CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 23, 2011

~..alahai menantu omak..~ ^_~

Bismillahhirrahmanirrahim...

hurmm..xda banyak yg nak ckp, cume kali ni biela nak berkongsi satu artikel yang bertajuk "Lelaki Idaman Wanita" yang sempat di ambil dari Forum Halaqah Online tadi..

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki



Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih. 
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah. 
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi. 
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

selain ciri-ciri di atas, kita sebagai seorang wanita seharusnya memilih seorang rijal :
  • Yang mencintai Allah SWT dan mengamalkan amalan2 yang membawa sayang kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayangMu."(HR Tirmidzi:3341)
  • Beragama dan berakhlak.Sabda RAsulullah SAW:
"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak mulia maka kahwinilah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan."Para sahabat bertanya:"Bagaimana kalau dia sudah berkahwin?" baginda menjawab:"Kahwinilah juga dia." (Diulang sebanyak tiga kali).(HR Tirmidzi:1005)



tapi bile fikir2 balik..macam mane kalau yg datang tu adalah yang beriman tapi muka macam permukaan planet marikh...haa, camno tu?
tak pun datang yang beriman tapi pi minang pakai motor honda c70 atau vespa buruk tggu masa je nak terbarai satu persatu..ditambah lagi dgn side mirror yg diikat dengan tali rapia...bunyik motor lak macam nak roboh je...


sekadar Gambar Hiasan ~
pastu yg si emak tanye.."sape tu naaakkk" 
anak jawab "tu la orang yang nak pinang kita makkkkk" 
mak balas "takde ke orang lain nak oiiii...muka macam pecah rumah je..mcm jamban xbape nak siap pn ade..dala datang dengan motor buruk lak tu"
anak jawab "tapi dia beriman mak...tak pernah tinggal solat tahajjud...tinggi ilmunya mak...30 juzuk dalam dada.."
tapi bila mak kata "NANTI KO NAK MAKAN APA NAK OOOIIIIIIIII...BADAN DIA PUN SEKEPING...CAMNE DIA NAK BAGI KO MAKAN...DAH..DAH...CARIK YANG LAIN"

kalah si anak...kalaaaaah (^_^)

rupanya si ibu lupa.........REZEKI ITU KEPUNYAAN ALLAH...BUKAN MAKHLUK....

hahaha..klaka kan? jadi bagi yg si lelaki ni, tolonglah seimbangkan duniawi dan ukhrawi tu..janganlah dok zuhud sgt sampai tahap macam tu..nti payah plak nk dpt jodoh..satu lg, bile dh dapat jodoh, dapat anak plak, mulalah dok buang anak sana sni, tgglkan kat masjid, surau, dpn umah anak yatim sbb xmampu nak sara..aishhh..jgn buat yer..xbaik tok kesihatan..~

itu  kisah si lelaki vs perempuan lawa..
macam mane plak kalo kisah lelaki vs perempuan yg xbape nak lawa? yg si perempuan ni plak muke mcm planet marikh..haa..kalo kes mcm tu, camno plak?


si emak bertanya..
"sape tu naaakkk" 
anak jawab "tu la orang yang nak pinang kita makkkkk..ala, tp xmaula mak..dala naik moto kapcai, kurus kering, cam jerangkung..muke pn cm siput sedut je..eiiii..takde kelasss~" 
kate si emak.."Trime je la nak oooiii,, biar la naik moto kapcai, moto buruk  pun... dari langsung x da moto.. lagipun, dah itu sorang je yang nak kat ko...."

hahaha..kalo situasi cmni berlaku plak cmne? ape2 pun, pandai2 la antum kat luar sane buat pilihan eh..=)

0 comments: