CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 13, 2011

kepentingan bermusyawarah..

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kekuatan dan nikmat sihat pada diri kita utk terus menceduk ilmuNya di muka bumi ini seterusnya menyebarkan dan saling memperingati antara kita..
semalam biela baru sahaja mengikuti Forum Perdana Hal Ehwal Islam di masjid negeri Shah Alam..topik  yg dibincangkan dalam forum ini adalah "Mentauladani Kepimpinan Rasulullah"..alhamdulillah, bnyk ilmu yg dapat digarap sepanjang forum ini, tetapi biela cuma ingin mengetengahkan satu subtopik yakni "kepentingan bermusyawarah"..


sebelum tu, mari kita mengimbas kembali sirah Nabi yg berlaku semasa perang Uhud dan perang Ahzab..


      Penduduk Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar. Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut akan ditangkap orang Islam. Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka berundinglah dan memutuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.
    Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai telah menghendaki agar musuh diserang di medan perang iaitu di luar kota Madinah. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.

    Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana bagi mereka keputusan Nabi yg sebelum ini adalah benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."

di sini kita dapat lihat, walaupun nabi merasakan bhwa keputusan pengikutnya itu tidak berapa tepat, namun beliau masih berbincang, mempertimbangkannya dan mengikut suara ramai..padahal waktu tu, dah sah2 la Nabi ni pemimpin negara..boleh je nak buat kuasa veto, kan?? tetapi, itulah kepimpinan Nabi yg harus kita contohi..

   seterusnya dalam kisah perang Ahzab atau perang Khandaq, Salman Al-Farisi telah mengusulkan kepada Nabi supaya membina parit.. seperti yang kita ketahui, kedudukan Salman ketika itu adalah seorang hamba sahaya, berbanding Rasulullah yg berkedudukan seorang pemimpin yg akbar..tapi Nabi masih lagi mendengar dan mengambil pandangan Salman ini utk kepentingan rakyat bersama.."Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!" sebelum Najib dtg lagi, Nabi kita dah praktik slogan ni. seterusnya semasa perang ni jugak, pada mulanya Nabi berkira-kira nak berperang di belakang parit, tp setelah melakukan musyawarah bersama para sahabat, mereka memberi pandangan supaya berperang kat depan parit supaya nanti org Islam je yg dapat minum air, bior org kafir tu tak dapat minum air..dan alhamdulillah, nabi akur dengan pendapat ramai dan mereka pn berperanglah kat depan parit tu..see!!~ bukan susah sgt pn nak berbincang kan??

kesimpulannya yg dapat kita ambil di sini adalah, dalam konteks masyarakat hari ini pn, kita sepatutnya praktik la kepimpinan Rasullullah ni..cubalah kita bawak berbincang utk dapatkan keputusan yg tepat dan 'aula..bukan dlm soal kepimpinan shja, malah dlm hal2 ikhtilat, mualamat sehrian ni pn, amalkan la sikap bermusyawarah yakni mesyuarat, perbincangan sesama kita dahulu k..tolak ansur laa..xsusah pn..yg pentingnya diri kita sendiri..xpayahla nak ego sgt, xnk trime pendapat org lain..ikut kepala kita je..sedangkan Rasulullah kekasih Allah tu pn boleh bertimbang rasa, inikan plak kita manusia yg cikai2 ni ha..

moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan hidayahNya..allahualam..


nota kecik : to anis n kak zura..moga kita takkan berputus asa dan letih dalam meneguk setitis daripada ilmu Allah di muka bumi ini..insyaAllah..






0 comments: