versi asal, boleh click je kat sini...hehe~


Saturday, May 28, 2011

..rapuh by opick...~~

Bismillahirrahmanirrahim...


dok malam2 dgr lagu ni ulang2 kali..insaf weyh..hukhuk...=(


maafkanlah bila hati...
tak sempurna mencintaiMu...='(

saya nak cintakan Allah!!~


bile bace kisah2 para sahabat..trase sangat mengagumi mereka..
contohnye seperti Saidina Umar Al-Khatab..
dahulunya beliau seorang yg sgt zholim! membunuh anak sendiri, minum arak berjudi..
die juga yg dah membutakan mata hambanya iaitu Zinnirah dgn besi panas sbb Zinnirah ni masuk Islam..sangatlah jahat Saidina Umar ni..
tapi bile die masuk Islam, die boleh jadi sebaik2 umat..
sehinggakan Rasululluh berkata "jika ada lagi nabi selepas aku, maka dialah Umar Al-Khatab!"~
subhanallah...sangat kagum..macam mane nk jadi mcm tu yer??
sejahat2 dan sehina2 biela ni, serius biela rasa nk berubah..nak jadi baik..huhu ='(
rakan2..tolong bantu, tegur saya ni...
tolong bawak saya yg lemah ni...=;(
yup! saya memang teruk, jahat, hina..
dan adalah lebih baik saya merendahkan, meletakkan diri saya sebawah-bawahnya supaya saya sentiasa beringat, berusaha pertingkatkan iman dalam diri, berusaha utk berubah jadi baik..
daripada saya menyombong, meninggi diri, prasan bagus, perfect..
dan dah merasa diri ni cukup dgn amal yg ada, lalu timbulkan rasa riak dlm diri..padahal amal ibadah yg kita buat tu xdipandang Allah langsung!!~~..nauzubillah~
so rakan2..tolong guide saya yer..~


Wednesday, May 25, 2011

serius!~

Serius,
Melalui hidup-hidup ini dengan bahagia sesungguhnya,
Bersama sahabat-sahabat di sisi,
Nyata,
kehadiran kalian,
membuatkan diri ini lebih gembira dan tenang!

“NikmatKu yang mana telah kau dustakan?”

Alhamdulillah! dan telah aku bersyukur denganMu ya ALLAH =)

Rasullulah pernah bersabda:
"Jagalah perasaanku dalam berurusan dengan para sahabatku. Janganlah pula pada Hari Kiamat nanti mereka akan menuntut di atas apa-apa kezaliman yang tidak mungkin dapat diampunkan."

Sunday, May 22, 2011

Ya Allah..=')

Ya ALLAH,
Kau ikat kan lah hatinya dengan hatiku,
Kau simpul matikan perasaannya terhadapku,
agar tidak berbolak-balik pada insan yang lainnya.
Namun jangan Kau cabut rasa cintanya terhadapMU,
jika ketika ini dia mencintaiku.

Ya ALLAH,
lembutkan lah hatinya untuk menerimaku seadanya
dan kuatkan lah jiwanya untuk berhadapan serta melayani kerenahku.

Ya ALLAH,
Kau tarbiyahkan lah dia agar menjadi yang terbaik untukku,
dan begitu jua dengan diriku.
amin Ya Rabbi =')


ibbadurrahman..hamba Allah~

surah Al-Furqan ayat 63
siapa hamba-hamba Allah yang sebenar?
kita semua  ni lah.
yang mai masjid, yang TAK mai masjid.
yang sembahyang, yang TAK sembahyang,
semua duk claim dia hamba ALLAH.
jadi, siapa sebenar hamba ALLAH ni?
menurut ayat ni, ibbadurahman ni ialah: 
i) yang berjalan di atas muka bumi dengan tawaduq
kalau betul dia hamba ALLAH, TAK ada sombong duk berjalan atas muka bumi ni. TAK terlintas sedikit pun sombong di hati, rasa diri dia besaq, alim, berilmu. semua benda ni TAK ada. Tengok orang, simpan dalam diri, ingat dalam hati, "orang ni lebih baik daripada aku". tengok semut pun rasa semut lagi mulia. sebab semut TAK buat dosa nak banding dengan diri sendiri. dia ni TAK ada cara jalan berlenggang-lenggang. lebih-lebih lagi kalu nak dengar dia cakap besar, menghina orang, jauh sekali TAK. mai duk rasa, SIAPA dia duk nak menghina orang nih. sedangkan dia pun TAK tau esok nak mati macam mana. entah-entah orang yang dia hina tu mati lagi mulia di sisi ALLAH.


ii) apabila orang jahil berkata fitnah kepada dirinya, dia membalas dengan ucapan selamat.
orang jahil ni apa depa tau hakikat diri kita? biaq depa nak kata apa pun. orang yang jenis ibbadurahman ni, jenis jawab balik TAK sekali-kali. duk nak bagi perjelasan pun TAK guna. last-last dia cakap selamat jer kat siapa yang duk kata kat dia tu. bagi dia, ALLAH tau pun dah cukup. manusia ni, jenis duk mengata orang tu jahat ni, dia tu bukan baik setara mana pun. orang yang duk kena kata jahat tu, bukan nya jahat setara mana pun. kita ni nak mengata orang tu jahat, kita tau ker apa yang dia duk buat 24jam? tau ker amalan dia? betul ke kita tau dia ni jahat? weihh, manusia mana bleh tahu tentang manusia lain. yang bleh tau cuma ALLAH s.w.t. manusia ni sifat dia memang suka hukum orang. buruk sangka kat orang. nak rasa diri tu lebih baik daripada orang. aishhh!


iii) sujud bermunajat di malam hari
waktu orang tidoq, dia sujud dan qiamulail malam hari. kalau betul dia hamba ALLAH, dia TAK tunjuk. Dia dengan Tuhan jer. Biaq pi manusia nak kata apa. yang penting dia dengan Tuhan nombor satu. Orang yang duk cerca, maki dia, depa duk tidoq. dia yang kena cerca maki ni, dia yang kena bangun bertahajud. mana ada orang tau dia duk bangun pukul 2-3 pagi, tapi yang orang tau, nak cerca maki dia nih. tapi orang jenis ibbadurahman ni, jenis xpa, asal Tuhan tau cukup!


iv) jaga kehormatan
maksudnya, duk dengaq orang mengumpat, buat cerita. dia pi jalan, buang! TAK masuk campur sebab nak jaga maruah. kalu dia pun duk pi nak ya, menambah2 plak, dengan dia-dia pun rosak sekali. jenis yang ibbadurahman ni, bila dengaq cerita TAK elok nih, dia soal balik: hangpa tau ka bnda ni benda betul ke dak? ke dengaq2 orang kata jer? ha, xapa lah, aku TAK mau masuk campuq!
kita ni duk rosak dalam masyarakat ni sebab duk reka cerita lah. sorang buat cerita, 5 orang dengaq. 5 orang buat cerita, 10 orang dengaq. last-last satu kampung tau! check2 balik, asal-asal TAK betul pun cerita tu tapi seorang dah terkorban sebab fitnah!

ayat 63 surah Al-Furqan ni biaq jadi cermin kat kita. Ada TAK ciri-ciri ni? kalu TAK ada, kunci mulut! Tok sah duk HINA ORANG. kita sendiri pun sangat hina!

***********
hah~
banyak lagi sebenarnyer point dia mcm mana nak jadi ibbadurahman ni,
dengar ustaz syamsuri ceramah ni,
berdeshum kena sebijik-sebijik atas kepala!
aishhhh~
dah, biela nak jadi ibbadurahman!


huh~
best nyer syurga!
kalu lah biela nampak syurga depan mata nih,
mesti biela dah TAK heran dah benda2 atas dunia nih!
please.please.please.
nak pergi syurga sekarang.
benci dengan dunia yang penuh tipu daya nih!
satu benda pun TAK betul.
yang duk agung-agung sangat makhluk dunia ni apesal?
ishhhh!

kredit : Kak Zura~

exam oh exam~


oihoiiiii exam!!~
ko jangan nak kuar soalan pelik-pelik!
huh~
kalu ko kuar soalan pelik-pelik,
aku tulis jeh:
"fas alu~ ahlazzikri inkuntum la ta'lamun" (surah An-Nahl: 43)
jawapan aku ni betul ohkai!
kalu korang tanda salah,
haaa...aku xtau! korang tanggung sendirikk~

di minggu yang sebelum exam..lalalala~
encik kazen tanye   :  biela...kalu study pun main-main, nanti nak jadi apa ni?
jawapan yang haku dah bagi:
emm, xtahu la ..biela main-main ye? tak punn~
jawapan yang haku nak bagi sebenarnya:
hah, nak jadi apa ko tanye?!
haku nak jadi PENYANGAK arr,
nnt senang sikit nak bunuh orang TAK setia!  mcm ko tuh..
die skali pn kot~
sebab tu haku malas belajor!
huh~ 


Saturday, May 21, 2011


kita akan dapat apa yang kita nak...
setelah keinginan kita sama dengan keinginan Allah..

any doubt???
=)