CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 24, 2011

~..J.I.K.A..~

Bismillahirrahmanirrahim....


awak.............

jika awak cintakan saya kerana rupa..
saya bukan lahir dari rupa paras yang indah, cantik, menawan sehinggakan 
mampu menarik perhatian orang yang memandang...

jika awak menyintai saya kerana harta..
harta itu semuanya milik Allah..
saya cuma meminjam secebis daripada nikmat Allah di muka bumi ini...

jika awak cintakan saya kerana ilmu...
ilmu saya tidak sampai setitik air pun jika dibandingkan dengan ribuan lautan Allah di dunia ini..

saya tiada punya apa-apa..
saya kosong...

tetapi...

saya hanya punyai sekeping hati yang sentiasa mengingati,
 mengagungkan dan menyintai Allah..
dan sekeping hati itu akan saya jaga,
akan saya semai dengan benih-benih sayang, rindu dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..
agar benih-benih itu hidup subur, berkembang, rendang 
dan berbuah dengan nikmat barakah dan hidayahnya..

dan...

 jika awak cintakan saya kerana ALLAH...
alhamdulillah....
saya bersyukur...
dan saya berdoa agar kita dapat sama-sama menjaga hati ini..
agar tidak layu, kering dan mati daripada rahmat dan inayah Allah...

dan saya juga berdoa..
semoga pohon hati yang kita bina kerana Allah ini..
akan mencambahkan mujahid-mujahid kecil..
yang putih, bersih, suci..
dan hati-hati mujahid kecil ini akan kita sama-sama didik, asuh dan ajar..
agar turut mencintai Allah....
insyaAllah..

semoga kita dipertemukan di dalam redhaNya 
dan semoga dipermudahkan segala urusan..
terima kasih kerana mencintai saya kerana Allah...=)


0 comments: