CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

sama tapi tak serupa??

Bismillahirrahmanirrahim...


home sweet home~~..ermm, tgh duduk2, rehat jap wat asgnment ni..tibe2 boleh plak fikiran ni melayang, fikir benda lain...
agak2nye apa beza kita memaafkan tetapi tidak melupakan?? maknenye kite maafkan orang tu, tapi tak ikhlas ke? ataupun, kita memaafkan sekadar di mulut, tapi di hati tidak, itu bermakna kita pendendam ke? pastu bile kat depan org tu, kita hepi je, macam xde pape berlaku..tapi dalam hati ni sakitnya hanya Allah yang tahu..
ntahlah..hati ni kadang2 susah nak faham..sometimes kita rasa mcm dah maafkan org tu, tp dlm masa yg sama, kita xboleh lupe langsung apa yg dia dah buat kat kita..sakit hati, pedih, berdarah, menanah suma ada..itu maknenye kita ni hipokrit, kita ni jahat ke?
ermm..bile jadi pape, biela lagi suke mengambil langkah berdiam diri..tapi tipu la kalo biela cakap xmarah, xsedih ke ape kan..time solat, bace Quran ke, siap nangis2 dasyat, menitik2 airmata kot..kita slalu dengar org cakap "LUAHKAN!~"..crita pada kawan, boleh kurangkan beban..tapi buat apa kita nak crite kalau kawan2 kita xdpt membantu and benda tu takkan setel pn..last2 nanti wat dosa kering je..lagipun xbaik membuka aib org lain kan..


jika kita menjaga aib org, Allah akan menjaga aib kita dengan sebaik-baiknya..


anis said : hidup bukan ntuk membenci...well, we forgive, doesnt mean that we forget.. haruslah, luka yang ada di situ.. but, we do learn how to forgive.. dan ia memberi ruang kepada hati untuk menerima, mengikhlaskan diri.. kerana mungkin sahaja suatu hari nanti, kita melakukan kesilapan, andainya.. dan kita juga memerlukan kemaafan.. dan kita tidak mengulangi kesalahan, kerana kita tahu, dia akan mengingatinya meski setelah memaafkan kita..


kadang2 hati ni rasa letih ya amat..
nak memandang muka2 mereka pun rasa xmampu..bukannya membenci mereka..tapi benci apa yg mereka lakukan..rasa pedih je hati ni..n kdg2 rasa teruk plak diri ni bile kita mempunyai perasaan yg sebegitu..
subhanallah..istighfarlah wahai qolbi..ujian sebagai kifarah dosa..berdoalah kepadaNya, yg MAHA MENYEMBUHKAN itu..insyaAllah..moga dipermudahkan jalan..~..
apa yang biela tahu, semua benda yg berlaku ni ada hikmahnya..dan untuk menyembuhkan luka tu, masa akan memainkan peranan..setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun?? Allahualam..
yg pentingnya, dalam hal yang sebegini, biela lebih suka memilih jalan "mengadu dan merintih kepada Allah"...setiap luka, ada harganya...semoga hati ini ditarbiyyahkan olehNya..insyaAllah....~

Thursday, February 24, 2011

APABILA RASA MENJADI KATA….






bosan..duduk tepi tingkap..lihat alam ciptaan tuhan..tibe2 hati terasa sayu…
Terus capai laptop..n tangan ni pun menari2 dengan laju atas keyboard laptop…
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
hidup ni ibarat sehelai kanvas putih...kosong...bersih...
kita yang akan melakar, mencorak dan mewarnainya...jika kita memilih untuk mewarnainya dengan warna yang suram..gelap...pucat...maka..hidup kita pn akan jadi suram, kelam...dipenuhi dengan kesedihan..kesakitan...kekecewaan..dan airmata...

tapi...
jika kita memilih untuk mewarnai kanvas kita itu dengan warna-warna yang indah..ceria..tenang....
insyaallah...hidup kita akan menjadi seindah, berwarna-warni dan seceria pelangi....
hidup ini kita sendiri yang tentukan....people change...
bile semua orang dah berubah..bawa haluan masing-masing...
kita juga perlu turut berubah dan perlu menyesuaikan diri mengikut rentak orang sekeliling...
waktu tu..kita akan merasa..
ya Allah...susahnya hidup ni ya Allah.....beratnya ujianMu ya Allah..
kita jatuh tersungkur sorang-sorang..
kita terpaksa merangkak..bangun dan berjalan semula..
peritnya ujianMu ya Allah..
tetapi...kita harus sedar..
Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya dengan ujian yang berat melainkan dia mampu untuk menghadapinya..
mungkin sebelum ini kita terlalu leka dengan duniawi..bergembira dengan orang yang kita sayang sehingga mengabaikan pencipta..
bila Allah menarik nikmat yang Dia beri..barulah kita sedar...hidup tidak selalunya indah....
waktu itu, baru kita kembali kepada pencipta..reflek balik diri ni....
ya Allah..banyaknya dosaku yang Allah...
baru kita akan sujud..merintih...merayu..mengadu padaNya minta dtenangkan hati..dikuatkan hati..ditabahkan hati..diberi ketenteraman jiwa kerana kita tahu hanya Dia yang dapat menolong kita...
dan....barulah kita akan jumpa ketenangan..kebahagian yang hakiki...
menangis kita kerana Allah..
menangis kita kerana kejayaan...
menangis kita kerana mengenang dosa-dosa semalam...
menangis kita untuk ibu bapa...
menangis kita kerana rindu dan syukur kita kepada Allah...
kerana....
walau ramai orang yg kita sayang datang dan pergi....
Allah tak pernah meninggalkan kita...
dia sentiasa melimpahkan rahmat, nikmat, kebahagiaan pada kita...
cuma kita yang tidak tahu untuk bersyukur...
lemahnya iman hambaMu ini ya Allah...

yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.....
yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat...
yakin pada Allah ialah meletakkan keredhaan pada ketentuannya...
rasa bahagia dengan ujian Allah walaupun terasa perit...
di situ...airmata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..
indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan hikmah..diuji kita sebagai tanda kasihnya...
jika ketenangan dan keredhaanya yang dicari...
Allah akan terus uji hati kita dengan ujian yang berat...sehingga pada suatu saat..kita akan merasa indahnya tawakal kepadaNya...
itulah nikmat di dalam jagaannya....subhanallah...

tak  salah apabila kita menangis...
yang salah apabila kita meratap...
tak salah apabila kita merintih...
yang salah apabila kita menyalahkan takdir di atas apa yang telah terjadi....
setitis airmata keinsafan itu lebih berharga daripada selautan tinta yang dijadikan kalam untuk menulis ilmu yang dia sendri tidak mengerti akan apa yang ditulisnya...

ana asif...maaf di atas segala kesilapan...
dalam melangkah..terkadang kta diuji dengan ujian yang berat hingga kita tersungkur, terduduk dan menangis…ya Allah…sakitnya ya Allah..peritnya apa yg kurasakan tika ini ya Allah..tetapi ketahuilah dan renungi diri ini..mungkin airmata yang hadir tika itu kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian koyak lantaran langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan…….

"Perempuan yang suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya…kerana Allah teramat mencintainya..
Tetapi andai kamu bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kamu? Allah seperti melepaskan kamu kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kamu”
“ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu untuk ambil kamu kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu2??

“ Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..”

cepatlah sembuh wahai hati..bersyukurlah di atas nikmat yang Allah berikan..letakkan harapan dan keyakinan kepadaNya..
insyaAllah..ameen……. 
                                                                                    sitinabilah@halawatul_iman90


Sunday, February 13, 2011

kepentingan bermusyawarah..

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kekuatan dan nikmat sihat pada diri kita utk terus menceduk ilmuNya di muka bumi ini seterusnya menyebarkan dan saling memperingati antara kita..
semalam biela baru sahaja mengikuti Forum Perdana Hal Ehwal Islam di masjid negeri Shah Alam..topik  yg dibincangkan dalam forum ini adalah "Mentauladani Kepimpinan Rasulullah"..alhamdulillah, bnyk ilmu yg dapat digarap sepanjang forum ini, tetapi biela cuma ingin mengetengahkan satu subtopik yakni "kepentingan bermusyawarah"..


sebelum tu, mari kita mengimbas kembali sirah Nabi yg berlaku semasa perang Uhud dan perang Ahzab..


      Penduduk Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar. Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut akan ditangkap orang Islam. Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka berundinglah dan memutuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.
    Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai telah menghendaki agar musuh diserang di medan perang iaitu di luar kota Madinah. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.

    Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana bagi mereka keputusan Nabi yg sebelum ini adalah benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."

di sini kita dapat lihat, walaupun nabi merasakan bhwa keputusan pengikutnya itu tidak berapa tepat, namun beliau masih berbincang, mempertimbangkannya dan mengikut suara ramai..padahal waktu tu, dah sah2 la Nabi ni pemimpin negara..boleh je nak buat kuasa veto, kan?? tetapi, itulah kepimpinan Nabi yg harus kita contohi..

   seterusnya dalam kisah perang Ahzab atau perang Khandaq, Salman Al-Farisi telah mengusulkan kepada Nabi supaya membina parit.. seperti yang kita ketahui, kedudukan Salman ketika itu adalah seorang hamba sahaya, berbanding Rasulullah yg berkedudukan seorang pemimpin yg akbar..tapi Nabi masih lagi mendengar dan mengambil pandangan Salman ini utk kepentingan rakyat bersama.."Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!" sebelum Najib dtg lagi, Nabi kita dah praktik slogan ni. seterusnya semasa perang ni jugak, pada mulanya Nabi berkira-kira nak berperang di belakang parit, tp setelah melakukan musyawarah bersama para sahabat, mereka memberi pandangan supaya berperang kat depan parit supaya nanti org Islam je yg dapat minum air, bior org kafir tu tak dapat minum air..dan alhamdulillah, nabi akur dengan pendapat ramai dan mereka pn berperanglah kat depan parit tu..see!!~ bukan susah sgt pn nak berbincang kan??

kesimpulannya yg dapat kita ambil di sini adalah, dalam konteks masyarakat hari ini pn, kita sepatutnya praktik la kepimpinan Rasullullah ni..cubalah kita bawak berbincang utk dapatkan keputusan yg tepat dan 'aula..bukan dlm soal kepimpinan shja, malah dlm hal2 ikhtilat, mualamat sehrian ni pn, amalkan la sikap bermusyawarah yakni mesyuarat, perbincangan sesama kita dahulu k..tolak ansur laa..xsusah pn..yg pentingnya diri kita sendiri..xpayahla nak ego sgt, xnk trime pendapat org lain..ikut kepala kita je..sedangkan Rasulullah kekasih Allah tu pn boleh bertimbang rasa, inikan plak kita manusia yg cikai2 ni ha..

moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan hidayahNya..allahualam..


nota kecik : to anis n kak zura..moga kita takkan berputus asa dan letih dalam meneguk setitis daripada ilmu Allah di muka bumi ini..insyaAllah..






Friday, February 11, 2011

if they CAN, why we CAN'T??

Bismillahirrahmanirrahim....

nothing to story about actually..biela cume ingin berkongsi satu kisah yg agak menyentuh perasaan dgn antum semua..


baru-baru ni, biela gi ikut ayah dlm satu program ceramah di masjid..tajuk dia "KEDATANGAN YAKJUJ MAKJUJ"..habis ceramah tu, macam biasa la kan..masing2 wat marathon kemas pape yang patut g kejar moreh atau jamuan yg ada..ada makcik2 yg amik juadah berpinggan2, and ade jugak makcik2 yg kaut suma makanan yg ada, letak lam plastik, masuk dlm beg, bawak balik umah..tapau..cucu cicit ramai nak kasi makan kat umah katenya..mcm2 gelagat manusia la yg biela tgk even kat masjid pn..and ade jugak makcik2 ni yg dok lipat2 sejadah, kemas2 surau, termasuk la biela ni..(ehemmm..konon2 rajinla dpn makcik2 tu..mane la tau ade makcik yg dok berkenan  nak wat biela menantu plak..haha :p)


memandangkan ayah ni tok imam masjid, dia lewat la sket balik..bnyk lagi hal xsetel katenye..so, sambil2 nak tunggu ayah tu, biela pun dok la tepi sudut ruangan muslimat ni, bukak tafsir, tasmi' balik hafalan2 surah yg biela ingt..time tu ada lagi  4,5 orang makcik yg belum balik...
nak dijadikan kisah, ada sorg makcik ni dlm lingkungan 50-an bawak Al-Quran, g kat sorang2 makcik yang lain, minta ajar dia mengaji..


makcik 1 :
"Yah, tolong ajar boleh?" sambil tunduk, tunjuk Al-Quran dlm tangannya..
"Eh, den nak copek ni ha..anak2 tunggu kat umah tu.."
dengan muka hampa, makcik ni pun beralih, pegi plak kat makcik yang kedua..


makcik 2 :
"Milah, tolong tengokkan den ngaji ni boleh tak?"
"Ala, laki den dah tunggu kat luar tu ha..lambek kang dio bising..nti la esok yo.."
hampa buat kali kedua, makcik ni pun bangun dan duduk pada satu sudut yang lain seterusnya membaca Al-Quran di genggamannya mengikut tahap kemampuannya..


semasa kejadian ni berlaku, biela perhati je dari jauh..agak sebak dan berair la jugak mata ni kan..tambah2 lagi biela ni dala sensitif sket, mudah sgt mengalirkan air mata ni..pada pendengaran biela, bacaan makcik tu mmg merangkak2..kena mengeja dulu huruf satu persatu, baru boleh bunyikan ayat..oleh sebab dah sedih, ditambah lagi tak sampai hati tgk makcik tu, biela pn tutup tafsir di tangan, bangun dan mendekati makcik tersebut..


"makcik, meh sini sy tolong tengok-tengok kan..xpe, mane yang salah nti, sy tegur.."
"xpe ke? eh, adik ni anak imam Dolah kan?"
"haah..xpe, ayah lambat lagi tu..ade perbincangan sket dgn AJK masjid katenye..xpela, makcik baca jela..sy tolong tengokkan :) "
"alhamdulillah..tima kasih anak yer.."
nampak terpancar sinar gembira pada riak muka makcik tu..biela pn ajar la mane yg patut mengikut kemampuan biela..


balik je rumah, biela pun crite la ape yg berlaku tentang makcik ni..ummi kata makcik tu mmg xpandai mengaji..die cume hafal surah Al-Fatihah dan 1,2 surah yang lain je..kalo sembahyang pn, itu jela surah yg dia baca ulang2 setiap hari..itupun makcik tu dpt hafal surah sbb dengar imam baca berkali-kali, bukannya sbb die membaca sendiri dari Al-Quran..tapi makcik tu rajin ke masjid kalo ada program apa2..slalu mengemas, cuci2 pinggan, menyapu kat masjid tu..boleh dikatakan xpenah miss la ape2 event kat masjid..


apa yang biela nak cakap di sini, makcik yang umur dia dekat 60 tahun tu pn masih ada kesedaran, ada keinginan untuk belajar dari bawah...ada kesedaran untuk berubah memperbaiki diri...tapi kite ni? masyaAllah..ntahlah kan..Allahualam...
biela kagum dengan sikap rendah diri hamba Allah ni..dia takda langsung rasa malu, rasa ego utk minta tunjuk ajar dri org lain, walaupun dgn biela sndri yg dah sebaya dgn anak2 dia..sebab ape? sebab dia tahu, untuk belajar sesuatu ilmu tu, kita xboleh malu..pada zaman Rasulullah S.A.W sendiri, para-para sahabat berguru dengan Saidina Ali padahal masa tu Saidina Ali masih kecil lagi..atau senang cite, pangkat budak2 la kan..dan berapa ramai imam2 muktabar suatu ketika dlu sudah diangkat menjadi seorang yg disegani ketika kecil? ramai kan??tapi kite ni?? Allahualam...


jadi, apa yang biela nak ingatkan di sini, berubahlah dari sekarang..berubah dari usia remaja kita ni..nak mati tu, bukan ada signal lampu merah, kuning, hijau ke ape macam traffic light tu..tapi Allah akan tarik nyawa kita bile2 masa je.."KUN FAYAKUN!~" 
kita je yang tak tahu bile saat nyawa kita akan diambil..takkan nak tggu sampai dah tua ganyut, berkedut, beruban dari kepala sampai ke bawah, berkerepot, cucu cicit dah berderet berkoyan-koyan baru nak berubah, baru nak belajar agama?? jangan malu untuk buat perubahan k..biaq pi la org dok kate kite ni ade wayar shot, putus fius, gila meroyan, buang tebiat nak mampos ke ape, asalkan kita tahu apa yang kita lakukan..


biar hina di mata manusia, asalkan mulia di pandangan Allah =)

moga kita semua berada di dalam rahmat dan hidayahNya..Allahualam...



Thursday, February 3, 2011

minah + bedol ...pulanglahhh~ =(

gambar atas ni tipu jer..ni bkn hamster sayer..


saya rindu hamster sayerrrr ='(

Minah dan Bedol
 (nab)                                 (fad) 
nama in bracket ni anis yg bagi..adoii..pelik2 ajer name ko bagi ni anis oii~

mane la mereka2 ni pergi menghilangkan diri..biela dah siap sediakan rumah banglo 2 tingkat..siap dgn playground, karpet, swimming pool, gym, batu-batuan mengasah gigi..dan segala macam keperluan lagi..
ape lg yg tak cukup???
napenye smpai nak lari2 umah lagi ni..aishhhhh~

woii, balik la woiii....
kat luar tu banyak kuceng2 jahat yg kelaparan!~ kang die telan plak korang nanti..kot yer pun meroyan sbb anak2 dh mati, xpayahlah sampai lari2 umah..

huaaaaaaa~~~~ ='(

WANTED!!!!

ni baru betul hamster biela..time ni die tgh curi cekodok bawak lari..

nota kecik : nak hamster lagi boleh tak? kali ni sy janji jaga leklok..takkan ilang2 dh :(