CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 4, 2011

takot + pelik + geram..aishh~

Bismillahirrahmanirrahim...


lately biela pelik melihat ragam atau senario remaja yg seusia biela zaman sekarang ni..boleh pulak main tukar2 pakwe makwe sesuka hati.."CINTA PAKAI BUANG" mcm dlm lagu stacy tu..aiyoo..mudah sgt rasa cinta tu datang pergi..mcm terlalu murah sgt nilai dan harga hati tu utk diberi pada sape2 je..nape yerk?? 
kadang2 hairan jugak bile tgk and dengar crite2 cmni..sori la kalo ayat biela agak kasar sket dlm ni..tapi pada biela mmg bodo la kan kalo korang kapel sekadar suke2, xde niat di hati nak kahwin, nak ada keluarga sendiri..nak marah pn ade jugak..
pada kaum2 Adam sane tu, kalo anda ni nak rapat2, gatal2, ngorat2 pempuan sekadar suke2, enjoy2 je, bek xpayah..g main jauh2..wat rosakkan anak dara orang je...cubela la pk sket mak bapak budak tu..susah payah mereka besarkan jadi anak dara yg baik, senang2 je antum ni nak calitkan titik itam kt anak org tu..heihh~ biela rase nak tumbuk je sorg2 yg perangai siput sedut cmni..n pada kaum Hawa pn, tolongggglaah jangan jadi murah sgt main layan je mane2 lelaki..cube pilih2 org sket..jaga la maruah, mahkota diri tu baik2, elok2..sume tu utk kepentingan, kebaikan kita jugak..mmg la fitrah manusia ni nak berkasih-kasihan..tapi apabila fitrah tu tidak dikawal, akan menyebabkan FITNAH! Allah telah mencipta perasaan CINTA sesama manusia, jadi pastinya Allah itu telah menyediakan jalan yg baik, yg menghalalkan cinta tersebut..ada jalan yg  betul, watpe la nak gune cara yg salah..

remember this!!~
Perempuan janganlah mudah perasan agar diri tidak mudah ditimpa perasaan kerana apabila sudah ditimpa perasaanlah, ramai perempuan lupa diri dan lupa kepada Allah dan akhirnya menyerah diri. Na'uzubillahiminzalik. Perasan itu sifat mazmumah. Jadi memang patut pun siapa-siapa yg perasan, akan terhijab hatinya dari melihat realiti. bukannya apa, kadang2 ramai lelaki dok ‘usha’ perempuan ni hanya sekadar utk menguji mereka
shj sama ada perempuan itu tahu menjaga diri atau tidak...then bile dh tahu pempuan tu cmne, tggl cmtu je..see!!!~ tak rase diperkotak-katikkan ke? so, pliz la sombong skit dgn lelaki2 ni..bkn jual mahal, tapi hanya sekadar menjaga maruah diri..

" cinta yg dicari adalah baik, tetapi cinta yg didapati tanpa dicari adalah lebih baik.." =)

Hikmah syariat ni pada awalnya nampak sukar dan pahit, tetapi bila dilaksanakan rasa manis dan bahagia. Manakala kemungkaran, pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan, tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan. jadi mane yg kita nak pilih?? fikir2 kanlah..


Allah telah menetapkan, 
"Laki-laki yang berzina hanya mengahwini perempuan yang berzina (pula) atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina hanya dikahwini oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik. Dan yang demikian itu dilarang untuk orang-orang yang beriman" (An-Nur: 3)
"Perempuan-perempuan yang jahat untuk laki-laki yang jahat. Laki-laki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik. Laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik. Orang-orang ini terlepas daripada tuduhan yang mereka ucapkan. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia" (An-Nur: 26)

so, xpayah risaula jodoh kiter k..yg penting jaga diri, jaga hati, jaga iman ni..insyaAllah kiter akan 
mendapat pasangan yg "menjaga" juga =)
Ustaz pahrol sendiri dalam 
bukunya "Tentang Cinta" ada mengatakan :
"Semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin).."

dan kalau agak2 kita rasa nak kuar dating tu, pk dulu banyak2 kali and remember this!!~
Kalau hari ini, lelaki mudah diajak ber'dating' dgn kita yg blum sah sbagai pasangannya, peratus utk dia ber'dating' pula dgn prempuan lain yg tidak halal baginya selepas brkahwin dgn kita adalah tinggi. Oleh itu, jgn ber'dating' dgn mana2 lelaki ajnabi. Barulah kita akan dpt suami yg tidak pernah ber'dating' dgn mana2 perempuan. Sabar adalah perlu utk meninggalkan larangan Allah. Jgn trburu nafsu, nnti diri yg lesu...


haaaa..tengok!!~ yg mane kiter nak? of coz nak lelaki yg baik, yg x sosial, dok berdating sane sini kan? tapi sebelum dapat org yg mcm tu, diri kiter ni dlu kena jdi macam tu!!~ barula sekufu..


"Wahai PUTERIKU... Demi ALLAH… Jgn engkau percaya terhadap kata2 SEBAHAGIAN lelaki... Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK & BUDI BAHASA... Bicara dgnmu seperti seorang SAHABAT... Dan apabila brcinta dgnmu seperti teman akrab... Sebenarnya mereka BOHONG!! Jika engkau mendengar sndiri bualan mereka, pasti engkau takut & ngeri... Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan... Bukan di tangan kaum lelaki" (Ali Thantawi)

"orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci... tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan & nikmat sementara yang tetap akan dipersoal ALLAH s.w.t. di akhirat kelak..."


janganlah jadi hamba cinta pertama...tetapi jadilah hamba cinta UTAMA!~..
dan kepada rijal2.....
Mudahnya kamu wahai lelaki,kamu kata “Sejahat2 aku,aku ingn bernikah dgn prempuan yang baik2, bkn yg mcm awek aku skrg..lelaki memilih, perempuan dipilih..”. Cara percakapan kamu ini seakan2 wanita baik2 tiada hak utk bersuamikn lelaki baik, seakan2 wanita tiada hak mmilih, sprti kmu yg buat smua kptusan. Ingat ni! Jgn mmpi nk jadikn wnita solehah sbg isteri jka kmu jahht kerana mreka brhak mndpt suami soleh. Pergi! Siapkn diri kmu dgn agama dahulu sebelum nak kawen dgn wanita solehah!~ aishhh..

dan bagi yg betul2 serius tu, dh bercinta sakan, pliz take note jugak..
jangan bergurau soal lamaran atau pinangan di antara wanita dan lelaki. terlanjur 
memberi harapan dan kemudian menghancurkan itu zholim namanya. kalau dah ada niat, dah berazam tu, mesti bernekad yer! mmgla jodoh pertemuan Allah menentukan..but kita juga perlu berusaha..DOA!!! itu adalah sebaik2 usaha..moga Allah mempertemukan hati kita dengan keadaan yg lebih baik iaitu melalui pernikahan..ameen...


peringatan buat diri ana juga ni..sebenarnya td baru lepas dengar crite pasal kwn yg baru lepas kena tinggal dgn bf die disebabkan lelaki tu suke org lain...heishhhh~ geram plak biela dgr...nape la manusia ni mudah sgt berubah hati..xboleh ke nak state kat sorg je..biela xfaham, xtau ape sebenarnye yg org2 macam ni inginkan dlm hidup mereka..sekadar nak mencari kepuasan je kot..x pk langsung hati dan perasaan org yg ditinggalkan tu..kalo agak2 xbape nak serius, xpayohla nak dok bercinta, gatal2 p ngorat mase awal2 tu..aishhh~ sabor2...

apa2 pun, moga dapat dijadikan iktibar buat kita semua...Wallahualam..~


0 comments: