CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 15, 2011

ceis!~ xde kesedaran sivik!!~

Bismillahirrahmanirrahim...


ceissss!!~ sungguh geram dengan tingkah laki, eh salah2..tingkah laku burung yang membuang najis mutawassitah merata2 atas bumbung keta biela..hampeh kolapo betul!!~ agak kurang asam sungguh perlakuan burung2 yang xde kesedaran sivik ni...aku yg nak dok menyental, membasuh najis korang nanti tau tak???
ko tunggu ar nanti aku sumpit ko sekor2!! aishhhh~~
mesti keta biela tu dah malu biela bawak kuar jalan2, mesti die rase terhina sebab macam dah jadi jamban burung2 plak...aiyakkkk~~



Saturday, April 9, 2011



letih......
ya Allah......='(
permudahkanlah jalan yang Kau tulis 
untukku di atas sana..

Friday, April 8, 2011

azam~

Bismillahirrahmanirrahim...


semua orang ada azam dan impian kan? azam biela tahun ini adalah untuk menghafal Juzuk Amma..alhamdulillah..dah boleh hafal semua surah2 dalam juzuk ni :)
azam seterusnya nak hafal Al-Quran plak... boleh ker?? giler ah!~ haha...xde benda yg mustahil dlm hidup ni kan? dan alhamdulillah juga, biela dah berjaya menghafal smpai juzuk dua..surah Baqarah tu panjang sgt..kdg2 tertukar2 ayat jugak..biela suka menghafal menggunakan pendekatan mendengar, melihat dan membaca..lepas solat, biela dengar bacaan Quran dari Said Al-Ghamidi melalui headphone smbil semak dari tafsir dan ikut bacaan tersebut..penah jugak rumet tanya.." ko ni pakai telekung, pegang Quran, tapi dengar headphone kat kepala..dgr lagu ke smbil ngaji tu??"
haha..biela senyum jela kan =')
tapi biela  hafal 5,6 ayat je dalam sehari..dalam masa yg sama, ulang balik ayat2 yg telah dihafal sebelum tu..
moga dipermudahkan..kat skola dulu slalu menghafal..tapi time tu hati bersih lagi kot..mudah je nak mengingat..tapi skrg rase mcm hati dah gelap plak..nak hafal satu surah pn payah..tapi xpe..usaha tangga kejayaan!~
nak hafal, satu benda yg susah, sukar..tetapi nak menjaga hafalan tu nanti lagi la satu tugas, tanggungjawab dan amanah yg berat...
tapi insyaAllah...=')



Thursday, April 7, 2011

program~

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, baru sahaja habis bermeeting dgn ajk lajnah..
insyaAllah..kami telah merancang dan akan menjalankan beberapa aktiviti dalam masa terdekat ni..


Khamis, 14/4/2011
Program : "Selangkah ke Palestin, Perjalanan Mavi Marmara"
                kupasan isu : Jalan Mudah ke Syurga
Masa : antara Maghrib dan Isyak
Tempat : Surau Asy-Syakirin


Sabtu, 30/4/2011
Program : Bengkel Perkasa Aqidah bersama JAWI
                kupasan isu : Dedah Penyelewengan Bible
Masa : 9am - 4 pm
Tempat : Dewan Kuliah
bayaran percuma, makanan dan minuman disediakan..terhad kepada 50-60 org shj..


Khamis, 12/5/2011
Program : "Bro Shah Kirit"
masih dalam perancangan lagi..


bulan 6 plak ada program KPTI..Kem Pengenalan Tentang Islam..
insyaAllah...banyak program yang dirancang sepanjang semester ni..moga dipermudahkan segala urusan dalam berdakwah...
alhamdulillah, apabila membizikan diri ni sebenarnya dapat menghindar dari dok terfikir benda2 lagho tu..
mungkin Allah membantu healing hati ni dari sudut ini kot..doa jela yg baik2 kan.. =')

Monday, April 4, 2011

sweet je crite ni =)

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,
Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.
Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.
Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.
Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.
Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

p/s : serius suka baca cerita nie..sweet...sweet...hakhak...kalau hangpa suka gak boleh share..

Sunday, April 3, 2011

olohh..comel jer ..^_~

Bismillahirrahmanirrahim...


dah lama xbuka kitab hijau ni..tibe2 tergerak mlm ni nak bukak..nak tau tak, dalam ni sebenarnya biela ada tulis life plan dari umur biela 19 smpai 31..tarikh biela tulis life plan ni 8/5/2008..masa tu umur 18, tgh foundation lagi kat maktab ni..xbrapa nak matang kot..hehe~ tapi xtaula nape biela tulis smpai umur 31 je..haishhh~ meh kiter tgk balik..biela pn dok gelak sorang2 tgk life plan ni..


umur 19 thn (2009)
biela nak amik lesen moto+kereta..dh mula kumpul duit..masa tu elaun degree dah banyak..so boleh save lebih kurang 150 sebulan..time ni biela dah kena mula blaja masak!!!
(alhamdulillah..yg amik lesen tu dah tertunai, bab2 memasak pn telah dijalankan cuma bab saving tu je..banyak gune duit la degree ni..bile dh gune transpot lagi la duit mengalir cam air je kan..huhu~)


umur 20 thn (2010)
time ni biela blaja mcm bese..kalo boleh nak bagi duit kat mak ayah..xbnyk pn xpe..asalkan bagi even sikit..
(alhamdulillah..tertunai jugak..=))


umur 21 thn (2011)
21 tahun, means tahun ni la kan..time ni plan biela cume blaja mcm bese..xde plan yg pelik2..hehe~


umur 22 thn (2012)
dah grade!!! yeyeye~~ =')...keje la plak kan..time ni nak kumpul duit..bagi duit gaji kat mak ayah..pastu insyaAllah, nak cari kereta sebiji kot..yg murah dan simple je..jimat ok!!~ xyah lah nak mewah2, gah sana sini tu kan..cukupla sekadar kemampuan kite je =)


umur 23 (2013)
"dah boleh tunang setahun kot..tu pn kalo ade org nak laa.."..hahaha..cmtu la ayat yg biela tulis dlm life plan biela ni..ok, korang boleh gelak skrg!! hakhak..biela pn tgh gelak ni sebenarnya..heishh~


umur 24 (2014)
"time ni dh boleh kawin kot.." ok, korang boleh la gelak wat kali kedua eh..hahaha..kalo umur 24, means 3 tahun lagi..adeiiii~ time biela wat life plan ni, time tu tgh ade calon..but now dah xde..~ so, kena cari calon dlu dlm masa 3 tahun ni..baru boleh dilaksanakan ape yg dirancang di atas ='p
time ni kalo boleh biela nak ngaja kat skola2 kmpung je..kos hidup rendah sikit berbanding bandar ni..and kalo boleh nak ade rumah sendiri..tamo la dok kuarters je kan..disebabkan biela dah beli keta, yg rumah sendiri tu, bolehlah encik suami yg belikan, gune loan die plak..hehehe..boleh kan2?? haha~


umur 25 (2015)
dah ada baby comel, kiut miut..yeayyy!! haha..time ni dah makin besar tanggungjawab..komitment!~


umur 26 (2016)
life go through mcm bese..


umur 27 (2017)
time ni genap dah 4 tahun bekerja..biela nak smbung master!!~ tapi amik PJJ jela kan..nti dh ade family, dh ade baby comel, mesti sayang nak tinggal..so, boleh study time weekend je..hope encik suami memahami la kan..takpun, biela ajak encik suami sambung master skali =') hehehe~


umur 31 ( 2021)
insyaAllah, time ni dah ada master kot..biela terus keje macam bese..timba pengalaman dulu bnyk2..tapi dlm masa yg sama, biela nak try apply jadi lecturer plak..insyaAllah...biela xde niat plak nak smbung PHD..nak fokus dengan family je..tapi kalo encik suami nk smbung PHD, biela sokong je..
"di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, pasti ada seorang wanita di belakangnya.."
yup! biela nak jadi tulang belakang encik suami..nak dgr kata, taat dan akan sentiasa memberi semangat dan akan menyokong tiap keputusan yg dilakukan selagi tak bercanggah degan syariat..insyaAllah..ameen..


itulah serba sedikit life plan biela masa umur 18 tahun..tapi time tu dah fikir matang jugak kot..dah memandang masa depan..kelakar pn ada gak kan?? hehe..tah ape2 lah..whatever pn, kita hanya merancang..the rest, Allah yg akan menentukan..bukankah sebaik2 perancang itu adalah Allah swt?? letakkan keyakinan kepadaNya..insyaAllah.. =')

Saturday, April 2, 2011

tips utk guru2!!~ kikiki ='p

Bismillahirrahmanirrahim...


"saya pelajar kacak tahun 6 arif,akan membacakan doa pulang sekolah..kepada semua murid sila simpan buku dan bersihkan kelas.. guru2 pula,bolehlah bersiap2 untuk mengeteh di mamak..tempat biasa.."

ni la pengumuman yg biela dok tunggu2 stiap kali dtg skola..hahaha..disebabkan kat skola skrg ada ujian, gejala jadual anjal merebak di setiap pelusuk SKSS..antara gejala2 jadual anjal adalah..

Guru:
1.tekun berfesbuk di depan tanpa hiraukan kanak2..
2.tidur dengan bersungguh2 supaya tgh hari dapat sambung main fesbuk lagi,,
3.keluar kelas pergi tandas selang 5 minit akibat kebosanan..
4.cari sekecil2 kesalahan murid2 supaya dapat gunakan kepala murid untuk melakukan sedikit aktiviti regangan tangan ataupun kaki..

Murid:
1.berbual2 tanpa faedah..
2.perempuan-----> bermain batu seremban..
3.laki-----> bermain pemadam dan bermain bola menggunakan kertas buku latihan bahasa melayu (nahas ko budak!)..

sbagai seorang guru yg sgt dikenali dengan sikap pantang disuruh, terus angguk kepala tanda setuju tanpa fikir panjang (rajin tak bertempat), gejala2 di atas hendaklah dijauhi..jadi di sini, biela suggest kan beberapa aktiviti yg dapat menyusahkan murid2 selama beberapa jam dan dapat menghindarkan mereka dari buat kerja tak berfaedah..

1.Aktiviti mewarna atau melukis..
untuk aktiviti ini,cuba hindari dari beri kertas a4 kepada murid..tapi sebolehnya berikan kertas mahjong kepada setiap murid..sbg guru,anda boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk memilih tajuk lukisan tersebut..contohnya,melukis benda yg tak dapat dilihat..insyaAllah seharian murid2 masih belum dapat siapkkannya..

2. Aktiviti membuat latihan
aktiviti ini biasanya dilakukan oleh guru2 lelaki..aktiviti ini amat berfaedah untuk murid2..jumlah latihan bergantung kepada masa jadual anjal anda..jika masa jadual anjal anda 2 jam,maka cukuplah latihan mathematics sebanyak seribu latihan..tawarkan hadiah lumayan bagi yg dapat menyiapkkannya..contohnya,akan dihadiahkan sebulan gaji guru..tapi sila pastikan budak2 tak dapat siapkannya dalam masa tersebut,supaya mereka rasa mereka masih belum cukup pandai dan akan berusaha bersungguh2 lagi untuk belajar..

3.Aktiviti membuat kerja2 pelik..
untuk aktiviti ini, guru boleh memikirkan ape2 benda pelik untuk dilakukan oleh budak2...bagi biela, aktiviti ini sungguh menghiburkan..dan lebih sesuai dilakukan untuk kelas belakang kerana minat mereka untuk belajar kurang..aktiviti tersebut ialah:
guru : kamu pernah lihat ikan bersin?
murid : lucu la tu tanya soalan cam tu..kami budak2 SKSS la..bukan budak2 SKMK (syarikat kenderaan malaysia kelantan)...='p
guru : ikan akan bersin sekali je dalam setahun untuk membuang rumpai2 yg masuk kedalam hidung diorang..
murid : ye ke ni cikgu? (muka penuh harapan)
guru : iyerrrr..dan kalau kamu nak tahu,seekor ikan di dalam akuarium di sebelah ni sudah setahun tak bersin..sape nak tgk ikan bersin,cikgu benarkan hari ni..
murid : sayaaa..sayaaaaa...


ini adalah contoh hasilnya..murid2 akan tidak jemu2 menjenguk ikan tersebut..sampaikan ikan2 di dalam tu nak buang air besar pun tak senang..ada budak cakap..hahaha...

itu lah serba sedikit petua yg boleh diaplikasikan di sekolah..selamat beramal yer cikgu2!!~ =')

oh yaaa, tengah makan kek batik yang sedap ni..hahaha ='p


jiran oh jirann~~


encik kazen  :  salam..awak..awak watpe tu?? dah 7 petang ni awak..dekat maghrib dah..masuk2 la dalam..
saya  :  saya sedang memantau jiran2 makcik saya ni awak...entah kenapa,tiap2 petang dia suka sgt membawa anjing2nya membuang air kecil dan besar di depan rumah makcik saya ni..kaki conget2 lalu tanpa segan silu menabur..awak tau,saya rasa macam nak melayangkan segala siku2 dan kaki2 saya ke anjing2 tersebut,,tapi nanti kaki sy akan kena samak...kalau saya layangkan kaki saya kat perut jiran tu plak,takut nanti saya masuk jail..sape nak jaga budak2 saya kelas pemulihan tu..
encik kazen  :  senang aje der..malam2 lepas dipastikan tuan ajing2 tersebut tido,apa kata awak geletek anjing tersebut sampai dia terkencing selama sejam tak henti2..dan diakhiri dengan satu hentakan siku dengan style ong bak di kepala anjing tersebut..tapi sila pastikan awak tak tinggalkan bukti la..
saya  :  agak ganas cadangan awak tu..tapi sy akan pertimbangkan..

kenapa anjing2 tersebut perlu dibawa kedepan rumah makcik biela ni untuk membuang air kecil diorang?? padahal depan rumah dia pun ada pagar..hanya pasrah jela biela ni..nak lawan2 karang, dikungfunya pulak..ilmu silat biela lak tak lebih dari bukak gelanggang, tomoi setakat pakai sarung tangan, tu pun tak reti nak ikat...hahaha..padahal umah makcik, tapi biela plak nk over2 geram ngn anjing2 ni..aishhh~

kikiki~

Bismillahirrahmanirrahim...
Mail...maill..laungan yang aku laungkan apabila aku tiba dirumah nenek..kelibat Mail kelihatan di sebalik pokok2 mata kucing yang sedikitpun tak endahkan laungan aku..aku agak dia tak paham apa yang aku laungkan..aku masih lagi melaungkan nama tersebut..maill..maiilll...mail kelihatan sedikit terganggu dengan panggilan aku..tapi panggilan dedak campur nisan dan rumput kehijauan lebih menarik perhatiannya..dia kelihatan sedikit pun tidak endahkan najis2 mutawassitah yg bersepah dibuang merata-rata..agak kurang asam perbuatan ko mail..aku yg kena angkut nanti..tiba-tiba..uwekkkk..uwekkkk...zikri nangis mintak susu..aiyooo~ terpisat2 biela bangun wat susu die..aishhh~  zikri utang mimpi Tieya dengan Maill!!~





abang lan dah kawin!!~ =)
barakallahulakuma utk deme...btw, umur abg lan ni 28, tapi wife die baru msuk 20..opss!~ lagi muda dari biela kot!! haha..




dah g kenduri tengah ari td, xsempat plak nak wat kuih tepung pelita..aiyooo~ pagi sok wat, sempat kot..


balik tadi kami p zoo!!~ hahaha..tah ape2..pakai baju lawo cmtu, tapi masuk zoo..cam lawak je ='p


hanya satu yang menarik perhatian biela..biela terjumpa seekor lembu yang agak girang memamah besi..biela namakan sebagai Lolo anak lelaki Bobo ..ayah dia meninggal kerana tertelan jam Bonia yg terjatuh dalam kandang tersebut..sejam biela habiskan masa memerhatikan lembu tersebut..kalo biela bawak lori, sure lembu tersebut biela angkut bawak balik umah nenek, kawan ngan Mail..haha ='p
pastu, biela perhatikan ada rombongan budak2 skola datang dgn membawa handset dan mengambil gambar sendiri dengan menggunakan taktik pembesaran lubang hidung..muka disendengkan, senyum kambing lekat duri keman,lalu ambil gambar dari atas..biasanya dilakukan oleh kanak2 yg ingin kelihatan comel..kahkahkah ='p

Lolo yang begitu comel memamah2 besi..Kalo Mail ada mesti lagi best..

kemudian, kami menaiki bot musing2 bandar melaka..biela sempat muntah hijau akibat mabuk laut walaupun ia sebenarnya adalah sungai..terima kasih kepada makcik sebelah tu kerana telah menawarkan penadol..biela sempat melambai2 orang2 di tepi dengan menjerit  "selamat tinggal orang malaysia.. gue mau pulang indon sudaa..berigap semalam PATI masa ngeteh kat mamak.." hehe~

 pemandangan dari bulan..
menaiki menara taming sari sememangnya amat mengujakan..apabila sampai atas, biela hampir2 menelepon kawan2 serta orang kampung nak memberitahu yang biela sudah sampai bulan..tapi sayang, bateri kamera low, kuat sgt amik gambar..kikiki~

sengkian~~...
oh ya! Mail tu adalah lembu nenek biela..hahaha =;p