Wednesday, March 30, 2011
sengalicious~
Posted by Halawatul Iman at 3/30/2011 07:57:00 PM 0 comments
Labels: ceritera~, LuahAN qoLbU
Tuesday, March 29, 2011
i loike!!~
Posted by Halawatul Iman at 3/29/2011 12:52:00 AM 0 comments
Labels: ~Uwais Al-Qarni~
Friday, March 25, 2011
kalimat sakti =)
Bismillahirrahmanirrahim..
entri kali ini biela akan berkongsi sedikit ilmu yang telah diemel oleh sahabat biela semalam iaitu :
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih di lautan " yakni :
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap
hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika
menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Ilmu ini dipetik dari Tafsir Hanafi.. mudah-mudahan kita akan ingat, walaupun hanya sedikit dan mudah-mudahan kita akan istiqomah dalam beramal..InsyaAllah =)
sebarkanlah walaupun satu ayat =)
tadi nak kuar jap beli barang, terkejut bile tgk ade 1 bungkusan paper beg atas kereta..ingatkan ade org tertinggal barang letak atas tu..tgk la jugak kiri kanan, mane tahu ade sape2 sekitar situ..bukak2, tgk ada seplastik buah siap dgn kad skali..aishhh, teragak2 jugak nk bukak kad ni, tp bukak jela kan..
" Assalamualaikum..syafakillah ya nabilah..moga cepat sembuh..bnyk2 rehat k..ilalliqo'=)......dari Hamba Allah... "
adeiiii..sejak bile plak biela ade secret admire ni..risau gak nk makan ni..mane tahu ade minyak senyonyong, minyak pengasih ke ape..haha..macam2 laa..aishh~ tp telan jelaa..
kpd "Hamba Allah", terima kasih yer =)
esok kena g skola plak..tapi Isnin nti skola biela cuti..yeayyy!!!
Posted by Halawatul Iman at 3/25/2011 06:05:00 PM 0 comments
Labels: ~ taZkiRAh ~, ceritera~
Monday, March 21, 2011
alhamdulillah...relieved ~
Bismillahirrahmanirrahim...
terlepas satu bebanan...janji yg kita penah buat pada manusia tu sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang WAJIB kita pikul..biela tak tahu bagaimana mentality, bagaimana orang lain berfikir..tetapi pada biela, perkara tu adalah satu kewajipan untuk kita tunaikan..lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji kan? =)
hati ini amat membenarkan ayat Al-Quran dan
al-hadith di bawah ini :
hanya tinggal janji untuk taat kepada Allah je...ameen...
alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah membawaku kembali sujud, merintih, menangis, berdoa dan menyerahkan sepenuh hati kepadaNya...
dan terima kasih kepada hamba Allah itu kerana telah memberikan ujian ini yang membawaku berjalan menuju Allah...
shukran jazilan kepada sahabat2, rakan2 yg menjadi penyejuk di mata, penawar di hati biela ni..
kepada Akhi Fadzrin iaitu kawan dunia maya sy yg xpenah jumpe direct or bercakap dpn2, tp sgtla baik dan concern..tolonglah jgn baik sgt dan jgn buat sy terjatuh hati pada awak plak lepas ni yer..nti pening kepala mak sy nk hantar dok jauh sgt..opss!! haha..kesian awak tak tahu ape2, mesti awak blur je kan? kdg2 ade benda dlm dunia ni yg kita boleh crite, dan xboleh crite awak..ape2 pun, terima kasih kerana dah membuat saya senyum ari ni =)
kepada Ukhti Anis, terima kasih kerana meminjamkan bahu, tenangkan sy kat surau..maaf masa tu xmampu nak kata apa2..suara pn mcm nak taknak je kuar..dok tahan airmata yg xreti berhenti sambil tunduk mengadap Quran je td...alhamdulillah..relieved =)
kepada Ukhti Nazurah, terima kasih kerana teman sy makan2 malam ni..having a deep conversation with nenda..moga kita sama2 mengambil ibrah dari setiap ujian yang Allah berikan kepada kita..
dan setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada PEMILIK MUTLAK CINTAKU yang tidak pernah meninggalkan hambaMu ini tika dalam susah mahupun senang..fitrah manusia memang perlukan tuhanNya kan? xkirela macam mane berat sekalipun ujian yg menimpa, sebaik2 penawar yang mujarab adalah dengan mengingati dan kembali kepada Allah..insyaAllah, kita akan ditunjukkan jalan keluar yang kita sendiri xnampak, tetapi kita tidak sedar bahawa kita sedang melalui jalan tersebut..alhamdulillah....=)
wallahualam..
Posted by Halawatul Iman at 3/21/2011 10:20:00 PM 0 comments
Labels: LuahAN qoLbU
sakit!
dan kebenaran itu terkadang membebaskan dan melegakan...
Posted by Halawatul Iman at 3/21/2011 07:50:00 PM 0 comments
Labels: LuahAN qoLbU
Saturday, March 19, 2011
disregards my feeling..~
Bismillahirrahmanirrahim....
apabila kita sudah melakukan istisyarah, menyerahkan kepada manusia ttg hal yang serius mengenai hidup kita, tapi manusia amik endah tak endah, tak amik kisah, kita kembalilah, serahkanlah segalanya kepada Allah....hablum minallah wa hablum minannas....moga Allah permudahkan urusan ni....
aku dah letih ya Allah....
moga aku menjadi seorang hamba yang redha dan menerima ketentuanNya....
Posted by Halawatul Iman at 3/19/2011 08:36:00 PM 0 comments
Labels: LuahAN qoLbU
Thursday, March 17, 2011
..kak kimah dah kawen!~ =)
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah..sorang lagi kakak kite dah mendirikan masjid..moga berkekalan hingga ke anak cucu =)
owh ya, ari tu kami bersemangat konvoi 5 biji kereta g umah kak kimah..tp sume keta cumil2 je..3 kancil, 1 kelisa and 1 hyundai getz..almost 3 jam, akhirnya kami smpai di perkarangan umah pengantin..macam2 halangan la gak yg berlaku sepanjang perjalanan ni..ade yg sesat barat, ade yg tercicir kat blakang..aishhh..dh konvoi beramai2 tu paham2 jela kan..
snap pic kat petronas sementara tungu keta khalidah yg tercicir kat blakang..setengah jam gk tggu die ni xsmpai2 ..aishhh.. |
sume dok bawak hadiah besor2~ |
bilik puan pengantin.. |
pom2 boys and girls... |
kak kimah dah naik pelamin...insyaAllah..kami2 ni pun akan menyusul gak kemudian nanti...erkkkk...~
Posted by Halawatul Iman at 3/17/2011 12:10:00 PM 0 comments
Labels: ceritera~
Tuesday, March 8, 2011
moga hari esok lebih bersinar untuknya..~
Posted by Halawatul Iman at 3/08/2011 07:16:00 PM 0 comments
Labels: LuahAN qoLbU
Sunday, March 6, 2011
Allahu Robbi..~
Posted by Halawatul Iman at 3/06/2011 12:12:00 AM 0 comments
Labels: ~Uwais Al-Qarni~, LuahAN qoLbU
Friday, March 4, 2011
takot + pelik + geram..aishh~
Bismillahirrahmanirrahim...
lately biela pelik melihat ragam atau senario remaja yg seusia biela zaman sekarang ni..boleh pulak main tukar2 pakwe makwe sesuka hati.."CINTA PAKAI BUANG" mcm dlm lagu stacy tu..aiyoo..mudah sgt rasa cinta tu datang pergi..mcm terlalu murah sgt nilai dan harga hati tu utk diberi pada sape2 je..nape yerk??
kadang2 hairan jugak bile tgk and dengar crite2 cmni..sori la kalo ayat biela agak kasar sket dlm ni..tapi pada biela mmg bodo la kan kalo korang kapel sekadar suke2, xde niat di hati nak kahwin, nak ada keluarga sendiri..nak marah pn ade jugak..
pada kaum2 Adam sane tu, kalo anda ni nak rapat2, gatal2, ngorat2 pempuan sekadar suke2, enjoy2 je, bek xpayah..g main jauh2..wat rosakkan anak dara orang je...cubela la pk sket mak bapak budak tu..susah payah mereka besarkan jadi anak dara yg baik, senang2 je antum ni nak calitkan titik itam kt anak org tu..heihh~ biela rase nak tumbuk je sorg2 yg perangai siput sedut cmni..n pada kaum Hawa pn, tolongggglaah jangan jadi murah sgt main layan je mane2 lelaki..cube pilih2 org sket..jaga la maruah, mahkota diri tu baik2, elok2..sume tu utk kepentingan, kebaikan kita jugak..mmg la fitrah manusia ni nak berkasih-kasihan..tapi apabila fitrah tu tidak dikawal, akan menyebabkan FITNAH! Allah telah mencipta perasaan CINTA sesama manusia, jadi pastinya Allah itu telah menyediakan jalan yg baik, yg menghalalkan cinta tersebut..ada jalan yg betul, watpe la nak gune cara yg salah..
shj sama ada perempuan itu tahu menjaga diri atau tidak...then bile dh tahu pempuan tu cmne, tggl cmtu je..see!!!~ tak rase diperkotak-katikkan ke? so, pliz la sombong skit dgn lelaki2 ni..bkn jual mahal, tapi hanya sekadar menjaga maruah diri..
Hikmah syariat ni pada awalnya nampak sukar dan pahit, tetapi bila dilaksanakan rasa manis dan bahagia. Manakala kemungkaran, pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan, tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan. jadi mane yg kita nak pilih?? fikir2 kanlah..
Allah telah menetapkan,
"Laki-laki yang berzina hanya mengahwini perempuan yang berzina (pula) atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina hanya dikahwini oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik. Dan yang demikian itu dilarang untuk orang-orang yang beriman" (An-Nur: 3)
mendapat pasangan yg "menjaga" juga =)
Ustaz pahrol sendiri dalam
bukunya "Tentang Cinta" ada mengatakan :
Kalau hari ini, lelaki mudah diajak ber'dating' dgn kita yg blum sah sbagai pasangannya, peratus utk dia ber'dating' pula dgn prempuan lain yg tidak halal baginya selepas brkahwin dgn kita adalah tinggi. Oleh itu, jgn ber'dating' dgn mana2 lelaki ajnabi. Barulah kita akan dpt suami yg tidak pernah ber'dating' dgn mana2 perempuan. Sabar adalah perlu utk meninggalkan larangan Allah. Jgn trburu nafsu, nnti diri yg lesu...
haaaa..tengok!!~ yg mane kiter nak? of coz nak lelaki yg baik, yg x sosial, dok berdating sane sini kan? tapi sebelum dapat org yg mcm tu, diri kiter ni dlu kena jdi macam tu!!~ barula sekufu..
"Wahai PUTERIKU... Demi ALLAH… Jgn engkau percaya terhadap kata2 SEBAHAGIAN lelaki... Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK & BUDI BAHASA... Bicara dgnmu seperti seorang SAHABAT... Dan apabila brcinta dgnmu seperti teman akrab... Sebenarnya mereka BOHONG!! Jika engkau mendengar sndiri bualan mereka, pasti engkau takut & ngeri... Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan... Bukan di tangan kaum lelaki" (Ali Thantawi)
"orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci... tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan & nikmat sementara yang tetap akan dipersoal ALLAH s.w.t. di akhirat kelak..."
janganlah jadi hamba cinta pertama...tetapi jadilah hamba cinta UTAMA!~..
memberi harapan dan kemudian menghancurkan itu zholim namanya. kalau dah ada niat, dah berazam tu, mesti bernekad yer! mmgla jodoh pertemuan Allah menentukan..but kita juga perlu berusaha..DOA!!! itu adalah sebaik2 usaha..moga Allah mempertemukan hati kita dengan keadaan yg lebih baik iaitu melalui pernikahan..ameen...
Posted by Halawatul Iman at 3/04/2011 11:35:00 PM 0 comments
Labels: ~ taZkiRAh ~