CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 31, 2012

meditasi~



astaghfirullahal a'zim....rasa tak sedap hati...
husnuz zhon!! bersangka baik lah dengan Allah....


"allahumma inni as'aluka binafsan bika mutmai'innah..tu'minu biliqo ika watardo biqodo ika wataqnau' bi a'toika.."


_doa penenang hati_

Sunday, January 29, 2012

hafalan kaedah Jibril~

Bismillahirrahmanirrahim....


bukan senang nak jadi penghafaz Al-Quran kan? alhamdulillah KZ dah mula menjalankan program hafalan dan tasmi'..kami pilih 10 surah yg digalakkan kita hafal iaitu surah : 

  • Yaasin
  • As-Sajadah
  • Al-Insan
  • Al-Mulk
  • Ar-Rahman
  • Al-Muzammil
  • Al-Jumuah
  • Al-Qiamah
  • Al-Waqiah
  • Ad-Dukhan..
alhamdulillah stakat ni biela dh berjaya hafal 5 dri 10 surah2 kat atas ni..Yaasin, As-Sajadah, Al-Mulk, Al-Jumuah, Al-Waqiah..cara nk menghafal dgn mudah adalah menggunakan kaedah Jibril..

1. Apa itu kaedah Jibril?
  • kaedah bagi mereka yg ingin menghafal tetapi mempunyai masa yg suntuk.
  • cuma menghafal 3 baris sehari.
2. Pelaksanaan
  • mula menghafal 3 baris sehari.
  • waktu yg paling berkesan : 30 minit sebelum subuh.
  • proses : i. pembiasaan (5 minit - baca sehingga lancar ), ii. hafalan (15 minit), iii. pengukuhan (10 minit)
  • ulang 3 kali sebelum, semasa dan selepas solat.
  • menghafal lima hari sahaja dan hujung minggu sebagai hari mengulang
sedikit penambahan : persoalan mengenai hafalan bagi wanita haid :
  1. bagi mengatasi golongan wanita ketinggalan dalam hafalan, dua langkah boleh dituruti 
  • larangan hanya kepada memegang Al-Quran tetapi tidak tafsir
  • larangan hanya kepada membaca Al-Quran dengan mengeluarkan suara tetapi tidak kepada membacanya di dalam hati.
insyaAllah..moga Allah permudahkan kita...moga menjadi wanita yang cantik, beriman, baik, solehah, hafizah dan insyaAllah syahidah pula! ameen =)


Friday, January 27, 2012

subhanallah~

Bismillahirrahmanirrahim.....


subhanallah...menangis tersedu2 biela tgk video ni..bile la biela nk dapat peluang macam ni....
terasa menyesal atas setiap airmata yg dibazirkan selama NI....apalah sgt ujian yg Allah turunkan pd biela ni jika nak dibandingkan dengan ujian yg Allah timpakan kepada sahabat2 dan umat2 nabi terdahulu....wallahualam...


Ya Rasulullah...kami amat merinduimu wahai kekasih Allah...='(




Lili dan Hati..

Bismilllahirrahmanirrahim....


Ini Lili.

Lili punya sekeping Hati yang merah dan cantik sekali.

Lili membawa Hati kemana-mana sahaja Lili pergi.
Bonda Lili pesan, "Lili mesti sentiasa jaga Hati, bawa Hati kemana jua Lili pergi.
Kalau tidak, Lili akan jatuh sakit".
Lili anak yang baik, Lili selalu ingat pesan bonda Lili itu.


Semakin hari, Lili berjumpa dengan semakin ramai kawan baru.

Dan semakin hari, Lili semakin pelik kerna kebanyakan kawan Lili tidak membawa Hati bersama mereka.

Malah, mereka masih sihat dan hidup lebih senang kerana tidak perlu terbeban membawa Hati kemana-mana.



Lili pula semakin melupakan pesan bonda Lili dan Lili meninggalkan Hati di tepi jalan raya.

Lili ingin hidup senang seperti kebanyakan kawan-kawan Lili.

Lili yakin Lili bisa hidup sihat tanpa membawa Hati bersama.



Semakin hari, Hati menjadi semakin kotor dek debu dan berhujan panas di tepi jalan raya.

Warna Hati sudah tidak merah dan sudah tidak cantik walaupun sekali.



Memang hidup Lili lebih senang kerna Lili tidak perlu membawa Hati bersama.

Akan tetapi, Lili merasakan hidup Lili kosong.

Lili berasa, Lili tidak sesihat seperti dahulu kala.
Lili... perlukan Hati kembali.



Lili kembali ke tepi jalan raya mencari Hati.

Alhamdulillah, Lili masih tidak terlambat.

Hati masih di situ.
Tetapi malangnya, Hati sudah tercemar dan tidak bersih lagi.



Lili amat duka dan sesal.

Lili kemudian berlari dan membersihkan segala kotoran degil dan debu-debuan yang melekat pada Hati.

Walaupun sukar, tetapi Lili yakin Hati akan kembali merah dan cantik seperti dahulu kala.



Akhirnya, berkat penyesalan dan ketekunan Lili, Hati menjadi semakin cantik dan berseri-seri.

Kini, Lili tidak berasa kekosongan lagi, kerana... Hati ada bersama.



Lili pesan,



Di dalam hati sebenarnya ada fitrah.

Dan fitrah hati adalah islam.

Sebab itu kita perlu senantiasa menjaga hati kita, kerana apabila kita menjaga hati, bermakna kita juga menjaga islam bersama.

Kita sering merasa terbeban dengan islam, lalu ditinggalkan dan dibiarkan islam begitu sahaja demi mencari kesenangan dunia.

Lama-kelamaan islam kita akan menjadi kotor dan tercemar.

Maka kita akan merasa kekosongan dan tidak selesa kerana kita telah membuang fitrah hati kita yang memerlukan islam.

Bertuahlah kita sekiranya kita berjaya mencari kembali islam kita sebelum terlambat.

Ketika itu, bertaubat dan sucikanlah kembali islam kita, dan yakinlah...

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [ 5 : 39 ]




Thursday, January 5, 2012

mulakan harimu~ =)

Bismillahirrahmanirrahim.....


alhamdulillahillazi ahyani ba'dama amatani wa ilaihin nusyur~~~ =)
bangun pagi, sahur dengan segelas susu dicampur quaker oat dan sebiji pisang...nice diet....


subuh 2 rakaat diteruskan dengan mengaji 2 helai Al-Quran ....
bak kate ustaz Sobri Mat time ceramah maal hijrah kt kampung biela ari tu, kenapa waktu subuh ni pendek, perlu ditunaikan sebelum fajar siddiq menyinsing?? kenapa tak dipanjangkan smpai zohor macam waktu2 solat yg lain?? (contoh : zohor hingga asar, asar hingga maghrib, maghrib hingga isyak, isyak hingga subuh)
jawapan die adalah kerana Allah ingin hambaNya bersujud kepada Dia dahulu sebelum bangunnya makhluk2 lain dan sebelum hambaNya meneruskan kewajipan sbg sorang manusia...teruskan kewajipan ni maksud nye cari rezeki la..study ke ape...
hablum minallah wa hablum minannas...tunaikan kewajipan, jaga hubungan dengan Allah dulu, barulah jaga hubungan dengan manusia plak..=)
sebab tu lah waktu subuh pendek....mane ade waktu subuh smpai kul 12 tgh ari...bangun je tido, kite kena sujud kepada Pencipta dulu.....tunaikan kewajipan sebagai sorg hamba dahulu then barulah kita bertebaran di atas bumi ni menunaikan kewajipan sebagai sorg khalifah plak...


wallahualam...~~

Tuesday, January 3, 2012



semoga ujian-ujian yang mendatang akan mendidik diri supaya lebih BERSABAR.....


hasbunallahu wani'mal wakil......