CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 18, 2011



Bukan TIDAK SUKA..bahkan jauh sekali ingin MEMBENCI, saya cuma TIDAK KUAT ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa..lantas kerana itulah saya MELARIKAN DIRI kerana saya tahu saya bukanlah SRIKANDI yang TEGUH imannya di hati..saya cuma HAMBA yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini, saya tahu amat SUKAR bagi kamu untuk mengerti..andai kamu ingin melarikan diri, tiada lain saya HARAPKAN melainkan diredhakan hati kerana saya tahu RENCANA Illahi adalah sebaik-baik KETETAPAN buat diri..✿~


Lantas, SIAPALAH saya untuk MENYANGGAHI? Andai ingin MENANTI..janganlah kamu MERAPATI kerana saya pasti MENJAUHI..bukan kerana membenci tetapi kerana saya bukanlah srikandi yang TEBAL imannya di hati..buat HATI yang MEMAHAMI, pergilah di kau mencari REDHA Illahi..izinkan saya menjaga hati ini....dan terima kasih kerana MEMAHAMI..

cintai dia dalam diam...tak perlu lafaz dengan kata-kata, serlahkan dengan perlakuan..hingga menimbulkan fitnah...
tapi biarlah hanya kita, Allah dan dia mengetahui...





Saturday, October 15, 2011

sweet~~ =)

Bismillahirrahmanirrahim....


biela cume nak kongsi satu kisah yg biela rase cam comel je..hakhak~~
jom2 bace~


MENYESAL KAHWIN..............


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru 
je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.



Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..



Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.



Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..



Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.



Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.





Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!



“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..



Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..



Lagi abang sayang ade la..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..



Ke memang nak abang jadi gemuk ni?



Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..





Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!




Sunday, October 9, 2011

miow2~~ =)

Bismillahirrahmanirrahim....


lalalalla..g tesco, sempat beli makanan kuceng!!~
malam ni ade 4,5 ekor tetamu dah tunggu depan bilik mintak makan..
aishhh~~
kak zura kate, memberi makanan kepada haiwan adalah sedekah dan dapat pahala..
sbb binatang tu mendoakan kita!! wallahualam...
miow2~~~



kite nak mintak makan cikit boyeh??
plishhhhhh2!!!~~ 
miowww2~~


Saturday, October 8, 2011

la tahzan~~

Bismillahirrahmanirrahim....



Jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...



Friday, October 7, 2011

smile~~ weeeeeeee~~




SENYUM...
TAK PERLU KATA APA-APA..
AHAKS~~
OK..NYTE2 ^__~



Wednesday, October 5, 2011

maafkanlah~~

Bismillahirrahmanirrahim....



orang yg tidak memaafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yg tidak dimaafkannya... maafkanlah dia, nescaya kau akan terlepas... kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan & kemarahan yg dilakukannya ke atasmu... kerana dgn mengingatinya itu sakit... oleh itu maafkanlah!! nescaya engkau akan sihat dan akan bebas dari dibelenggu kisah lalu yang menyakitkan itu~~




Tuesday, October 4, 2011

tetaplah duhai hati~

Bismillahirrahmanirrahim....


ya Allah...
Kau tetapkanlah dan jangan lah Kau bolak-balikkan 
hatiku ini lagi ya Allah..
ameen~~

tetibe rase nak baca doa ni..




Setiap DOA akan dimakbulkan jika dibuat bersama dengan solat sunat 2 rakaat, sedekah Al Fatihah kepada Rasulullah SAW dan sahabat serta umat islam semua dan niat. InsyaAllah..Allah itu MAHA mendengar dan MAHA Pengasih pada hambaNya..AMIN


ya Allah....
sesungguhnya Engkau mengetahui segalanya yang di dalam hati ini ya Allah...maka aku mohon Kau permudahkanlah......


jihad yang terbesar adalah JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU...



Saturday, October 1, 2011

appreciate~



Bismillahirrahmanirrahim...


nothing to say about...dear fellow......
please appreciate your precious life given by Allah...
fullstop!~~